.....Ilmu pengetahuan amat penting. Kebanyakan kita mengukur ilmu pengetahuan dari segi kelulusan akademik.Saya bersetuju dan juga tidak bersetuju........
Perkembangan dan kemajuan dunia yang serba pantas ini menuntut setiap insan untuk menguasai berbagai ilmu pengetahuan, kepakaran dan kemahiran. Seseorang yang berhajat untuk memberi khidmat sumbangan melalui politik terutama mereka yang bercita-cita untuk menjadi calun mewakili rakyat, di Dewan Rakyat (DR) dan (Dewan Undangan Negeri) sewajarnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.
Untuk itu mereka yang mempunyai pendidikan secara formal dan juga telah mencapai tahap yang tinggi sudah sewajarnyalah diberi keutamaan berbanding yang berpendidikan rendah. Secara amnya mereka dari golongan ini dapat menggarap sesuatu isu dengan lebih cepat, lantas dapat memberi reaksi yang diharap dan diperlukan dengan segera. Daya tindakan dan usaha mereka tidak juga semata-mata bersifat reaktif malah mereka boleh memulakan (initiate) atau mereka cipta (create) sesuatu kerana mereka telah dilatih atau diajar secara berstruktur sebegitu lama dalam proses berfikir.
Selain dari pendidikan tinggi, pengalaman juga amat penting dalam memilih seseorang untuk menjadi calun. Ini membawa makna bahawa mereka yang tidak berpendidikan tinggi misalnya hanya berjaya diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia, Diploma atau Sijil Tinggi Persekolahan boleh juga dipertimbangkan dengan mengambilkira pengalaman mereka dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Namun, untuk meningkatkan ilmu pengetahuan boleh saja dilakukan secara tidak formal selain secara formal. Dalam kata lain mereka dari golongan ini, disamping pengalaman yang terkumpul,wajar dan mesti meningkatkan ilmu, kepakaran dan kemahiran jika mahu menjadi ahli perundangan yang berkesan dan yang bolih menyumbang kepada rakyat yang diwakili, juga kepada negara.
Sudah menjadi satu kepercayaan dan pegangan di Malaysia ini bahawa ahli perundangan atau wakil rakyat adalah berperanan untuk membantu dan menolong menyelesaikan masalah rakyat yang diwakilinya. Inlah juga yang diharapkan atau peranan yang mesti dilakukan sebagai ukuran kepada perkhidmatan yang diberi. Oleh kerana itu peranan mereka sebagai ahli yang merangka dan membuat undang-undang tidak diberi perhatian yang serious. Peranan dan tanggungjawab ini semacam tidak penting untuk dinilai.
Maka tidak hairanlah acara-acara berbentuk menyampaikan sumbangan, hadiah, perasmian majlis-majlis yang diadakan oleh masyarakat setempat seperti berkhatan beramai-ramai, sukan keluarga, menghadiri majlis perkahwinan, majlis tahlil dan menghadiri pengkebumian dan yang lainnya adalah terlalu amat penting dan perlu mendapat liputan yang terbaik untuk diketahui sekurang-kurangnya rakyat yang diwakili.
TIdak pula dinafikan acara dan majlis yang disebutkan diatas penting dalam mengukur perkhidmatan dan kesediaan seseorang ahli yang dipilih itu dalam memberikan khidmat tetapi meninggalkan atau mengambil ringan peranan sebagai ahli perundangan adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Berdasarkan pengalaman, banyak peristiwa-peristiwa yang kurang manis telah berlaku dalam persidangan kedua-dua dewan yang boleh dikategorikan sebagai memalukan dan membuang masa.
Memalukan dan membuang masa ada kaitan langsung dari segi pembaziran wang rakyat. Masa yang begitu bermakna terbuang dengan begitu saja dan sia-sia hanya kerana ada sebahagian ahli-ahli tidak dapat berhujah dengan baik iaitu tidak menjadikan ilmu pengetahuan sebagai sandaran hujahan; tidak mengamalkan dan mematuhi etika dan peraturan yang telah ditetapkan; tidak juga mengetahui proses dan perjalanan sesuatu sidang.
Dengan demikian seperti yang telah diperkatakan menguasai ilmu pengetahuan adalah terlalu amat penting untuk berfungsi sebagai wakli rakyat atau ahli perundangan. Oleh kerana ilmu pengetahuan itu tersangat luas dan sentiasa berkembang, dan tidak akan mampu dikuasai kesemuanya maka bukan juga maksud saya supaya untuk menjadi calun seseorang itu perlu menguasai kesemuanya.
Tetapi adalah terlalu wajar bagi seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan dalam hal-hal berkaitan dengan perjalanan dewan iaitu peraturan dan etika; organisasi dan tanggungjawab termasuklah tanggungjawab Speaker atau Yang Di Pertua; Perlembagaan Negeri dan Persekutuan, peringkat-peringkat perbincanagan misalnya peringkat Dasar dan Jawatankuasa; pengertian belanjawan dan komponenya (budget); maksud soalan lisan dan bertulis; Jawatankuasa-jawatankuasa yang ada termasuk tugas dan tanggungjawab; makna penggal persidangan; KumpulanWang Disatukan (Negeri dan Persekutuan) dan Akaun-akaunnya dan banyak lagi.
Perkara-perkara yang telah disebutkan diatas jika dikuasai akan membantu ahli-ahli yang dipilih untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan dan tidak mewujudkan suatu keadaan yang memalukan.
Sudah tentu masa yang berharga dapat dimenfaat sepenuhnya untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Sama -sama kita membantu elakkan pembaziran.
Oleh itu saya ingin mencadangkan, Tuan Speaker, supaya semua ahli-ahli yang dipilih hendaklah menguasai ilmu dan pengetahuan dalam hal yang yang telah saya nyatakan. Satu kursus atau latihan hendaklah diberikan kepada mana-mana ahli yang telah dikesan masih lagi tidak mempunyai pengetahuan bagi perkara-perkara tersebut. Satu undang-undang hendaklah dicadang dan diluluskan bertujuan mensyaratkan mana-mana calun yang hendak bertanding lulus dalam peperiksaan dalam hal-hal tersebut. Suruhanjaya Pilihanraya dicadang untuk menganjurkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan