Organisasi ku mempunyai 100 orang warga kerja. Enam diperingkat eksekutif ,termasuk aku, dan yang lainnya bukan eksekutif. Terdapat empat cawangan diluar ibu pejabat yang masing-masingnya diketuai oleh seorang penyelia.
Aku adalah orang yang kuat mempercayai bahawa faktor dalaman adalah penentu utama kejayaan. Segalanya mesti bermula dari dalam, dari diri individu itu sendiri. Jika kekuatan dalaman telah terbentuk ia akan memudahkan segala urusan. Ia mesti dimulakan oleh individu itu sendiri, oleh pemimpin organisasi itu sendiri, oleh warga kerja organisasi itu sendiri. Sendiri mesti mulakan. Sendiri mesti tahu kekuatan, kekurangan, kelebihan , kehebatan, kelemahan masing-masing. Mengenal diri adalah permulaan kepada pembinaan sikap yang positif kearah memberi perkhidmatan yang terbaik. Ini disiplin yang mesti ada.
Tidak cukup dengan mengenal diri saja. Mesti ada usaha dan tindakan yang berterusan kearah pembinaan sikap itu. Mesti ada kepimpinan yang mengatur, menyusun dan yang bertanggungjawab melaksanakan berbagai program, mekanisma dan berbagai jaringan hubungan antara warga kerja sesama sendiri dan dengan pihak luar terutama pelanggan. Tidak kurang penting adalah kefahaman dari setiap warga kerja akan program , usaha dan inisiatif yang dilakukan terutama jika ianya berbeza dari yang biasa atau yang telah sedia diamalkan. Kefahaman ini adalah penting untuk mendapat sokongan dan kerjasama dari semua. Semangat 'es pirit de corp' atau bekerja sebagai satu pasukan mesti di bentuk.
Aku mesti amalkan apa yang aku percaya kalau tidak ia tidak bermakna dan sia-sia.
Seperti biasa aku sampai pejabat 10 minit sebelum 8 pagi. Hari ini , Selasa, telah dijadualkan untuk aku berjumpa dengan seseorang bagi membincangkan satu isu yang telah lama belum dapat penyelesaian yang memuaskan. Waktu perbincangan ialah jam 2 petang. Semua pegawai seramai lima orang itu telah diberitahu diakhir waktu kerja Sabtu lepas, untuk menyediakan fakta dan maklumat berkaitan dengan perkara yang dibangkitkan mengikut bidang tugas masing-masing dan diserahkan selewat-lewatnya pada hari ini jam 8 pagi untuk diteliti dan dibincang bersama sebelum berhadapan dengan pihak berkenaan. Ini bermakna, mereka mempunyai satu hari saja iaitu hari Isnin untuk berbuat demikian, sekiranya mereka bekerja mengikut waktu pejabat.
Diatas meja ku telah tersusun lima fail berkulit tipis berwarna kekuningan yang telah dibawa masuk oleh Fahmi, Pembantu Khas. Aku mengambil satu demi satu fail tersebut dan meneliti isi kandungan. Dahi ku berkerut.
Fahmi dipanggil , "Minta semua pegawai datang berbincang di bilik sebelah", aku beri tahu Fahmi. "Sekarang tuan aji?" Fahmi minta kepastian dan aku mengangguk. Waktu itu jam 8.30 pagi.
Semua yang dipanggil telah ada dalam bilik perbincangan. Disebelah kanan ialah Subra, yang terkanan diantara mereka yang telah lima tahun di organisasi ini. Disebelah beliau ialah Isa, penolongnya yang juga telah lima tahun disini. Di sebelah kiri pula ialah Deva yang telah empat tahun di organisasi, penolongnya Mariam dan Daud pegawai pentadbiran pejabat/perhubungan awam.
"Selamat pagi dan terima kasih" Aku memulakan perbincangan. "Saya minta En. Subra memulakan", sambil aku membuka fail yang didalamnya terdapat laporan yang disediakannya. Subra mengucapkan selamat pagi dan terus menjemput perhatianku kepada laporan yang telah disediakan dalam fail yang ada pada tangan ku. "Seperti dalam laporan saya, bahawa perkara tidak puas hati memang selalu kita dengar. Kalau kita tawar kepada A, pihak B kata kita tidak adil. Bagi pada B pihak A dan C kata tidak adil. Kita tak boleh layan tuan aji". Aku merenung tepat wajah Subra dengan mataku tidak berkelip . Beliau kelihatan defensif dan tidak nampak sebarang kecacatan pada organisasi atau dirinya.. Yang salah ialah orang lain. Beliau nampaknya tidak merasa apa-apa dengan reaksi ku. Mungkin beliau merasa lebih tahu kerana sudah lama.
Subra semakin yakin bahawa apa yang disampaikan telah diterima sebagai yang benar. "Tahun lepas kita telah disiasat sebab aduan orang ini. Tapi tak betul". Aku tidak boleh sabar lagi. Subra perlu diberi tahu. Perbincangan ini bukan untuk mempertahankan diri tapi menyelesaikan isu yang di bangkitkan dengan mengemukakan fakta dan maklumat yang telah diselidik. Bukan kenyataan kosong tanpa fakta yang meyakinkan. "Subra, awak ada statistik mengenai bilangan penender, kekerapan mereka masuk dan tawaran yang telah diterima? Tanya ku dengan jelas dengan suara yang sedikit tinggi. Terperanjat nampaknya Subra dengan pertanyaan ku tadi.
"Tuan aji , I got your instruction last Saturday...and...." Aku pantas memotong Subra sebelum beliau meneruskan kata-katanya "So What? Not enough time? What have you been doing for the last five years?" Suaraku lebih tinggi. Subra telah mula sedar bahawa beliau tidak boleh sembarangan memberi alasan. Pegawai-pegawai yang lain tunduk diam.
"Ini lah saya tidak menyebelah dan bersetuju apa yang mereka kata. Tapi kita mestilah bersedia dengan fakta , maklumat yang lengkap dan betul. Mesti ada pengkalan data, kajian dan buat penyelidikan. Tak boleh sembarangan". Aku menerangkan apa itu fakta dan maklumat yang lengkap dan betul. Apa kah sikap yang perlu ada pada setiap dari warga kerja dalam menangani sesuatu isu. "Kita disini untuk membantu dan memudahkan . Bukan menyusahkan". Aku melihat Subra mengangkat mukanya "Minta maaf tuan aji, adakah kita boleh melanggar undang-undang dan peraturan?" Denyut jantung ku semakin cepat mengepam darah keseluruh anggota. Bertambah berang aku dibuatnya. "Kalau awak berani buatlah". Aku sengaja mencabar beliau kerana aku tahu beliau faham akan maksud membantu yang aku gunakan. Suasana sepi. Yang lain tunduk saja. Subra tidak lagi berani berkata-kata.
Aku mendapati perbincangan tidak wajar diteruskan kerana kesemua mereka menyediakan laporan hanya untuk mempertahankan diri atau organisasi. Aku bersetuju nama organisasi mesti dijaga tetapi bukan cara yang mereka lakukan. Perjumpaan 2 petang akan ku teruskan tetapi yang hadir aku seorang saja. Aku percaya banyak perkara akan dapat ku dengar. Tapi aku dengar, rakam dan tanya saja. Percaya semuanya? Tunggu dulu jam 2 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan