Hari ini hari Ahad. Aku akan berlepas ke KL atas tugas rasmi pada jam 1 petang nanti . Aku di jangka berada disana selama 3 hari.
Fahmi telah mengaturkan tempat kediaman ku iaitu di hotel Pan Pacific.Ketua ku di ibupejabat pun telah bersetuju untuk berjumpa sebelum mesyuart bermula. Perjumpaan ini amat penting untuk aku maklumkan beberapa perkara yang penting sebelum mesyuarat diadakan. Fahmi juga telah menghubungi Dosmy kawan ku. Aku telah diberitau, Dosmy akan menjemput ku pada jam 8 malam nanti untuk keluar makan malam di sebuah restoran.
Ketika ini baru jam sepuluh pagi. Aku akan bergerak kelapangan terbang pada pukul 12 tengah hari nanti.Perjalanan memakan masa tidak lebih dari 15 minit. Masih ada banyak masa lagi. Rimba pun belum muncul lagi. Ketiga-tiga anak ku sedang bermain bekejaran diluar rumah.
Segala keperluan untuk ke KL telah siap sedia dimasukkan ke dalam sebuah beg. Sebuah 'briefcase' berjenama samsonite akan ku bawa untuk mengisi fail mesyuarat. Aku rasa semua keperluan telah lengkap.Tiba-tiba Aku teringat akan jemputan makan malam kawan ku Dosmy. "Tak patut aku bawa tangan kosong. Adalah sedikit buah tangan. Orang berbudi kita berbahasa", bisik kusendirian. Tetapi apa benda yang aku hendak bawa?
"Apa abang termenung tu", terdengar suara isteri ku yang datang dari dapur menghampiri ku, menggangu legaran otakku. "Malam ni Dosmy nak belanja makan malam" Aku memberitahu dengan nada sedikit kerisauan. "Baguslah tu. Dapat makan percuma", isteri ku bergurau "Tapi, takkan tak bawa buah tangan",katanya yang baru sedar bahawa kurang manis perjumpaan ku nanti tidak diiringi dengan buah tangan. "Apa kita nak bawa? Tanya ku bodoh sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Isteri ku pun nampak macam termenung memikirkan sesuatu.
"Aaaa udang harimau" kata isteri ku dengan gembira memecah kebuntuan. "Ya tak ya juga", Aku bersetuju menampakkan sedikit kebodohan. "Tapi ada ke? Sempat ke kita nak beli? Satu lagi masalah yang ku fkirkan. "Dalam fridge ada lah dua tiga ekor" jawab isteri ku yang masih lagi tidak ceria.
"Pa uncle Rimba dah datang", anak ku Wani seperti kelelahan datang memberi tahu. Penat agaknya bekejaran diluar rumah tadi. "Rimba dah datang? Baguslah", aku lantas bergerak untuk keluar rumah berjumpa dengan Rimba. Aku beritahu Rimba untuk pergi ke pasar membeli 5 kilo udang harimau untuk tujuan dibawa ke KL. Setelah menerima wang dari Aku, Rimba dengan taat terus menghidupkan enjin dan bergerak menuju ke bandar yang perjalanannya tidak melebehi 20 minit."Selamat" bisikku puas dan lega.
Tepat jam 12 tengah hari Aku bergerak dari rumah ke lapanganterbang. Isteri ku meminta Aku sampaikan salam kepada isteri Dosmy dan anakku Wani yang dulunya satu kelas dengan salah seorang anak Dosmy di tahun 2 juga membuat pesanan yang sama.
Di lapangan terbang sebelum memasuki ruang menunggu, Aku sempat berbual dengan Rimba. "Awak dah pernah pergi KL?" Tanyaku kepada Rimba. Rimba senyum sambil berkata" Mana ambil duit tuan aji. Driver".
Aku tidak segera menyatakan sesuatu diatas perasaan merendah diri Rimba itu. Sememangnya pertanyaan ku itu hanya pembuka bual bicara. Ada hal lain yang Aku nak cakapkan. Biasalah orang Melayu tidak terus kepada isu yang utama, berkisar dulu hal yang lain.
"Rimba kenal ke orang yang bernama Langgi?" Tanya ku terus kepada isu yang bermain di kepala ku. "Apa tak kenal tuan aji. Selalu datang pejabat, jumpa En.Subra", jawab Rimba. Aku beri perhatian yang penuh dan menunggu apa lagi yang hendak di katakan oleh Rimba. Sesungguhnya Aku sangat mengharapkan maklumat yang lebeh banyak. "Dia kawan main golf En.Subra. Tuan aji tak jadi main golf ke?" Rimba menambah sambil bertanya perkembanagan golf ku. "Oooo begitu", Aku menepuk-nepuk tangan kanan ku keatas lutut ku beberapa kali sebagai tanda bahawa sekarang fahamlah Aku. "Macam mana golf tuan aji? Rimba bertanya lagi seolah-olah tidak dapat membaca apa yang ada dalam fikiran ku. Aku tidak segera menjawab pertanyaan Rimba itu. Beliau pun tidak mengulangi pertanyaan yang sama. Maklumlah beliau driver, tak kan berani berbuat begitu. "En. Dosmy tak ada, saya tak mainlah":, jawab ku agak lambat.
Aku bingkas bangun apabila pengumuman di buat supaya penumpang ke KL yang menaikki pesawat MH211 memasuki ruang untuk berlepas ke KL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan