Ada diantara anda sedang tersenyum. Sudah dapat meneka siapa Aku. Sudah mula mengenal diri Ku. Tapi Aku tidak tahu samada tekaan anda mengena atau sebaliknya. Aku ambil jalan positif bersangka baik sesama kita. Aku percaya bahawa senyuman anda itu satu isyarat yang Aku sudah dikenali.Dah kenal barulah mesra.
Bagaimana pula yang masih teraba-raba dan cuba meneka. Ada yang kata Aku ni satu objek seperti emas yang diletakkan dalam kotak yang cantik berhias. Tidak kurang pula mengatakan Aku ini sebuah jam Rolex yang mahal harganya. Ada yang percaya bahawa Aku ini sebuah kenderaan. Kalau itu yang mereka teka, ia terlalu jauh dari sasaran. Bukan saja tidak betul malah bolih mengelirukan.
Kalau begitu Aku akan cuba sedaya upaya untuk mendedahkan siapa Aku sebenarnya. Adakah Aku ni bernafas dan bernyawa seperti anda manusia, atau kucing dan anjing yang tidak pandai berdusta atau pokok dan tumbuhan yang merimba dan melata atau makhluk di air masin, tawar dan payau? Ini adalah soalan. Tapi kalau anda rajin berfikir ianya bolih jadi jawapan. Ahh lagi pening dibuatnya. Maaf ya. Aku ni suka bergurau. Jangan marah.
Jangan marah dengan angka 152 itu yang mungkin buat anda jadi keliru. 152 itu bukanlah usia Ku. Bukan juga Aku. Dia adalah angka bagi kotak Ku. Kalau anda nak kata nama Ku bolih juga. Tapi anda mesti ingat betul-betul 152 bukan Aku. Aku izinkan sekadar memudahkan untuk bermesra dengan Ku. Takkan nak panggil oii saja. Itu kurang ajar namanya.
Kalau sudah mesra senang cerita. Tidak banyak halangan. Yang rahsia pun kita akan cerita. Macam Aku, masih lagi rahsia. Tapi aku tidak suka berahsia. Aku suka yang telus dan tulus. Anda suka kan? .
Sekarang anda nak panggil Aku 152, Aku izinkan. Dipersilakan dengan segala hormatnya.
Aku telah tunjuk jalan kemesraan kepada anda dengan bersetuju memanggil Aku 152. Sudah mesra tapi masih tak kenal juga. Tak apalah kerana ini perkara biasa. Misalnya anda selalu berbicara dengan seseorang sudah sekian lama tapi atas sebab-sebab yang tidak diketahui, anda berdua terlupa nak tanya nama masing-masing. Tapi bila berjumpa mesra juga. Anda tidak tahu nama tapi cam rupa. Aku pula, anda tahu nama tapi tak tahu rupa. Ada beza ke? Aku jawablah nanti anda pening kepala. Begini, dari segi mesra ianya tidak ada beza. Tak tahu nama cam rupa, dengan tahu nama tak tahu rupa sama saja sebab yang pentingnya kita mesra.
Maaf sekali lagi Aku pinta jika cerita diatas buat anda pusing kepala. Namun Aku harap jangan pula anda berang memanggil Aku putar alam. Tidak sekali-kali niat Ku begitu. Aku sayangkan anda semua. Aku pun amat menagih kasih sayang anda yang amat Ku hormati dan kasihi. Tanpa anda, Aku tidak ada makna,lebih baik mati. Memang tanpa anda Aku akan mati. Sedih hati Ku. Tapi tanpa Aku anda susah juga, tapi tak lah sampai mati macam Aku.
Untuk itu Aku tidak mahu buat anda susah. Tidak, sesekali tidak. Sebenarnya Aku telah mendedahkan diri Ku terlalu jelas. Terus mata. Tiada sedikit pun yang terhalang dan yang menghalang. Cuma Aku mengambil kaedah yang di firmankan Allah dalam Alquran: Tidak kah kamu mahu berfikir?
Bagaimana? Tak salah kan? Ini firman Allah. Kalau anda manusia anda kena percaya. Tak semestinya anda seorang Islam sebab dalam Alquran Allah juga ada berfirman "Wahai manusia".
Kalau Aku beri tahu Aku ialah kambing, misalnya, sudah tentu Aku merendahkan daya fikir anda. Terlalu senang. Satu lagi contoh dalam soalan matematik. Mana ada soalan 2x5. Kalau anda hendak diuji untuk mendapat jawapan 10 , pembuat soalan akan tanya begini, contohnya: Dalam sebuah sekolah terdapat 20 orang budak perempuan dan sepuluh lelaki. Sebanyak tiga kelas yang dapat disediakan dalam saiz yang sama.. Berapakah jumlah murid yang wajar ada bagi satu kelas.
Jawapannya sepuluh, bukan? Bagi yang hebat matematik, soalan itu terlalu mudah. Mungkin dianggap sebagai menghina kecerdasan otaknya. Jadi samalah dengan kaeadah yang Ku gunakan.
Sekali lagi Aku minta maaf. Aku tidak menyimpang dari matlamat mengenal siapa Aku. Aku terlalu menghormati kecerdasan otak anda. Aku rasa mungkin ada yang telah tersenyum pada awal cerita tadi marah pada Ku sebab memperkecilkan kecerdasan mereka.
Beginilah , kepada yang masih meneka atau teraba-raba Aku bagi tunjuk jalan. Tapi tidak ada niat mengatakan anda bukan golongan yang tidak cerdik. Jalannya atau bayangannya begini:
i) Kotak 152, cantik,lawa, bolih dihat, terus mata.
ii)Aku dibela, disemai agar bercambah untuk diguna, dimana-mana.
iii) Sentiasa dibawa bersama, dibelantara, hutan,desa dan bandar, dimana-mana
iv) Di Dewan Yang Mulia Aku istimewa, pertama dan utama
Sebenarnya bayangan itu tuan Ku telah berikan dari mula kata bicara.
Selamat berfikir. Jumpa lagi. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan