Pada zaman dahulu kala ada sebuah negara yang bernama Tanusa. Negara ini amat istimewa sekali kerana penduduknya adalah dari koloni kambing yang terdiri dari beberapa kumpulan. Terdapat empat kumpulan kambing yang terkemuka kerana gagah berani dan pantas berlari.
Kumpulan pertama terdiri dari Kambing Gurun (KG), kedua Biri-biri (BB), ketiga Kambing Kampong (KK) dan keempat Kambing Hutan (KH). KG, BB dan KK walaupun dari berlainan kumpulan tetapi mereka amat rapat dan sentiasa bekerjasama. Taat setia dikalangan mereka tidak perlu dipersoalkan lagi.Yang paling taat dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi ialah KK yang suka meragut rumput secara tiga sekawan.
KH yang juga pantas berlari dan gagah berani adalah musuh ketat kepada mereka sebab KH suka tinggal dalam hutan-hutan kecil bukan kawasan terbuka.
Selain dari 4 kumpulan yang terkenal itu terdapat juga beberapa kumpulan yang lain (KL) tetapi larinya tidak sepentas kumpulan yang empat itu. Walaupun dari segi bilangan mereka adalah yang terbanyak sekali tetapi mereka tidak bersatu hati malah kurang berani. Jadi mereka lebih suka mengikut saja mana-mana kumpulan yang terkemuka itu menjadi ketua.
Ada pun Tanusa itu adalah sebuah negara yang sungguh indah dan cantik. Terdapat gurun pasir, kawasan oasis yang membekalkan air dan ditumbuhi rumput yang menghijau dan hutan-hutan kecil . Asas survival kumpulan-kumpulan kambing itu adalah kekuatan iaitu 'survival of the fittest' . Siapa kuat kumpulan itulah yang menjadi Raja. Untuk menjadi Raja mereka mesti menguasai kawasan oasis itu. Sebab itu mereka mesti gagah berani dan pantas berlari.
Pada suatu ketika, kumpulan BB menjadi Raja.Itupun atas bantuan KG yang berjanji turun takhta dengan syarat ia bebas berkelana dimana dia suka. Dia tidaklah betah untuk tinggal digurun saja walaupun itu tempat asal usulnya. KH pula terpaksa ketepi kerana telah tidak dapat menguasai kawasan oasis itu atas angkara KG yang memasang lubang sebagai perangkap sehingga terjerumus dan patah tanduk KH dibuatnya. Lama juga KH dalam lubang itu hampir mendekati seminggu. Nasib baik dengan senyap-senyap KL datang membantu mengeluarkannya. Bukan main naik angin KG, BB dan KK apabila diberitahu. Rupanya berani juga KL, kesian agaknya KH yang dianggap teraniaya itu. KG, BB dan KK walaupun marah tapi terpaksa bersabar kerana bilangan KL adalah yang terbesar. Khuatir pula, nanti memihak kepada KH.
Pada suatu hari BB buat keputusan untuk mendapat bantuan KG bagi menyelesaikan satu masalah yang ada kaitan denga KH. Hasratnya itu dinyatakan kepada KK yang tiga sekawan itu. KK yang setia dan sentiasa taat itu mengangguk bersetuju dengan mengingatkan BB, "Itulah yang terbaik. Cuma kami dapat berita KG batuk dan selesema. Takut berjangkit pula". Namun akhirnya mereka bersetuju untuk berjumpa Kg yang berkelana dipadang gurun untuk dapat nasihat dan petua.
BB: Apa khabar KG
KG: Baik....(batuk)..baik. Apa hal nak jumpa saya.
BB: Inilah...(menolih ke KK) KH nampaknya buat kacau lagi. Hari itu saya nampak dia meninjau-ninjau kawasan kita. Entah apa nak dicari. Itu satu hal tapi ada juga KL bersama mengiringinya. Itulah saya kuatir dia akan ambil kawasan ragut kita. Saya (sambil pandang KK) dah minta KK kejar mereka tapi tak terkejar pantas larinya masuk dalam hutan.
KK: Betul KG, penatnya kita bertiga ni kejar, hampir-hampir tergelincir semasa menyeberang parit.
KG: Itulah kamu semua ni tak reti-reti apa yang aku dah buat dan ajarkan dulu. Bengaplah kamu ni. Tahu meragut saja kerjanya. Aku dengar cerita rumput pun tak sempat nak tumbuh kamu semua meragut saja sampai botak. Musim kering dan panas nanti tahulah kau semua.
BB: (kepala tunduk dan perlahan-lahan diangkat): Itulah KG kita datang minta bantuan. Tunjuk kami macam mana nak kenakan KH tu. Kali ni biar dia mampus. Sakitnya hati saya.
KG: Bolih tapi ada syaratnya. Padang ragut tu......
BB: Tak jadi masalah KG. Bolih kita kongsi sama dan....
KG: Kalau kongsi-kongsi ooooo tak ada jalan. Mana bolih. Kau tengok di padang gurun ni apa yang ada. Pasir. Ehhh aku kan dah tua dan gigi pun banyak dah tak ada. Sesekali aku bolih lah ragut rumput dikawasan kau tu bila aku berkelana kesana. Aku saja yang lain jangan kacau-kacau.
BB: (memandang KK dan KK angguk kepala); Bolihlah KG, bolih. Tapi macam mana. Bila kita nak mula. Sebab KH tu dah mula mrngada-ngada.
KG: (ketawa terbahak-bahak diikuti dengan batuk) Kau ni gopohlah. Sebab tu tak menjadi. Sabar. Tunggu minggu depan aku kesana. Siapkan padang ragut sekali, yang cantik.
BB: Terima kasih KG. Kami mohon diri.
BB dan KK pun balik ke kawasanya dengan rasa puas sambil tersenyum . 'Senyum kambing untuk KH' dari BB dan KK'. Minggu depan KG pula akan mengukirkan senyum kambingnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan