Theflowersellingboy

Isnin, 25 Jun 2018

Buatlah Yang Terbaik




Seorang ayah memberitahu anak-anaknya bahawa sentiasa melakukan yang terbaik untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Anak-anaknya yang seramai empat orang itu mendengarnya sambil mencatat hal-hal yang disampaikan oleh ayahnya.

Setelah selesai menyampaikan nasihatnya itu, ayah memberi peluang kepada anak-anaknya bertanya atau memberi pandangan mereka. 

Maka bersuaralah anak-anaknya:  

Anak 1: Apa yang ayah maksudkan yang terbaik itu?
Ayah: (sambil menunjuk jari kepada anak yang kedua) : Apa yang kamu faham dengan yang terbaik itu?
Anak 2: Yang terbaik itu adalah macam apa yang ayah cakap dan lakukan .
Ayah (tersenyum): Tapi ianya tidak sebenarnya menjawab soalan apa yang terbaik itu. Cuba kamu jawab (jari menunjukkan kepada anak yang ketiga).
Anak 3: Yang terbaik itu bermaksud yang amat baiklah seperti apa yang ayah cakap dan lakukan.
Ayah: Jawapan kamu sama saja. Kamu tidak memberi jawapan yang sepatutnya. Kamu pula ( meminta anak ke 4 menjawab)
Anak 4: Yang terbaik itu adalah apa yang saya fikirkan terbaik. 
Ayah: Minta maaf. Ayah sendiri pun tidak tahu. Macam juga dengan orang-orang lain seperti cikgu, ustaz dan pemimpin -pemimpin yang sentiasa meminta kita buat yang terbaik.

Mereka ketawa terbahak-bahak.