Namun secara amnya pembangunan itu membawa maksud sesuatu yang dinamik, berubah dan bergerak dan berkembang kearah yang lebih baik, lebih maju berbanding dengan keadaan sebelumnya.
Misalnya dari sudut ekonomi orang akan melihat pembangunan dari segi kadar pertumbuhan tahunan, pendapatan per kapita, kuasa beli, tahap hidup rakyat, kos hidup, inflasi , agihan kekayaan dan banyak lagi.
Oleh kerana ekonomi akan mudah difahami apabila ianya diukur atau dilihat dari sudut kewangan (in monetary term) maka pemahaman mengenai Prinsip-prinsip Asas Pembangunan Kewangan (The Basic Principles of Development Finance) adalah dirasakan perlu dalam berhadapan dan menguruskan kehidupan harian. Jika ini difahami atau pun diketahui maka akan timbullah dalam jiwa seseorang itu perasaan betapa pentingnya ilmu kewangan dalam mengaturkan kehidupan masing-masing.
Pendekatan untuk memahami kewangan itu tidaklah dibuat dengan memberi definasi kewangan itu sendiri kerana ianya tidak akan memberi kefahaman sepenuhnya. Untuk itu kita akan melihat kewangan dari tiga sudut iaitu Konsep Asas Kewangan, Proses Asas Kewangan , dan Mekanisma Kewangan.
KONSEP ASAS KEWANGAN
KONSEP ASAS KEWANGAN
Ada tiga perkara yang mencakupi Konsep Asas Kewangan iaitu Risiko (Risk), Pulangan (Return) dan Jaminan (Security).
Apakah itu Risiko
Konsep Risiko tidak sam dengan konsep ketidaktentuan (uncertainty). Risiko kewangan boleh dianggarkan kebarangkaliannya berdasarkan pengumpulan data-data yang lepas, sebaliknya ketidaktentuan tidak boleh dilakukan sedemikian. Ertinya risiko kewangan boleh diukur (measured), boleh dijangka (perceived), dan boleh disusuntaraf (ranked). Risiko kewangan ini adalah risiko yang boleh dikira (calculated risk).
Untuk mengukur risiko ,Tiori Pasaran Modal (Capital Market Theory) atau Tiori Potfolio digunakan.
Jenis-jenis Risiko
Kita akan lihat Risiko dari sudut Pembekal/Penawar Kewangan/Modal (Capital Supplier) dan Penerima Kewangan/ Modal (Capital Receiver).
Risiko Perniagaan
Samada Risiko ini dilhat dari sudut pandang pembekal (pemberi pinjam atau pemegang ekuiti) atau pun penerima (peniaga, pengusaha) kedua-dua pihak akan menghadapi risiko dalam bentuk kos, volumer jualan, harga, persaingan, mogok, gangguan keatas bekalan, kebakaran, teknologi yang luput dan lain-lain lagi. Risiko-risiko tersebut boleh mempengaruhi untung rugi perniagaan.
Risiko Kewangan
Risiko Kewangan ( kewangan secara spesifik dan bukan secara umum) adalah merujuk kepada jenis-jenis aset -aset kewangan yang digunakan dalam struktur modal sesuatu perniagaan. Antara aset itu adalah secured loans, unsecured loans, preference shares dan ekuiti.
Risiko-risiko Lain
Risiko-risiko kewangan yang lain adalah Risiko Kuasa Beli (Purchasing Power RisK, Risiko Wang atau Risiko Kadar Faedah (Money Risk or Intertest Rate Risk), Risiko Pasaran (Market Risk), Risiko Spesifik (Specific Risk), Risiko Projek (Project Risk), Risiko Negara (Country Risk), dan Risiko Kadar Pertukaran Wang (Exchange Rate Risk),(Bersambung Untuk Tajuk Pulangan (Return)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan