Theflowersellingboy

Rabu, 22 April 2020

JANGAN JADI PENTAKSUB: KESANNYA TIDAK BAIK.




Taksub? 

Tidak sesekali. Sebab Allah telah mengurniakan otak untuk digunakan sebaik baiknya, menfaat sebaik baiknya kearah yang diredhai Allah, sudah tentu dengan pertolongan dan izin Allah.

Bukankah Allah sentiasa bertanya: Tidakkah kamu mahu berfikir?

Maknanya Allah mahukan kita sentiasa gunakan otak untuk berfikir. Jangan sia siakan  kurniaan Allah yang berharga ini.

Mengapa saya timbulkan perkataan taksub pada hari ini?

Perkataan yang sama tetapi mendapat sikap dan tafsiran yang berbagai mengikut pemahaman dan kecenderungan seseorang. Saya juga mempunyai fahaman sendiri tentang taksub yang mungkin berbeza dengan orang lain.

Taksub adalah sikap yang terbentuk hasil dari pemikiran yang melampau . Dia percaya  bahawa tiada lain yang benar selain yang dia percaya dan tiada yang salah selain yang dia tidak suka. Kalau bermula dari titik kiri, selama lamanya di kedudukan yang sama dan begitu juga sebaliknya.

Katakan dia percaya A atau sesuatu kaum atau puak atau sesiapa sahaja sebagai baik maka selama lamanya dia akan tetap mengatakan pihak yang itu sebagai baik. Tiada yang baik selain dari itu walaupun dia tahu bahawa sesiapa sahaja ada kekurangan dan kelemahan. Pada ekstrim yang lain, pihak yang dia tidak suka akan selama lamanya dia katakan sebagai jahat atau mempunyai sisi sisi kelemahan disana sini. Tiada langsung yang baik.

Itulah pentaksub namanya.

Taksub ini boleh berlaku terhadap individu, puak, kumpulan, bangsa, parti politik dan agama. Taksub adalah disebabkan ada pengaruh. Kekuatan pengaruhlah yang menyebabkan timbulnya ketaksuban kerana  terlalu yakin atas kelebihan seseorang, puak , bangsa , kumpulan atau parti politik keatas yang lain.

Individu yang mempunyai karisma, pemimpin negara dan politik adalah individu yang selalu menjadi individu yang ditaksubi atau mungkin menjadi mangsa kepada ketaksuban ini. 

Dalam negara kita pemimpin seperti Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Najib Razak , Haji Hadi, Lim Kit Siang dan banyak lagi adalah individu yang tidak mudah terlepas dari menjadi ketaksuban mana mana pihak sama ada dialu alukan atau sebaliknya.

Menyebut nama nama diatas tidak bermakna saya taksub keatas mereka atau salah seorang dari mereka. Tidak dan tidak selama lamanya. Tetapi saya mempunyai kecenderungan keatas penguasaan ilmu, teladan yang dipamirkan,  asas perjuangan parti politik yang dipimpin, penampilan keperibadian diri dan keluarga  sebagai asas sokongan saya dalam membuat sesuatu keputusan politik walaupun saya bukan ahli politik parti berkenaan. Itu sahaja.

Jika tidak benar katakanlah tidak benar. Jika mungkir janji katakanlah mungkir janji. Jika perasuah dan dibuktikan sebagai perasuah, dan kalaupun tidak terus mahu mengaibkan perasuah itu usahlah menyokong dan mempertahankan perbuatan itu, tidak kira dia dari puak atau parti, bangsa atau yang seagama dengan kita. 

Dan jangan pula kelemahan sendiri sama ada secara peribadi atau atas nama bangsa dan parti dialihkan kepada pihak lain dengan memainkan emosi disebabkan ketaksuban yang ada pada diri. 

Jangan tipu pada diri sendiri, ianya merugikan pada masa jangka panjang kerana membudayakan hal hal yang batil dan bukan yang hak yang terus mendaging sehingga menjadi ikutan generasi akan datang. 

Jangan jadi pentaksub.

Saya akhiri bicara ini dengan secebis kisah yang melibatkan pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana ada individu yang berpengaruh yang telah melanggar PKP telah dipertahankan oleh seorang bergelar ustaz dengan mengatakan individu yang melanggar PKP itu sebagai ada iman dalam hati kerana individu itu telah mohon maaf. Difahamkan ustaz itu dalam parti politik yang sama dengan individu yang melanggar PKP. 

Itulah perangai pentaksub. Ini pentaksub peringkat rendah sahaja. 


Oleh itu jangan jadi pentaksub.









Selasa, 14 April 2020

ANWAR MENDAPAT SOKONGAN MELAYU DAN SEMUA KAUM RENTAS WILAYAH: TIADA SIAPA YANG TERANCAM




Mengapa setelah PH tumbang , Mahathir terus berleter fasal Anwar Ibrahim. Biasalah, komen seseorang, sesuai dengan usia tukang leter. 

Sebenarnya dia mengata Anwar, memburuk peribadi Anwar. Itu cara dan strategi politik beliau...dari dulu kini dan selama lamanya selagi nyawa dikandung badan. Diulang ulang ulang dan ulang ulang ulang ulanggggggg. 

Terlekat dan terkesan kepada si pendengar terutamanya orang Melayu yang kurang maklumat dan yang merasakan terhutang budi pada Mahathir. Apatah lagi beliau memainkan emosi Melayu dan Islam bahawa kedudukan Melayu dan Islam akan terancam jika Anwar dipilih menjadi pemimpin Kerajaan kerana Anwar ini liberal. 

Sama dengan cara PAS burukkan Anwar. Liberal , freemason dan agen asing. Mahathir dan PAS sudah ngam. Patutlah mendapat sokongan PAS. Tapi, setakat menyekat Anwar jadi PM. Itu jer. Hasilnya lumayan. PAS sebahagian dari kerajaan PN. Mahathir melepas. Anwar, macam biasa melepas juga seperti yang diharapkan oleh Mahathir. Muhyiddin dan Azmin juga akhirnya bertahta dengan pertolongan PAS dan UMNO berkongsi kuasa kerajaan.

Tapi, tiada tahniah dari rakyat sebab PM sendiri mengaku PN bukan kerajaan pilihan rakyat.

Berbalik kepada leteran Mahathir. Mahathir tidak berkata benar bukan? Sepatutnya leterannya itu disokong dengan bukti yang boleh diukur  dari sokongan politik. Bukan leteran ikut rasa cemburu dan takut bersaing dengan Anwar.

Mahathir menggunakan sample sample (sampling) terdiri dari  PAS, Bersatu dan Azmin bagi menyokong leterannya bahawa Anwar tidak dapat sokongan Melayu.

Semua musuh Anwar. Takkan musuh nak sokong, kot? Adakah mereka itu majoriti? Buktikanlah !

Sampling Mahathir ni out! 

Mari semak. Berapa kali Anwar masuk bertanding dalam pilihanraya yang beliau kecundang, dan banding dengan Mahathir.

Anwar tidak pernah kecundang di semua kawasan yang beliau masuk bertanding. Kesemua kawasan majoriti Melayu. Yang terakhir di Port Dickson. Seorang yang dicemarkan dengan panggilan banduan, boleh menang, majoriti besar pula!

Sebaliknya Mahathir pernah kecundang dengan calun PAS di kawasan majoriti Melayu. Apa cerita......?

Melayu sokong Mahathir atau sokong Anwar?

Jadi Mahathir jangan gelembong lebih. Fakta pilihanraya tidak menipu. OK

Itulah cara untuk mengukur sokongan Melayu bukan berbohong dikhalayak ramai dengan mengadakan beberapa kali sidang media untuk mempengaruhi orang Melayu.

Dapatkah Mahathir buktikan bahawa dia pentingkan ketinggian moral untuk jadi PM?

Kita mulakan dengan penampilan Mahathir dan keluarga Mahathir berbanding Anwar dan keluarganya.

Jelas penampilan Anwar dan keluarga adalah menurut nilai yang disenangi oleh orang Melayu dan Islam. 

Ahh semua itu lakunan Anwar. "Anwar bukan kah pandai berlakun dan bersendiwara, pembohong ", Biasa dengar  tak ayat ayat pembohongan seperti ini, dan kenal siapa pengucapnya?

Berlakun bukan dilakukan setiap saat dalam menjalani kehidupan. 

Cara hidup Anwar dan keluarga konsisten  sederhana , tidak bermewah ,  tidak terlibat dengan perniagaan yang menyalahi hukum syarak , anak anak yang berketrampilan dengan pakaian menyenang mata memandang, dengan kelakuan bersopan santun tidak mencocok mata (menjolok), tidak cukupkah untuk menewaskan cara hidup Mahathir dan keluarga dari segi nilai yang disanjung oleh Melayu dan Islam?

Apakah nilai Melayu  dan amalan Islam Anwar itu boleh disamakan dengan pengertian liberal yang bebas melanggar hukum dan fahaman freemason seperti yang dihebuhkan oleh Mahathir dan pimpinan PAS?

Oh Anwar seorang peliwat? 

Ini pun menjadi ratipan orang yang sentiasa bercakap fasal dosa pahala.

Kenapa Mahathir semasa memburukkan Anwar sebagai rendah moral, kerana dikatakan meliwat, tidak pernah menyatakan bahawa  Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Anwar tidak bersalah atas kes liwat itu. Kesannya ramai yang masih percaya bahawa Anwar bersalah dalam kes liwat itu. Tidak kurang anak anak muda yang masih belum lahir ketika kes ini berlaku disuap dengan maklumat yang salah.

Sudah tentu ramai yang tidak tahu akan proses dan perjalanan perbicaraan Anwar dalam kes liwat itu yang ketika itu agensi penguatkuasaan dan kehakiman boleh sahaja beliau pengaruh. 

Apakah beliau lupa cerita korek korek korek (correct correct correct). "It looks like me but not me". Masihkah lupa wahai PM yang menumbangkan kerajaan sendiri. 

Bagaimana dengan kes video yang memaparkan seorang menteri yang dituduh melakukan perbuatan luar tabie ? Adakah Mahathir sudah tukar nilai dari jijik ketika Anwar dituduh melakukannya kepada tidak ada hal seperti pelaku dalam video.

Adakah tuduhan itu tidak termasuk dalam kategori rendah moral?

Mahathir dengan pantas menafikan keterlibatan pelaku itu sebelum siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa. Bukankah ini salah guna kuasa?

Maka hujah dan sampling yang di ketengahkan oleh Mahathir adalah tertolak dengan sendirinya. Oleh itu berhentilah berleter memburuk burukkan Anwar. Bahawa orang Melayu tidak sokong Anwar. 

Terimalah hakikat bahawa Anwar ada sokongan Melayu dan bukan Melayu rentas wilayah.

Anwar memperjuangkan keadilan sosial bagi semua warga khususnya warga yang masih lagi hidup susah dan miskin yang mana sebahagian besar terdiri dari Melayu/Bumiputera  tanpa meminggirkan bukan Melayu yang sebahagiannya juga miskin dan susah. Dan Anwar tidak pernah bertindak di luar dari rangka Perlembagaan Persekutuan dari segi menjaga hak dan  kepentingan orang Melayu/Bumiputera termasuk bahasa dan budaya, Agama Islam dan Institusi Raja raja Melayu tanpa menafikan hak dan kepentingan bukan Melayu dan bukan Islam.  

Macam mana Anwar dikatakan sebagai mengancam kedudukan Melayu -hak istimewanya, bahasa dan budayanya, Raja raja Melayu dan agama Islam?

Yang pasti ialah jika Anwar jadi PM, yang rasa terancam ialah elit politik Melayu dan yang bersekutu dengannya, termasuk penunggang agama yang sudah begitu lama menggunakan Melayu dan Islam untuk kekal mempengaruhi minda Melayu yang sentiasa berada dalam pemikiran yang terperangkap (captive mind). Terperangkap dengan penipuan.

Akhirnya tanya soalan soalan berikut dan fikir bersama:

1. Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Mahathir ialah untuk melahirkan Bangsa Malaysia. DAP juga berjuang untuk Malaysian Malaysia. Bahasa sahaja berbeza tetapi matlamatnya sama. Tapi tiada siapa mengtakan Mahathir anti Melayu.

2. Bila gagal 2020 Mahathir semasa meminpin PH mencadangkan Wawasan Kemakmuran Bersama ( Shared Prosperity). Apakah ini tidak menjadi ancaman kepada Melayu?

3. Dalam kempen politik terutama di Pedalaman Sabah dan Sarawak, berapa kali Mahathir turut serta berbanding Anwar.

4. Bukankah Mahathir sentiasa mengungkapkan bahawa orang Melayu ini malas sebab itu miskin.  Sebaliknya Anwar mencari jalan untuk memperbaikki ekonomi orang Melayu yang miskin daripada mengungkapkan Melayu itu malas.

5. Berapa kerapkah Mahathir bercakap atau menyediakan program perumahan rakyat miskin berbanding dengan Anwar. 

Kesimpulannya, memilih Anwar sebagai PM akan menguntungkan Melayu/Bumiputera yang miskin dan semua warga tanpa membezakan kaum dan wilayah kerana Anwar mengutamakan tadbirurus yang amanah, telus, berketangungjawaban (accountability) , mengelak pembaziran, menentang rasuah dan salah guna kuasa.

Cara urustadbir inilah yang ditentang  oleh musuh Anwar kerana ianya menutup peluang untuk menyalahguna kuasa dan rasuah.

Oleh itu cara terbaik yang digunakan oleh pesaing politik Anwar ialah mempengaruhi emosi orang Melayu Islam dengan mengatakan Anwar liberal, freemason dan dikuasai agen kuasa asing seperti Amerika dan Yahudi dengan tujuan Melayu dan Islam tidak menyokong Anwar.

Maka dihebuhkanlah, diulang, ulang ulang beribu kali tanpa jemu. Berleterlah selagi nyawa dikandung badan.
#BERHENTIDARIBERLETERBERDOSAMUNGKIRJANJI #JANGANBERSEKONGKOLDENGANPENGKHIANAT #AMANAHRAKYATJANGANDIPERMAINKAN.





































Isnin, 13 April 2020

Setelah PH Tumbang Mahathir Terus Berleter Fasal Anwar



Dengar Video Ini Dengan Zerokan Fikiran Anda Terlebih Dahulu. Kemudian Nilai Apa yang Tun Mahathir Tuturkan. Anda Perlu Mempunyai Maklumat Yang Sahih Tentang Mahathir dan Anwar, Sejarah Dua Insan Ini Dalam Hubungan Politik Antara Mereka.


Dua insan ini mewarnai politik  Malaysia. Ya, Mahathir yang telah dianugerah gelaran Tun atas jasa jasanya dan Anwar yang juga telah dianugerahkan gelaran Dato' Seri sebagai mengenangkan jasa dan khidmatnya. Oleh itu tidak adil untuk kita melihat aspek-aspek negatif sahaja terhadap kedua insan ini.

Tulisan ini mendahului pembicaraan dengan merakamkan bahawa Tun Dr. Mahathir telah banyak berjasa kepada negara.
kita.

Anwar juga telah memberi khidmat yang tidak kurang cemerlangnya yang pernah menjawat beberapa jawatan menteri kabinet termasuk Menteri Kewangan.

OK. Cukup. 

Penulisan ini agak panjang dan bersambung. Ianya memerlukan kesabaran untuk terus membaca sehingga akhir perkataan.

Saya perlu mengistiharkan bahawa saya bukan penganilisis politik yang tajam dan matang. Saya bukan ahli mana mana parti politik. Tetapi saya meminati hal hal politik terutamanya politik negara kerana politiklah yang menentukan arah tuju negara, yang mempengaruhi kehidupan setiap daripada kita.

Mana mungkin kita tidak ambil peduli fasal perkembangan politik negara. Mana mana individu yang mengatakan tidak berminat tentang politik atau tidak mahu terlibat atau ambil tahu tentang politik, individu itu mungkin tidak sedar bahawa yang kehidupan hariannya adalah kesan daripada urustadbir yang diterajui oleh orang politik sehingga dianya meninggal dunia.

OK. Cukup intro saya itu sebelum anda terus membaca tulisan saya seterusnya mengenai Mahthir dan Anwar. Saya akan menghadkan perbicaraan dalam hal berkaitan taat setia dalam hubungan orang politik. 

Mungkin ianya lebih jelas dan mudah menarik perhatian pembaca jika saya tukarkan 'TAAT SETIA' itu kepada hal yang berlawanan dengan sifat  itu walaupun berat bagi saya untuk menggunakan perkataan yang berlawanan itu iaitu 'PENGKHIANATAN'.

Kisah hubungan diantara Mahathir dan Anwar adalah kisah taat setia atau pengkhianatan dalam politik. 

Siapa taat dan siapa pengkhianat?

Tidak ada ketaatan dalam politik atau dalam menjalani kehidupan berpolitik.  Bukankah manusia mempunyai berbagai ragam dan fikiran. Mempunyai pendapat dan kecenderungan yang berbeza. Mana mungkin perbezaan dan kepelbagaian ini boleh mengekalkan keharmurnian tanpa konflik dalam berbagai perkara dan kepentingan, Mana mungkin ketaatan antara sesama insan itu boleh kekal sedangkan dengan Allah pun kita selalu kecundang.   

Apatah lagi jika perbezaan itu melibatkan pemilikan atau perebutan kuasa. Kuasa yang menjadikan seseorang atau sesuatu kumpulan itu menguasai kekayaan sesebuah negara. The wealth of the nation dalam genggaman. 

Ingat bahawa pemilikan atau perebutan kuasa politik itu sentiasa didahului dengan nafsu. Mereka yang tiada nafsu untuk berkuasa, lupakanlah angan angan untuk jadi orang politik. Mesti ada tamak dan haloba untuk kekal dalam politik. Maka asas pengkhianatan telah dibina dan terus dibiina , bercamabah, jangkit menjangkiti sama juga dengan covid 19 yang amat bahaya.

Cukup untuk hari ini...akan bersambung.








Sabtu, 11 April 2020

Covid dan Bunga Kemboja


BUNGA KEMBOJA YANG SAYA SAPA SETIAP PAGI
COVID 19 YANG MAHU KITA HINDARI
NUN diatas adalah bunga Kemboja
Dibawahnya adalah Covid Amat Bahaya
Harapan kita Agar Merah Kemboja
Menewaskan Covid Menghilang SEGERA
Dengan IZIN ALLAH
AMIN



...ini kuntum kuntum bunga kemboja
terikat dalam satu rungkai
merah warnanya

Setiap pagi 

Saya tidak pernah gagal menyapa
....dengan mata
.....dengan hati 

Apa khabar wahai kemboja
Saya terus bertanya 
....sudahkah covid menghilang pergi
....atau masih ada disini
kerana
MCO disambung dua minggu lagi
kerana 
cucu saya suruh tanya
...bosan keluhnya
....bosan tidak pakai selipar kerana tak boleh santai diluar rumah
...ada yang menjeler lidah tanda protes
...ada yang tidak banyak cakap, cuma senyum saja
....ada tanya soalan cepu mas pula
tak ada duit raya ker tahun ini?

Wasap account numberlah 
jawab saya
Mereka pun ketawa


....







Khamis, 9 April 2020

Covid: AGI IDUP AGI NGELABAN



Sambil mendengar, saya menulis. 

Mendengar sidang media yang dilakukan oleh Ketua Pengarah Kesihatan  tentang perkembangan dari masa ke semasa tentang covid 19. 

Usah Berkumpul Seperti Ini Pada Musim Covid

Anjurkan Aktiviti Macam Cucu Saya Pada Musim Covid


Tahniah kepada Ketua Pengarah dan semua anggota perubatan dan kesihatan khususnya mereka di barisan hadapan yang terlibat dalam usaha melawan virus covid 19 ini. Semoga usaha dan pengurbanan mereka diberi pertolongan Allah dan mendapat balasan baik dari Allah. Amin.

Apa yang kita boleh bantu. Patuh pada arahan atau perintah kawalan pergerakan dan jarak hubungan sosial (social distancing) dan menderma kepada tabung bantuan dan menjadi sukarelawan menyampaikan bantuan.

Sedikit ingatan kepada penyampai bantuan. Berlaku adil dan tidak pilih bulu. Pengalaman saya sebagai penjawat awam, penyelewangan menyampaikan bantuan memang berlaku. Minta maaf, sebahagiannya dilakukan oleh mereka yang mempunyai kecenderungan politik . Jangan berlaku zalim! 

Ada dua perkara yang menarik perhatian saya dalam sidang media itu. Pertama semangat kental Ketua Pengarah Kesihatan dan cara pendekatan yang digunakan ketika ini yang lebih berfokus (zoomed in). 

"Kita belum menang tapi kita belum kalah". Ucapan yang membawa bersama semangat kental yang membawa dua mesej tersirat yang penting. 

Pertama,  kita mesti berterusan berusaha dengan menggunakan segala sumber dan kekuatan yang ada bagi melawan covid ini sampai berjaya, dengan izin Allah .

Kedua, kita tidak akan menyerah diri mengaku kalah. Itu insan yang mudah berputus asa. Allah tidak bersama dengan insan yang mudah putus harap .  Allah anugerahkan otak untuk kita berfikir dengan mengulangi pertanyaan kepada manusia, "tidakkah kamu mahu berfikir?" 

"Lawan Tetap Lawan. Lawan Sampai Menang". 
"Agi Idup Agi Ngelaban".

Tiada kaitan dengan mana mana parti politik dan kaum. Hanya untuk menaikkan semangat berjuang melawan covid 19.

Pendekatan 'zoomed in', adalah pendekatan berfokus kepada sesuatu kawasan atau spot misalnya bagi satu kampong, mukim dan daerah beerbanding pendekatan menyeluryuh bagi sesuatu negeri atau wilayah. Kejayaan atau kegagalan dinilai di spot yang menjadi fokus. Syabas!




Ahad, 5 April 2020

Covid 19: Gamabar gambar Yang Bercerita



Hari ini saya nak bercerita santai santai sahaja. Setelah bekerja keras menyusun semula bunga bunga dipasu dan menanam pokok bunga kemboja dalam pasu, sudah tentu bersama isteri yang bertindak sebagai pengarah menstruktur semula kedudukan pasu bunga , sehingga lencun baju kerja dibuatnya, saya membelek belek gambar lama , untuk mengenang semula aktivitivi yang telah berlalu. Ianya amat seronok dan menghiburkan. Covid hilang dalam ingatan buat sementara waktu. 

RUMAH DAN KERETA SAYA


Bersama isteri di kiri. Saya  disebelah kanan, sudah tentu. Berdiri disamping kereta yang menjadi kenangan manis sepanjang saya berkhidmat sebagai penjawat awam, dengan pendaftaran MBB 2020 (Melaka Bandaraya Bersejarah 2020). Dibelakang ialah pintu masuk untuk ahli keluarga.

Disebelah belakang ialah rumah kami yang sederhana, alhamdulillah . Mungkin persinggahan kami terakhir sebelum menemui Ilahi.

Menghadapi jalan raya  Persiaran Istana, rumah kami ada tiga pintu . Tiap tiap pintu ada fungsinya tersendiri. Namun di pintu manapun seseorang itu berada, orang itu akan berhadapan dengan jalanraya. Saya panggil konsep TIGA PINTU. 

Pintu paling kanan ialah untuk kami menerima para tetamu. Pintu tengah untuk ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang kami benarkan untuk gunakan laluan seperti pekerja membuat kerja penyelenggaraan hawa dingin. Dan pintu paling kiri ialah dimana adanya garaj meletakkan kereta dan laluan sekembali dari pasar dan untuk ahli keluarga sahaja iaitu laluan ke dapur.


Dibelakang sebelah kiri ialah laluan untuk tetama dan berhadapan dengan kereta ialah laluan keluarga

SANTAI  KELUARGA

Hari kegembiraan menyambut kejayaan anak kami Siti Nuradilla menerima skrol ijazah kedoktoran perubatan dari University of Mansoura Mesir (Program Manchester)

Sudah empat tahun, selepas terima ijazah. Klinik terakhir berkhidmat ialah di Membakut Sabah. Baru sahaja meletak jawatan sebagai penjawat awam untuk berkhidmat di sektor swasta klinik milikan syarikat HUKM.



Di lapangan terbang Istanbul sebelum ke Universiti Mansoura di Mesir bagi menghadiri konvo Siti Nuradilla. Dari kiri Ahmad Naqib didukung oleh Siti, Isteri saya Jamaliah, yang pakai spek tu sayalah, disebelah saya anak saya Dr. Hazlin Azzamiza bersama anaknya Ahmad Fateh

Ahmad Naqib dan Nenek Bermain salji di Kapodokia Turki

Jaja (Hazlin Azzamiza), Ahmad Fateh dan Ahmad Naqib bermain salji

Sani ( suami Jaja) dan anak anak enjoy dengan salji

Nenek dan Ahmad Fateh...kami tunggu diluar tak sanggup masuk underground yang katanya ruang laluan sempit dan ketinggian yg terpaksa membongkok

Pada mula nak ambil gambar unta...tapi kena bayar lupakan sahaja

Sani dan anak anak dalam masjid Biru Istanbul

Pandangan Selat Bosporus di Istanbul sebelum menaikki water cruising diselat itu

Pemandangan di restoran makanan ikan (fish market restaurant). Enjoy makan disini

Water cruising  Bosporus Straits. Enjoynya sambil melihat burung berwarna putih terbang bersama dengan kelajuan ferri

Sekali lagi bergambar kenangan. Mungkin tidak ke sini lagi


Melancung dalam negeri di Bukit Bendera Pulau Pinang

Di Kapodokia Turkey

Bergambar sekeluarga tanpa Siti yang menjadi jurukamera. Masih di Turkey dibandar yang ada underground yang laluannya sempit

Siti dihari kovokesyen, Universiti of Mansoura

Bergambar dengan keluarga kawan siti dari Kelantan di hari konvokesyen

Makan sekeluarga di restoran di Ampang dengan anak Hazlin Azmira dan keluarga

Ini cucu perempuan yang pertama. Namanya Darin Amani



Ahmad Fateh dan abangngya Ahmad Naqib. Sekarang sudah besar

Cucu perempuan yang pertama bernama Darin Amani anak kepada Lukman Hakim dan Sarah Hanis

Mohamad Rafael di sebuah pusat belibelah di Sydney Australia. Bakal juara tenis dunia menggantikan Rafael Nadal
d
Cucu pertama. Namanya Yousef Imran. Sekarang ditahun empat. Orangnya pemalu


Itulah sedikit cerita rengkas dari kami. Mempunyai sebuah rumah yang sederhana, sebuah kereta tua tapi berjenama dan ahli keluarga yang mempunyai kesempatan melancung , luar dalam negeri. 



LIHAT DI BAWAH INI PULA.
Sebuah pondok usang semacam menunggu dalam beberapa ketika yang mungkin tidak berapa lama untuk menyembah bumi

Dan ini bukan makanannya....ianya tangkapan untuk makanan orang lain yang upahnya tak seberapa


Sesungguhnya . hari ini banyak menginsafkan saya bahawa dalam kehidupan saya yang sederhana , masih ada lagi orang berkeadaan amat daif. Orang semacam inilah kerajaan atau sesiapa saja perlu memberi bantuan terutama dalam keadaan covid yang menyekat pergerakan insan yang susah untuk mencari rezeki yang halal. Tolonglah dia. Kasihani Mereka.



UNTUK DIA DAN MEREKA DENGARLAH INI:

......syahdan pada beberapa waktu dahulu
saya pun begitu
tiada rumah berpintu tiga 
mana saya tahu tentang konsep itu
asalkan boleh lelap
berlengan tangan
itu pun ada mimpi
ada angan angan 
walaupun esok harinya 
saya serupa itu juga
tiada kereta berjenama 
xxxxxxx
Semoga dia dan mereka 
lebih baik dari saya 
pada suatu ketika nanti

Semoga diperkenan Allah doa ini untuk dia dan mereka. Amin!






Khamis, 2 April 2020

Secara Fizikal Saya Tidak Terkurung Tapi Fikiran Saya Yang Terkurung




Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Isteri Saya Yang Ke........

Sudah lupa? Kerana faktor usia? 

Tidak, masih lagi tahu membuat kira kira. 

Apa pun semoga diberi kesihatan tubuh badan dan akal fikiran dan sentiasa dipertingkatkan iman dan hidup berbahagia sehingga akhir hayat kami suami isteri. 

Tiada sambutan. Tapi bergambar kenangan bersama.

Hanya kami bertiga berkurung dan terkurung di rumah. 

Nasib baik anak perempuan ada bersama setelah kembali dari Kota Kinabalu , Sabah. Melepaskan jawatan kerajaan untuk bekerja dalam syarikat swasta. Semoga pilihan sektor kerjanya membawa kejayaan yang lebih baik. Sudah tentu banyak cabaran.

Secara fizikal kami bertiga seperti rakyat Malaysia yang lain yang patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih banyak berihat di rumah, khusussnya berada dalam rumah. 

Fizikal saya masih bebas walaupun pergerakan terhad di sekitar dalam dan di luar rumah. Dua hari lepas berturut turut saya mesin rumput di belakang rumah yang sebelum covid 19, saya lakukan sehari sahaja. 

Covid 19 bukanlah sebenarnya membuatkan kerja saya memerlukan masa yang lebih dari sebelumnya. Cuaca ketika ini terlalu panas. Peluh keluar berjurai jurai sehingga melencon pakaian kerja saya. Saya tidak dapat bertahan lama dengan cuaca yang panas. 

Tapi cuaca yang panas ini , mengikut khabar yang diterima adalah musuh kepada covid 19. Covid tidak boleh bertahan pada suhu yang panas. Saya tidak pasti tahap  bacaan suhu yang boleh mematikan kuman covid 19 ini. 

Harap maklumat itu sahih dan benar. Mungkin inilah pertolongan dari Allah yang menghantar musibah bersama dengan penawarnya iaitu cuaca yang panas ? 

Bagaimana dengan meminum air suam? Ah buat masa sekarang lupakan sahaja.

Sebenarnya cuaca panas bukan alasan yang mutlak yang membuatkan saya lebih masa untuk menyiapakan kerja memesin rumput. Tapi kurang tenaga disebabkan faktor usia adalah sebab utama. Memanglah semangat begitu kental. Nak buat ini, itu , nak bersih dalam rumah, nak mop nak buat bagai bagai kerja sedangkan tenaga di usia hampir mendekati penghujung ini hanya berbaki sedikit cuma. 

Mampu bergerak dan mengurus diri sendiri pun, adalah nikmat yang perlu disyukuri. Terima kasih Allah.

Semangat kental mesti ada tenaga. Itu hakikat yang perlu diterima.

Dengan demikian kawasan rumah di sebelah kiri masih belum dimesen lagi. Akan dilakukan esok, mungkin.

Covid memerangkap saya secara fizikal yang menghadkan pergerakan. 

Fikiran saya pun terperangkap juga. Saya tidak pasti saya berada dalam  'captive mind'.

Selama 32 tahun lebih saya berkhidmat dalam sektor awam. Sudah tentu world view atau sikap dan pandangan saya tidak sama dengan mereka yang bekerja dalam sektor swasta. 

Saya selesa dan merasa selamat bekerja dalam sektor awam walaupun upahnya tidak setinggi berbanding  sektor swasta pada tahap dan kedudukan yang lebih kurang sama. Saya tidak suka ambil risiko. 

Saya jenis 'risk avers'. Bukan seorang pelabur yang sedia mengambil risiko yang sentiasa berpegang kepada 'high risk high return' . Dalam pepatah Melayu , 'Kalau tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunya'.

Sewaktu anak memaklumkan kepada saya akan niat untuk berhenti kerja sebagai penjawat awam, sebagai doktor kerajaan, respons segera saya ialah kena fikir panjang panjang. Tidak semuanya indah di luar sana, nasihat saya. 

Saya mendapat sokongan isteri. Dia pun bekas penjawat awam berkongsi world view yang sama.

Tapi anak menyatakan itulah niat yang ada dalam hatinya , sebelum bekerja lagi. 

Dia menjalani houseman hanya bagi mendapat pendaftaran Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council) sebagai doktor yang berlesen/berdaftar. 

Saya dan isteri akur kerana itu yang dihajati. Dan mendoakan anak saya itu berjaya dalam persekitaran kerja yang baru penuh mencabar.

Namun Covid 19 telah menangguh beliau untuk melaporkan diri di klinik swasta di Seremban 2.

Bersama saya dan isteri dia bergambar sama pada musim covid 19 yang masih berada dalam fikiran semua. Fikiran saya terperangkap dengan covid  19.

BERGAMBAR TIGA BERANAK PADA HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN ISTERI 2 APRIL 2020 KHAMIS