Theflowersellingboy

Ahad, 8 September 2013

11 Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Berganjak atau Berundur?



 Menurut Utusan on line bertarikh 110913, terdapat  11 anjakan yang terkandung dalam  Pelan Pembangungunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualliti bertaraf antarabangsa..
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai 
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan disetiap sekolah
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Persoalannya: Berjayakah anjakan  itu berlaku? Atau boleh berganjakkah dari yang ada kepada yang digagaskan dalam PPPM 

Saya pessimis dan meragui anjakan akan berlaku.

1. Kesamaan akses pendidikan  tidak akan dapat dilakukan sebab wujudnya jurang yang semakin melebar dari segi kemampuan ekonomi (pendapatan), infrastruktur dan logistik bagi memungkinkan kesamarataan akses pendidikan kepada semua rakyat yang memerlukan pendidikan  antara lokaliti khususnya diantara bandar dan luar bandar. Malah didalam bandar juga terdapat jurang perbezaan akses pendidikan menurut taraf sosio ekonomi iaitu diantara yang berpendapatan rendah dan yang berpendapatan tinggi. Jauh sekali untuk mendapat pendidikan bertaraf antarabangsa.
Sebab itu DASAR PELAJARAN PERCUMA perlu dilaksanakan.





2. Profesien dalam bahasa Malaysia dan Inggeris
 Anjakan ini juga tidak akan berlaku selagi jurang yang dinyatakan diatas tidak diatasi. 

3. Seterusnya anjakan ke 3 sehingga 11 tidak akan berlaku jika sekiranya pendidikan itu dijadikan alat bagi kepentingan politik. Maka segala niat baik untuk menjadikan pendidikan sebagai saluran bagi memanam dan menyemai nilai-nilai baik, bagi menjadikan profesien keguruan sebagai profesien yang dipandang tinggi dan diminati dan dihormati, dan seterusnya mengupayakan JPN, PPD dan sekolah akan gagal. Akan gagal juga untuk mendapat kerjasama masyarakat, akauntabiliti awam dan dan memaksimakan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang dibelanjakan jika kepentingan politik kepartian mencampuri dan mempengaruhi perjalanan dan pengurusan operasi pendidikan.






1 ulasan: