Theflowersellingboy

Sabtu, 1 Februari 2020

MENCARI JALAN KELUAR.......




Jalan keluar bermaksud jalan yang dipilih boleh mendatang faedah dan kebaikan berbanding kekal di dalam dan di tempat yang sedia ada. Jalan yang tidak memudaratkan. Ada nilai tambah. Ada faktor tambah atau plus factor.

Lebih baik kekal di dalam dan di tempat yang sedia ada jika jalan keluar itu memudaratkan. Keluar dari mulut harimau masuk dalam mulut singa! 

Sentiasa berusaha dan bersabar jika jalan keluar yang kita harapkan masih lagi belum terhasil. Sentiasa yakin dan percaya bahawa setiap usaha kearah jalan yang baik yang kita harapkan, dengan izin Allah akan dimakbulkan, hanya kesabaran yang diperlukan. Setiap orang ada rezeki yang telah ditentukan, dan sentiasa berdoa agar sentiasa dipermudahkan untuk mendapat rezeki yang halal dan baik serta barakah.

Bagaimana cara untuk membuat pertimbangan dan keputusan bagi mencari jalan keluar yang selamat dan tidak memudaratkan?

Apa pun pertimbangan dan keputusan yang dibuat, ianya tetap memberi kesan atau meninggalkan kesan. Itulah namanya sebuah kehidupan.

Sebagai contoh seseorang yang berhajat untuk menukar pekerjaan atau tempat bekerja perlu membuat pertimbangan dan keputusan. Satu keputusan yang memberi faedah kepadanya, yang kurang risiko yang lebih baik berbanding jika masih kekal dalam keadaan asal.

Pertimbangan itu dibuat dengan mempunyai pengetahuan dan maklumat yang baik tentang pekerjaan dan tempat yang baru. Merujuk kepada mereka yang ada pengalaman dan pengetahuan tentang tempat dan pekerjaan yang baru itu adalah satu aset yang berguna untuk dijadikan input untuk dibuat pertimbangan. 

Rujukan yang paling baik dan sesungguhnya ikhlas adalah dari kedua ibubapa. Ibubapa tidak akan memberi nasihat dan pandangan yang merugikan anaknya. Ini perlu yakin dan percaya.    

Rujukan juga dibuat  kepada Allah dengan memohon agar Allah berikan petunjuk yang mana satu keputusan yang diredhainya kerana Allah maha mengetahui. Buatlah solat istikharah.