Dari Lapangan Terbang Subang , Aku menaikki teksi terus ke hotel Pan Pacific di Jalan Putra. Aku sampai hampir jam 6.30 petang.
Selepas solat Maghrib Aku membuat panggilan talipon ke rumah Dosmy yang tinggal di Damansara Utama untuk memaklumkan bahawa Aku sudah berada di hotel Pan Pacific di Jalan Putra berhampiran bangunan PWTC. Aku juga memaklumkan number 7042 bilik penginapan ku. Sebenarnya ketika itu beliau sedang bersiap untuk ke hotel penginapan ku. Oleh kerana Aku seorang, beliau tidak bawa isteri dan anak-anaknya bersama.
Aku telah bersiap sedia menunggu kedatangan Dosmy dengan memakai secara casual baju t berwarna putih biru berseluar panjang hitam. Aku membuka peti sejuk kecil yang terdapat di dalam bilik untuk mengeluarkan kotak yang berisi dengan udang harimau dan diletak ditepi berhampiran pintu bilik supaya senang dilihat. Aku takut terlupa untuk diberi kepada Dosmy nanti.
Tiba-tiba Aku teringat bahawa esok hari Aku akan berjumpa dengan bos ku sebelum mesyuarat bermula pada jam 9 pagi. Aku fikir ada baiknya kalau Aku bawa buah tangan. Udang harimau 5 kilo untuk Dosmy itu mungkin boleh dibahagi dua. 'Tapi apa orang kata. Nak mengampu lah tu', rasa bersalah menguasai ku walaupun niat bukan begitu. 'Siapa tahu niat kita. Semua orang boleh kata, niatnya ikhlas', perasaan ku berbelah bagi diantara hendak beri atau tidak, diantara niat di hati dengan persangkaan orang.
Akhirnya Aku buat keputusan lebeh baik Aku lupakan buah tangan untuk bos kerana ia boleh membangkitkan buruk sangka orang, terutama kawan-kawan sejawatan. Lebeh baik Aku beri kesemuanya kepada Dosmy kerana dia kawan ku. Tiada siapa yang boleh bersangka buruk bahawa buah tangan itu 'ada udang di sebalik batu'. Tapi kalau beri kepada bos walau pun niatnya baik, orang boleh bersangka buruk kerana ada kepentingan. Kenaikan pangkat bergantung sebahagian besar dari laporan penilaian bos. 'Tak boleh, tak boleh. Lagi pun bukan niat asal ku nak beri pada bos", Aku mengesahkan keputusan ku itu.
Bunyi loceng bilik membuatkan aku terberhenti dari melayan perasaan ku mengenai buah tangan kepada bos tadi. Aku melangkah kearah pintu dan membukanya. "Assalamualaikum, apa kabar orang Sabah", Dosmy menghulur tangan. Aku menyambut tangannya dan menjawab salamnya. "Dah siap mari kita pergi", Ajak Dosmy segera. "Ok", Aku mula melangkah. "Ohh nanti jap ada barang Aku nak beri kau".
"Apa ni, sejuk kotak ni. Udang ke? Dosmy seolah-olah sudah tahu isi dalam kotak. Aku tidak menjawab hanya senyum saja sebagai tanda memperakui kehebatan Dosmy meneka. Dosmy mencadangkan supaya pergi ke keretanya untuk memasukkan kotak itu ke dalam boot keretanya.
"Aku ingat lebeh baik kita makan di restoran hotel saja. Kalau keluar nanti takut jem", Dosmy mencadangkan sebaik saja boot keretanya di tutup. "Aku ok saja. Kau yang nak belanja" , jawab ku bersetuju. Kami naik keatas menuju ke restoran.
Kami memesan makanan yang sama iaitu nasi, ikan, sayuran goreng dan sup ekor. Pada mulanya Aku menolak sup ekor kerana bacaan uric asid ku yang tinggi tapi Dosmy mempengaruhi dengan menyatakan sesekali apa salahnya. "Tak kan sekali makan dah kena gaut", begitulah kata Dosmy meyakinkan Aku yang sungguh bernafsu untuk menikmati sup ekor. Telah lama Aku tidak menikmatinya. Lagi pun isteri Aku tak ada bersama, tidak ada siapa yang nak melarang.
"Macam mana golf kau? Ok? Dosmy memulakan bicara mengenai Golf. Aku tidak segera menjawab kerana golf telah tidak penting bagi ku lagi. "Kau belajar lah dengan pegawai kau Subra. Dia single handicap", Dosmy terus menghidupkan cerita bermain golf walaupun Aku tidak memberi reaksi. Tapi sebaik saja beliau menyebut nama Subra, perhatian ku mula tertarik untuk berbicara soal golf.
"Dia pandai main golf ke. Selalu main ke. Selalu main dengan siapa? Tiga soalan berturut-turut Aku ajukan kepada Dosmy. "Banyak soalan. Minat main ke atau saja nak dapat maklumat?" Rasanya Dosmy telah dapat membaca apa yang ada dalam otak kepala ku kerana tiba-tiba Aku menunjukkan minat untuk bercerita fasal golf. "Alah kau ceritalah apa yang kau tau", Aku mengalah semacam mengaku bahawa sebenarnya Aku nak tahu fasal Subra.
"Si Subra tu memang kaki golf. Dia ada geng. Partnernya si Langgi kontraktor. Boleh katakan hari-hari main . Sebab tu handicap turun. Kalau tak silap, dia handicap 9. Jangan main, hebat, selalu birdie", Cerita Dosmy walaupun perkataan akhirnya Aku kurang pasti maknanya. "Langgi tu siapa? Dah lama ke dia kenal?" Aku buat bodoh tanya. "Macam aku cakap tadi . Langgi tu kontraktor. Banyak dapat tender. Aku tak pasti bila dia orang berdua tu kenal", Dosmy bercerita lagi. Aku memberi perhatian penuh.
Sambil bercerita kami berselera menikmati makanan. Aku menghirup sup ekor yang telah lama tidak ku sentuh. Dosmy pun sama juga. Sungguh berselera."Kau jaga diri baik-baik. Dia orang pandai main silap mata" cerita Dosmy lagi setelah menghirup sup ekor dengan penuh selera. Aku hendak maklumat yang lebih lanjut lagi , "Apa maksud kau main silap mata? Setahu Aku si Subra tu tak suka dengan Langgi selalu buat komplen. Apa pasal kau ketawa?" Aku turut ketawa juga tetapi sekadar mengekori ketawa Dosmy yang terbahak-bahak itu. "Itu lah kau , dulu kalau main golf dengan aku macam-macam dapat tahu. Main golf ni banyak kawan", Dosmy berhenti sekejap dan menyambung "Memang depan kau dia kata tak suka. Tapi di padang lain. Macam ni" Dosmy menggerak dan merapatkan kedua-dua jari telunjuk tangan kiri dan kanan untuk menyatakan betapa rapatnya antara Subra dan Langgi.
Aku diam sebentar. Susah juga Aku nak menerima kata-kata Dosmy ini terutama tentang tender yang banyak diperolehi oleh Langgi. Langgi sendiri ada membangkitkan dalam satu mesyuarat bahawa beliau tidak berpuas hati dengan cara organisasi ku dalam membuat tawaran tender. Aku mesti dapat maklumat lebeh tentang Langgi atau syarikatnya.
"Syarikat Langgi tu besar ke?" Tanya ku memecah beberapa saat kesunyian. Dosmy tidak memandang padaku. Beliau membetulkan duduknya " Dia ada banyak syarikat. Syarikat keluarga. Orang beri tau Aku Langgi tu ada kena mengena dengan nama mereka anak beranak. Tapi Aku tak pasti. Banyak syarikat Aku pasti. Kalau ada tender semua masuk", Dosmy beri maklumat mengenai Langgi. Beliau melihat jam di tangan . Aku pun terikut sama. Waktu ketika ini sudah hampir pukul 10.30 malam. Dosmy memanggil pelayan restoran untuk membuat bayaran. Aku mengucapkan terima kasih kepada Dosmy atas belanja makannya itu dan juga maklumat yang telah diberikan . Kami bersalaman sebelum berpisah.
Dalam bilik hotel Aku mengambil buku kecil untuk membuat catatan beberapa maklumat yang telah Aku perolehi dari Dosmy sebentar tadi supaya mudah untuk dibuat rujukan kerana kadang-kadang Aku terlupa apa yang telah diperkatakan. Habis catatan Aku padam semua lampu kecuali lampu bilik tandas bagi memudahkan Aku terlena.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan