"1 yang pertama kita panggil Kambing Gurun, 1 yang kedua Kambing Biri-biri tapi kita lebeh pantas panggil Biri-biri saja, dan 3 pula adalah terdiri dari 1 yang Disatukan macam Kumpulan Wang Disatukan, Kambing Kampung.. Apabila dicampurkan atau ditambah 1+1+3 jawabnya tidak semestinya mengikut logik matematik yang biasa, yang sewajarnya menjadi 5.Tapi jawapannya ialah 1 juga.
Adapun Kambing Gurun itu, selepas ini kita ringkaskan sebagai KG , ketika ini sedang berkelana mengikut kemana saja yang disukainya sementara usia masih ada. Walaupun tenaga KG semakin menurun tetapi disebabkan sudah biasa mengembara waktu dewasa dulu apatah lagi pernah diangkat menjadi Raja, KG tidak memandang berkelana itu sebagai membebankan. Malah KG seronok melakukannya terutamanya kalau hasil kelanaannya membuahkan sesuatu yang menjadi idamannya. Sebab itulah ia merasa resah kalau duduk diam saja di padang gurun, amat menyeksakan.
Biri-biri pula, selepas ini kita panggil sebagai BB, sudah dewasa gagah perkasa. Tenaga dan semangat jangan dicabar seluruh padang rumput ragutan telah dikuasainya, tidak ada yang tertinggal barang seinci semuanya dibawah tapak kakinya. Kawan-kawan BB yang 3 itu sentiasa ada dibelakang megekori BB, mengintai-intai kalau-kalau ada musuh, cepat segera dinyahkan demi kepentingan BB. Mereka berpendapat bahawa kepentingan BB itu adalah juga kepentingan mereka , mesti dipertahankan sepenuh jiwa dan raga. Hebat sungguh BB. Tenaga ada, kuasa ada dan ketika ini 3 kawan itu amat setia. Oleh itu mengapa tidak dipergunakan sepenuhnya , jangan disesiakan, rugi dan menyesal dihari tua nanti. Tidak ada bekal untuk berkelana macam KG. Kawasan ragutan mesti dikawal sentiasa agar sentiasa dibawah pengusaan terutama di musim panas dan kering, jika tidak susah nak cari makan. Kebulur.
Kambing Kampung yang kita panggil KK adalah kambing sekawan. Kemana pergi tetap bersama dan sentiasa mengekori BB. Tidak boleh berpisah. Tidak boleh jauh dari BB tanpa izin. Kalau diizinkan boleh saja hendak kemana tetapi jangan lupa taat kepada BB. Lagipun BB mempunyai kepercayaan yang penuh kepada 3 sekawan ini. Walaupaun 3 tapi hati tetap satu. Kata orang satu hati satu jiwa walau badan masing-masing punya.
Walaupun badan masing-masing punya, kalau KG batuk atau demam selesema, BB dan KK tumpang sedih juga. Paling mereka takut kalau penyakit itu berjangkit. Oleh itu mereka sentiasa berjaga-jaga agar penyakit tidak menjangkiti mereka".
Sekian untuk berfikir sejenak untuk menyegarkan otak. Ini hanya exercise minda saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan