Theflowersellingboy

Khamis, 3 Mac 2011

Sekadar Kenangan.....5





Apa tu BB??
Budak Baik macam aku ni....
Bos Baik..... Bole Bla la....


Jam telah menunjukkan 10.25 pagi. Aku melangkah ke Bilik Perbincangan dengan meninggalkan pesan kepada Pembantu supaya membawa Dato' Yau ke Bilik Perbincangan apabila beliau sampai nanti. Di Bilik Perbincangan aku menyemak perkara-perkara yang hendak dibangkitkan yang telah disediakan sambil membuka secara rambang helaian-helain  kertas cadangan tersebut. Perkara yang menjadi pertimbangan utama ialah kepentingan organisasi dalam jangka masa pendek dan panjang. Penubuhan syarikat usahasama (joint venture) diantara organisasi dan Syarikat Dato' Yau bagi melaksanakan projek yang dicadang akan mendedahkan organisasi kepada risiko kewangan. Oleh itu sejauh mana 'financial exposures' yang akan timbul perlu diteliti dengan melihat antara lain struktur modal syarikat usaha sama itu, misalnya berapa banyak dibiayai dalam bentuk ekuiti dan pinjaman. Walaupun dikatakan organisasi akan diberi 30% ekuiti percuma tetapi adakah ini bermakna peratus pegangan saham itu tidak akan berubah sekiranya modal syarikat diperbesarkan. Bagaimana pula modal dalam bentuk hutang atau pinjaman?

Penelitianku terganggu sedikit apabila terdengar bunyi ketukan pintu. Kedua-dua Penolongku masuk mengambil tempat masing-masing. Ali disebelah kanan dan Ramli disebelah kiri dan aku ditengah. Berhadapan denganku telah disediakan satu kerusi untuk Dato' Yau.

Soalan-soalan yang bakalku bangkitkan makin bertambah. Banyak benda yang terpaksa Dato' Yau perlu jelaskan. 'Adakah beliau mempunyai maklumat atau  dapat memberi penjelasan seperti yang ku harapkan. Bagaimana agaknya reaksi beliau dengan persoalan yang akan ku bangkitkan. Adakah akan menimbulkan suasana yang agak panas? 

"Ah pening kepala dibuatnya", bisikku perlahan.

Tiba-tiba aku teringat kata-kata Pembantuku, "Dato Yau  itu baik dengan BB". Juga pertanyaan beliau mengenai perjumpaanku kali pertama dengan BB, "ok tuan aji?"  Membaca raut mukanya, ada sesuatu yang beliau hendak sampaikan.

"Ahh, entahlah,". Sekali lagi aku mengeluh kecil.

Aku juga terfikir mengapa Ali dan Ramli tidak langsung menunjukkan kerisauan sedangkan masa terlalu pendek  untuk menyediakan satu perakuan yang terbaik kepada BB. Adakah mereka ini buat kerja secara'cincai', asalkan buat saja?

"Ohhh aku tak tahu. Teruk sungguh organisasi ini", suaraku agak keras sedikit sambil mataku menerjah ke wajah Ramli dan Ali bergilir-gilir. Nampaknya kedua-dua Penolong  merasa serba tak kena dan menundukkan muka.

"Dah 10.40, mana tak sampai lagi Dato Yau ni", aku minta jawapan dari kedua-dua Penolong. Masing-masing saling bertukar pandangan.

"Mungkin terperangkap dalam jem", Ali meneka. "I think so lah.", sokong Ramli pula.

Aku tidak dapat berhujah alasan yang diberikan itu. Kesesakan jalan di Bandaraya Kuala Lumpur adalah satu yang telah dianggap biasa. Kalau tidak sesak ianya luar biasa, melainkan cuti raya Melayu, India atau Cina.

"Banyak perkara yang  tidak jelas dalam cadangan ini. Maklumat tak lengkap. Susah kita nak buat analisis dan perakuan". aku memulakan bicara dengan menyelak helaian-helaian cadangan tersebut. Kedua-dua Penolong saling pandang memandang. Ada sesuatu hendak diperkatakan. Tapi mereka masih diam.

Aku mesti membuatkan mereka menyatakan sesuatu berhubung dengan cadangan Dato Yau. Dalam perbincangan yang lepas dalam bilikku, aku  cuma mengarahkan apa yang perlu mereka buat. Ertinya aku tidak  menghargai kepakaran atau pengalaman mereka yang telah lebih lama di organisasi ini. Aku perlu tanya.

"Apa pendapat you all tentang cadangan ini? Aku memandang kiri dan kanan untuk mendapat jawapan. Tidak kesahlah siapa yang mendahului.

"Minta maaf tuan haji, saya rasa kita terlampau serious sangat untuk membuat analisis cadangan ini," kata Ramli memulakan pandangan. "Betullah, sangkaanku. Mereka ni suka buat kerja cincai", bisik hatiku sambil otakku memujuk supaya hatiku bersabar dulu. Biar mereka beri pandangan dulu.

"Apa maksud kamu", Aku tukar perkataan 'you' kepada 'kamu', untuk menunjukkan 'I am in command". Bos katakan.

Ramli menyatakan bahawa ini bukan kali pertama cadangan serupa ini diterima oleh organisasi. Tidak juga kali pertama ulasan dan perakuan diperlukan segera. Apa yang biasa dilakukan ialah berjumpa dengan BB dulu untuk mendapat sudut pandangannya. Walau pun diminta untuk dikaji atau analisis,  perakuan yang dibuat mesti juga mengambilkira pihak yang mencadang. Berapa rapat hubungan dengan BB.

"Maksud kamu kalau Dato' Yau rapat dengan BB, kita mesti sokong walaupun banyak maklumat yang tiada ", Ramli tidak menjawab. Dia tahu aku sudah naik angin sedikit. Suasana memjadi sunyi. Aku rasa menyesal pula mengeluarkan suara yang agak tinggi sedikit. Aku mesti hidupkan semula suasana yang kondusif bagi meransang mereka menyatakan sesuatu.

"Saya setujulah kita mesti bincang dengan BB dulu. Tapi masa kita pendek. Hari Sabtu ni dia nak tengok", Aku seperti meminta simpati dari mereka. Tiada respon. "Bagaimana hubungan BB dengan Dato' Yau. You orang berdua lebih tahu sebab dah lama disini?' Aku menghargai pengalaman mereka.

"Terlalu rapat tuan haji", Ali bersuara sambil mengangkat kedua-dua tangan dan menggerak-gerak  kedua-dua jari telunjuk menjadi rapat. Maklumat ini sama dengan yang disampaikan oleh Pembantu dulu. 

"Jadi kita bersetuju saja cadangan ini?" Tanyaku. Mereka tidak memberi jawapan tetapi pandang sama sendiri. "Macam mana Ramli?"

Tergamam juga Ramli bila mendengar soalanku. "Saya tak pasti tuan haji. Tapi mungkin boleh bincang dengan Dato Yau". Ramli memberi cadangan. "Ait bincang dengan Dato' Yau. Itulah tujuan kita sekarang ni", Aku mengangkat sedikit muka ku keatas sambil mata dibuka luas tanda kehairanan.

"Maksud saya mungkin Dato' Yau  tahu pandangan BB sebab dia kawan rapat", jawab Ramli. "Oh begituuu", sambutku.

Belum sempat aku hendak menyatakan sikap dan pandanganku mengenai cara bertindak yang sepatutnya dibuat keatas mana-mana cadangan, tiba-tiba pintu Bilik Perbincangan diketuk dan terbuka. Kelihatan Pembantu mempersilakan Dato' Yau memasuki bilik .  Pintu bilik telah pun ditutup semula.

Aku menjeling jam ditangan. Sudah 11.30 pagi. Satu jam lambat. "Morning tuan haji. I was with BB just now. He called me up", kata Dato' Yau memberi alasan kelewatan.

Nafsu marahku segera menyerap dalam hatiku. "Apek ni dah melampau. Nak jumpa BB banyak kali aku tak kesah. Talipon lah beri tahu", marahku dalam hati. Aku mula mempercayai apa yang telah diberi tahu.

"Ok Dato', kita bolih mula". Aku tidak beri peluang masa berlalu begitu saja. Dato Yau semacam hendak berdiri. "Excuse me tuan aji before we proceed I have here something, ......just a token...".  "Masa kita terlalu pendek. Hari Sabtu BB nak tahu", Aku memotong kata-kata Dato' Yau sebelum sempat beliau menghabiskannya. Beliau semacam terkejut .Ditangan beliau telah ada tiga kotak kecil berlainan warna.  Kedua-dua Penolongku juga saling pandang memandang. Mungkin mereka tidak menjangka aku dengan pantas memotong kata-kata Dato' Yau. Mungkin ini merupakan kali pertama.

Dato' Yau tidak jadi bangun. Beliau duduk. "Tuan aji, you don't have to worry. I have discussed this with BB. You just give your comment". Nampaknya sudah jelas BB dan Dato' Yau seperti isi dengan kuku. Aku dah tak ragu.

"Begini Dato' cadangan Dato mesti saya beri ualasan yang adil. Fair comment Dato'. Fair to you Dato'". Aku mula memujinya.

Kedengaran pintu diketuk. Pembantu masuk dan terus menunjukkan satu nota pendek . "BB nak jumpa bersama dengan Dato' Yau".

"Aduhhhh," keluh hatiku. Tapi egoku masih ada lagi. Aku tidak mahu beri tahu Dato Yau. Pembantu yang beri tahu . Aku tidak akan menaikki lif bersama Dato Yau. Kertas nota ku ambil dan menulis sesuatu sebagai arahan kepada Pembantu apa yang perlu dibuat.

"Ok perbincangan tamat. Saya ada hal". Aku melangkah keluar. Terngiang-ngiang di telingaku kata-kata Pembantu dan Penolong-penolongku "BB baik dengan Dato Yau". Langkahku menjadi longlai.

Di tingkat lima aku terus memasuki bilik Pembantu Khas BB sambil jari menunjuk ke dada untuk mengetahui benarkah BB hendak berjumpa dengan ku. Pembantu Khas angguk kepala. "Apa hal, pasal projek Dato Yau ke?" Tanyanya ku segera.  " Tak ada. Pasal anaknya",  Jawapannya pun segera. Apa pula halnya ni. Takkan anaknya ada cadangan projek pula. Ini conflict of interest. Dahiku berkerut. "Anak bongsunya nak pergi belajar oversea",Pembantu Khas bercerita semula. Anak nak pergi oversea, apa kena mengena dengan aku. Takkan nak buat pinjaman daripada  aku. Tidak mungkin. Ahh tak perlu difikirkan sangat. Masuk kedalam nanti tahulah aku.

" Sekarang saya boleh masuk? Tanyaku. Pembantu khas menunjukkan kearah talipon. Ada api yang sedang menyala menandakan BB sedang bercakap talipon.  "Nanti dulu. Dah habis bolih lah masuk", Pembantu Khas memberi tahu. "ok".

Aku telah menjalinkan kemesraan dengan Pembantu Khas BB. Aku mesti ambil peluang untuk mendapatkan maklumat penting. Tentunya maklumat mengenai hubungan diantara BB dan Dato Yao.

"BB nak jumpa saya dengan Dato' Yao ke?" Tanyaku . "Taklah . BB nak jumpa tuan haji",Pembantu Khas membuatkan aku lega. "Tapi Pembantu saya beritahu, BB nak  jumpa", tanyaku  dengan harapan menerima jawapan yang  pertama. "Kalau dia ada lagi boleh lah jumpa. Tak jumpa pun tak apa",jelas Pembantu Khas. Nampaknya Pembantu telah salah mengerti maklumat yang disampaikan. Jawapan Pembantu Khas sebentar tadi meransang aku bertanya lagi mengenai Dato' Yao.

"Dato' Yao selalu datang pejabat ke", tanyaku ingin tahu. "Selalu. Meluat saya tengok. Menyibuk", nampak marah dan benci gaya nada suaranya. "Tapi kata Pembantu dia kawan baik BB", soalanku bertambah terperinci. "Itu kata dia. BB selalu membebel  katanya apa apek tu nak, selalu datang jumpa". Beliau senyap kemudian menyambung" Tak tahulah kalau dia main silap mata". Ooooh BB main silap mata ke.

"Tuan haji bolih masuk. Dah habis cakap", Pembnatu Khas tunjuk pada lampu talipon yang telah padam. "Kalau Dato Yao datang you delaykan, sampai saya keluar", pesanku sambil melangkah ke bilik BB.

Sebaik aku memberi salam, BB memperkenalkan seorang anak muda yang sedang duduk diatas sofa. "My youngest" tunjuknya bangga. "Apa khabar uncle. Saya Irman", sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. "Baik", Jawabku ringkas.

Aku mengambil tempat duduk setelah dipersilakan oleh BB. Mataku menangkap sebuah kotak kecil berwarna emas kekuningan terletak kemas diatas meja kecil disebelahku. Aku macam pernah melihat kotak bersaiz yang sama. Tapi dimana? Legaran otakku terberhenti  sebaik saja  BB memaklumkan anaknya akan berangkat belajar ke England pada Isnin depan atas biayaan sendiri dalam bidang perniagaan. Katanya lebih baik biaya sendiri tiada ikatan apabila tamat pengajian. Oleh kerana anaknya ini anak bongsu, isterinya amat berat untuk melepaskannya. Tetapi demi pelajaran anak, beliau terpaksa mengurbankan rasa.  

" You belajar disanakan?' Tanya BB. Aku mengangguk setuju. "Itulah isteri saya risau sebab kami tak dapat ikut sama. Hari Sabtu ni saya ke Rome pasal projek yang dicadang Dato Yau tu. Seminggu". Aku diam mendengar."Kalau you ada kawan disana, minta tolong jemput anak saya dan tumpang sehari dua". Sambung BB.

Macam kilat otakku pantas menangkap. Ini satu peluang  untuk lebih rapat dengan BB. Lebih rapat berbanding Dato Yau. Jalan telah dibuka mengapa perlu disia-sia. Kalau kita berbudi takkan dia lupa. Kerja susah akan jadi senang". Boleh tuan tak jadi masalah. Saya akan uruskan. Selepas ni Irman jumpa uncle ". BB nampaknya sungguh ceria. " Terima kasih ji, terima kasih. Selesailah satu masalah".

Aku mohon izin keluar dan Irman mengekoriku.  "Man jumpa uncle kemudianlah" . Irman berpatah balik menuju kesofa. "By the way macam mana dengan proposal tu".  Aku menolih kebelakang sekali lagi sambil menyatakan "Ok tuan. On the  right track". BB tersenyum ria, "You just minute it to me. No need to discuss further". Wajah BB semakin mencerah walaupun tidak cerah. Aku semakin ceria kerana telah ada jalan mudah.

Aku mengangkat tangan sebaik saja melampaui bilik Pembantu Khas sebagai isyarat terima kasih. Beliau juga mengangkat tangan. Dihadapan beliau duduk Dato' Yau yang juga mengangkat tangan seolah-olah isyarat terima kasih itu juga untuk beliau.

"Masuk , ambil sedikit dictation". Minta ku sebaik saja melalui kawasan kerja Pembantu.

"Cadangan projek seperti di (7) telah dikaji. Secara dasar cadangan boleh diterima. Untuk menjaga kepentingan kedua-dua pihak,  penerimaan tertakluk kepada perbincangan terperinci". Itulah yang ku minta Pembantu mencatatkan keatas kertas minit sebagai perakuan untuk disampaikan kepada BB.

Aku telah mula pandai main silap mata. Terima kasih Pembantu Khas kerana menyebut dua perkataan ini. Kita lihat nanti adakah silap mata ku lebih hebat dari David  Copperfield. Kalau tidak aku Boleh Bla...
(Sekadar Kenangan ...5  adalah paparan terakhir  dari keseluruhan siri yang ada).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan