Banyak perkataan kita boleh gunakan bagi menerangkan sesuatu hal, keadaan, situasi dan fenomena. Untuk menyatakan perbuatan manusia atau binatang kita gunakan perkataan tertentu untuk memberi makna kepada perbuatan itu. Misalnya perkataan lompat atau loncat.
Yang melompat ialah katak. Manusia juga melompat. Tetapi katak tidak dikatakan meloncat. Manusia boleh dikatakan meloncat. Jadi ada perkataan boleh digunakan untuk manusia , binatang atau objek. Ada yang dikhaskan untuk objek, manusia atau binatang saja.
Seperti katak, manusia juga melompat. Objek batu pula hanya layak menggunakan satu daripada dua perkataan diatas iaitu loncat. Tapi perkataan loncat itu mesti diberi tambahan 'an' selepasnya untuk memberikan sesuatu makna. Jadi loncat menjadi loncatan. Kita mengatakan bantu loncatan bukan bantu loncat untuk mengatakan seseorang itu menggunakan sesuatu tempat atau pekerjaan sebagai asas untuk kejayaan yang lebih baik. Kita tidak pula menyebut batu lompatan.

Binatang dan manusia boleh berkongsi perkataan 'lompat' ini dengan memberi makna yang sama iaitu bergerak dari satu tempat ketempat yang lain seperti contoh katak tadi. Tapi katak lebih berpengaruh dari manusia sebab perbuatan lompatnya itu kalau manusia tiru ianya akan memberi makna yang lain. Malah maknanya tidak menyenangkan bagi manusia yang dikatakan melompat seperti katak. Misalnya kalau ada orang kata "Dia suka melompat macam katak", atau "Dia tu macam katak suka melompat", membawa makna orang itu tiada pendirian, suka berubah-ubah.
Perkataan lihat dan tengok mempunyai maksud yang sama. Tapi perkataan lihat boleh dikembangkan dengan menambah imbuhan kata di hadapan dan dibelakang menjadikannya keLIHATan dan makannya juga turut berubah. Maksud kelihatan ialah nampaknya atau seperti. Ayat yang kita boleh beri contoh ialah , "Setelah bekerja keras ia kelihatan amat letih sekali". Tapi perkataan tengok tidak pernah di tambah dengan imbuhan untuk menjadi keTENGOKan.

Perkataan seterusnya ialah diam dan tinggal. Diam mempunyai makna yang sama dengan tinggal dan juga makna selain dari itu. Begitu juga dengan tinggal. Kedua-dua perkataan ini akan memberi makna yang sama bagi maksud menetap atau duduk dimana. Misalnya "Awak diam dimana" atau "Saya tinggal di Bukit Hantu". Kedua-duanya boleh diperkembangkan untuk memberi makna yang lain. Misalnya perkataan diam digandakan menjadi diam-diam. Pernah kita mendengar seseorang itu dikatakan merendah diri tetapi orangnya banyak ilmu "Dia itu diam-diam ubi, makin diam semakin berisi". Diam juga dapat diertikan sebagai suasana senyap atau meminta supaya senyap. Ia iuga boleh digunakan untuk maksud 'biarkan' atau dalam bahasa kasar 'lantaklah'. Misalnya "Diamkan dia apa nak jadi, sebab tak dengar nasihat". Dalam hubungan ini Tinggal juga memberi makna yang sama. Contoh "Tinggalkan dia disitu, nanti kalau dah gelap balik lah dia".Diam juga kalau ditambah imbuhan dihadapan dan dibelakang akan membawa makna tempat atau rumah. Misalnya "keDIAMannya amat menarik sekali". Tetapi perkataan tinggal apabila diberi imbuhan dihadapan dan di belakang ,ia akan bertukar makna dari menetap kepada terkebelakang atau tidak tahu . Misalnya "Setelah dua tahun bersara Ahmad telah banyak keTINGGALan dari segi perkembangan semasa". Selain dari itu ia juga boleh bermaksud terlepas. Contoh "Disebabkan telah terlewat sampai distesyen bas, Ahmad telah keTINGGALan bas yang pertama". Perkataan tinggal juga bolih digunakan bagi maksud memberi sesuatu alasan contoh "Aku teringin nak keluar negeri , tinggal lagi rumah aku tiada orangn nak jaga". Perkataan tinggal ini mesti dituruti sama dengan perkataan lagi selepasnya.
Banyak lagi perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang mempunyai ciri-ciri diatas. Ianya sungguh indah, bahasanya sungguh cantik. Bersama-samalah kita menghayati, berbangga, memperkembang dan mengamalkannya. Tapi awas jangan rojakkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan