Sekarang aku tidak berjanggut lagi tapi misai dan kumis tetap terurus kemas. Noh dan Isnin botak saja. Tidak ada rambut yang tumbuh disekeling bibir dan dagu mereka. Ketiga-tiga kami telah mendapat arahan penempatan kerja kali pertama (first posting) disebuah bandar diutara. Aku dan Isnin di Ibupejabat, dibandar berkenaan. Noh pula diarah bertugas disebuah bandar kecil yang berdekatan.
Kawan Isnin telah pun sampai dan kami bersalaman. "Datuk...minta maaf Hamas", aku tersasul malu sewaktu memperkenalkan diri "Ishak ", jawabnya ringkas dan sedikit berkerut didahinya. Kami menuju kekereta. Hanya dua beg saja yang boleh dimasukkan kedalam boot kereta peugeot 204. Beg Noh yang agak kecil terpaksa diribanya . Aku dan Noh duduk dibelakang dan Isnin dihadapan.
"Datuk, you duduk bilik belakang. Noh bolehlah tidur dengan you malam ni", Isnin memberi arahan setelah meninjau bilik yang ada. Ishak disebelahnya tidak berkata apa-apa. Dahinya tidak berkerut lagi. Aku pasti beliau sudah tahu siapa aku . 'Ok , no problem", jawabku, maklumlah aku menumpang ikhsannya, yang mendapatkan persetujuan kawannya untuk menerima aku tinggal bersama. Kalau tidak parahlah aku hendak mencari rumah ditempat baru.
Pagi-pagi lagi Noh telah dihantar oleh Ishak ketempat kerjanya disebuah bandar kecil sebelah selatan. Beliau mengambil cuti bagi tujuan itu. Baik sungguh si Ishak ini. Manakala aku dan Isnin bekerja dibangunan yang sama tetapi organisasi yang berbeza.
"Selamat pagi Encik. Saya Hamas, melapur diri untuk bekerja disini", sebaik saja aku mendekati meja seorang yang agak berumur , mungkin setahun dua atau paling lama tiga tahun akan bersara. Aku unjukkan surat arahan penempatan. "Selamat pagi", agak lambat beliau menjawab. Beliau menghulurkan tangan untuk bersalam dan ku sambut dengan mesra . Beliau mempersilakan aku duduk.
"Selamat datang Encik Hamas. Bila En. sampai. Tinggal dimana? Saya Cik Wan " Kata orang itu memperkenalkan diri sambil bertanya beberapa soalan sungguh mesra gayanya dan aku seronok melihat reaksinya itu. "Sampai semalam dengan kereta api dari KL. Sekarang menumpang dirumah kawan. Mungkin kami kongsi sewa', jawabku. "Dimana?". Aku terlupa nama Taman Perumahan yang telah diberitahu. Bengap betul. "Tiga puluh sen tambang bas kesini", jawabku sebagai jawapan alternatif.
Aku dibawa menuju kesebuah bilik. Beliau mengetuk pintu, dan membukanya. 'Morning En. Amin. This is En. Hamas our new...", belum sempat habis ayat beliau, pegawai yang dipanggil Amin itu bangun . "Oh Cik Wan, selamat pagi. Sila duduk". Aku pun menarik sebuah kerusi terus duduk. Cik Wan tidak duduk dan meminta diri untuk kembali ketempat kerjanya. "En Wan, bila bos dah ada, talipon saya". En. Wan mengangguk kepala sambil berkata "ok" dan meninggalkan kami berdua.
Aku bangun semula sebaik saja En Wan menutup pintu bilik. "Minta maaf EN Amin. Ini surat arahan penempatan dari KL", surat tersebut ku hulur dan disambut oleh En. Amin. "Tahniah dan selamat berjuang ". 'Berjuang', macam pasukan tentera saja, bisik hati kecilku sambil tersenyum tanda menyokong setuju.
En.Amin seorang pegawai muda yang telah tiga tahun berkhidmat. Seorang yang tinggi lampai berkulit cerah. Masih bujang. "Disini ada dua orang pegawai saja, tidak termasuk you. Saya dan En. Zubir', aku mendengar dan sesekali menganggukkan kepala tanda terima maklum akan maklumat yang disampaikan. "Saya banyak kerja luar dan En. Zubir in-charge hal-hal dalaman". Sambungnya. Aku mulai kurang faham ceritanya. Apa benda kerja luar, apa yang didalam. " Bos kita tu old timer, tapi ok". Bos sudah tua ke? Itu yang ku bayangkan menyambut cerita En.Amin
Bos mempersilakan aku duduk dan En. Amin meminta diri. Pembantu khas yang memaklumkan yang bos hendak berjumpa aku pun turut keluar meninggalkan aku dengan bos. Aku lihat ada sofa dan meja kecil. Tempat bos berihat agaknya.
"You are fresh from U. No working experience", kata mula yang merisaukan dari bos. Beliau bersandar dikerusinya sesekali mengangkat kedua-dua tangan melebihi kepalanya seperti orang menggeliat diwaktu pagi. Kerusinya kadang-kadang dihenggut kekiri, selepas tu kekanan. "Teruk betul bos ni. Ini agaknya dikatakan old timer. Nak kerja mesti ada pengalaman. Tapi kan ke ini penempatan kerjaku yang pertama. Apa pengalaman kerja yang aku ada. Menoreh getah adalah", tersirap darahku dibuatnya.
"You know.....", beliau terhenti untuk menyatakan sesuatu apabila talipon berdering. "Ok, put it through". Aku tidak pasti apa yang dibicarakan. Tapi yang aku dengar ialah sesuatu yang tidak mudah diuruskan, perlu ada kelulusan dan ianya mengambil masa. "I will try my best Dato', to bring up your case", beliau meletakkan talipon sambil membebel, 'menyibuk'.
"I do not know where to put you. Any way in the mean time you assist Cik Amin .He has a lot of things to handle. All wright", sambil beliau berdiri dan aku turut berdiri sama. Walaupun masih 'fresh' aku faham isyarat yang diberi ,meminta aku keluar. "Terima kasih", aku melangkah segera dengan hati yang amat duka.
Suatu hari Amin kawanku mengajakku mengikutnya melakukan kerja luar pejabat di dua kawasan yang berdekatan. "Ikut aku keluar . Bos pun setuju", ajak Amin. Amin tidak memberitahu sesiapa tentang pemergian kami ini. Yang tahu bos saja. Dia tidak mahu kerja terganggu. "Susah kalau ramai yang tahu. Sesia saja. Sebab banyak hantu dan lembu". Ini satu perkara baru bagiku. Hantu dan lembu.
Sebaik saja sampai disebuah rumah rehat , Amin membelok keretanya kekiri menuju tempat letak kereta. Disebelah kereta Amin iaitu disisiku ialah sebuah kereta berwarna biru berkilat. Kereta BMW. 'Kalau aku dapat bawa, kan ke seronok' , sempat nafsuku berangan-angan semasa membuka pintu kereta untuk keluar. Kereta mini cooper Amin nampaknya seperti pipit disaingkan dengan enggang. Kasihan si Amin. Tiba-tiba Amin bersuara, "Celaka, ada pula hantu disini. Hantu mana yang dah beri tahu ni", mata beliau terlekat kepada number pendaftaran kereta tersebut. "Hantu apa Min. Kan ke ni kereta BMW. Cantik pula tu", bodoh kehairanan tanyaku. "Kau tengok number tu", sambil menunjuk number pendaftaran kereta dan memintaku masuk kedalam kereta semula. "Kita cari hotel lain", lantas menggerakkan keretanya. Aku kehairanan dan ingin jawapan. "Di hotel nanti', jawabnya ringkas, suaranya tinggi semacam orang marah.
'"Kau tahu" , Amin memulakan cerita sambil berbaring diatas katil memandangku yang berbaring dikatil bersebelahan. "Kau marah tak bila ada orang melunjurkan kakinya diatas meja kita". Aku tidak terus menjawab sebab aku tidak dapat menggambarkan bagaimana kaki boleh dilunjurkan diatas meja. Bukankah meja itu tinggi. "Satu hari aku nampak sicelaka tu buat macam tu.Dalam bilik bos. Meja minum bos". Amin bercerita lagi." Tapi bukanlah melunjurkan dua kaki.Kaki kirinya memangku kaki kanan sehingga mencecah meja", Amin membetulkan ceritanya apabila melihat wajahku sedikit kehairanan macam tidak percaya.
Apa pula kena mengena dengan kereta BMW yang cantik itu. Siapakah yang dimaksudkan 'sicelaka ' tu, otakku berpusing hendak tahu. Aku diberitahu bahawa kereta BMW itu adalah kepunyaan 'sicelaka' yang dimaksudkan yang dikatakan berkelakuan biadap mengangkat kaki sehingga kaki kanannya mencecah meja minum bos. Kata Amin lagi dia hairan macam mana pemergian kami dapat dikesan sedangkan dia tidak membuat tempahan awal. "Mesti ada hantu yang beri tahu" marah si Amin. 'Hantu lagi' bisikku.
Tahun 1985 bulan Januari, aku sudah bertukar tempat kerja. Umur telah meningkat. Kepala pun hampir licin. Tapi belum lagi botak penuh. Yang pasti semuanya telah memutih. Kawanku Amin telah lima tahun meninggal dunia. Banyak ilmu dan pengetahuan yang telah aku belajar darinya termasuk bosku old timer. Macam-macam telah kutemui dan hadapi. Yang pahit, yang maung, yang masin , yang masam dan yang manis serba ada saling lengkap melengkapi. Mematangkan kehidupan.
Dari segi kerja, bukan masalah besar. Boleh beres syaratnya rajin dan kuat berusaha. Sentiasa tanya menanya, kalau ada yang perlu dibereskan. Tapi cabaran paling utama ialah perangai manusia. Nafsu manusia. Boleh jadi gila dibuatnya. Tapi setengah orang boleh jadi kaya.
Ada orang berkulit cerah, rambut berceracak diatas kepala, mata kecil dan semangat tidak pernah surut, tidak kenal putus asa. Gunakan apa saja cara, asaalkan tercapai hajat dihati. Ada orang pula berkulit kurang cerah, rambut lurus, mata seperti biasa tidak kecil tidak juga besar. Orang ini sentiasa membawa bersama macam-macam surat dan dokumen entah diambil dari mana dan bagaimana, siap dengan catatan dan tandatangan. Tapi jangan buat pasal, jangan pandang remeh benda yang dibawa, tercampak dibuatnya kalau disalah urus. Ada orang, hitam gelap, rambut kerinting. Perangai tidak banyak beza dengan orang yang kedua. Jaga-jaga sebab ada orang kata bunuh dia dulu kalau nampak singa.
"Tak boleh Dato'. Syarikat Dato' modalnya dua ringgit. Nak buat projek besar. Tak boleh". Alasan yang sama aku berikan semasa menolak cadangan Dato' Lim dalam mesyuarat sebentar tadi. " I can not disagree with you tuan. But we can always increase our paid-up .No problem .I just inform my company secretary". Bersungguh-sungguh nampaknya Dato' Lim. Aku memicit kepalaku. Sudah mula pening. Sudah agak lama juga Dato' Lim dalam bilikku. Beliau menunjukkan gambar-gambar dan 'artist impression' mengenai projek yang dicadangkan. Agak menarik juga. Terpikat juga hatiku melihatnya. Bukan calang-calang syarikat boleh melaksanakan projek sehebat itu. Tapi keputusanku tetap tidak berganjak.
Dato' Lim bangun dan meminta diri dengan meninggalkan kata-kata "I do hope tuan will consider my appeal. I will be writing to you soon. Thank you tuan for your time", Dato' Lim meninggalkan aku.
Aku ke sofa untuk berehat sambil jari tangan kananku memicit dahi. Jam menunjukkan 1.30 petang tapi aku tidak merasa lapar, tidak ada selera.
Entah berapa minit mata ku lena, aku bingkas bangun apabila terdengar bunyi deringan talipon. "Abang ke tu. Ni ada orang hantar barang..", tidak sempat isteriku menghabiskan pertkataan seterusnya , aku bersuara tinggi dan jelas "Suruh dia balik. Jangan terima".
Siapa kah orang yang menghantar barang itu. Aku tidak ada memesan sesiapa. Macam mana dia tahu alamat rumahku. Aku baru seminggu di organisasi yang baru. Mungkin kah disini juga ada hantu seperti tempat kerjaku dulu yang kawanku Amin panggil 'sicelaka'. Oooo rupanya, ah entah lah aku tidak tahu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan