Sudah agak lama juga Aku tidak menjelma. Mungkin anda telah lupa kewujudan Aku. Tapi tak apa Aku akan ingatkan anda semula.
Ingat tak Aku ke pasar malam dan bau hanyir yang melekat pada Ku ? Atau ingat tak Aku mencari proksi Ku di pasaraya dan lidah Ku kelu untuk berkata? Cuba segarkan ingatan anda akan cerita yang Ku ulang semula itu. Aku percaya cpu anda pantas bekerja untuk mengingatkan itu semua. Dan anda sudah ingat? Kalau begitu Aku boleh bawa cerita pengembaraan kita yang baru.
Oh sebelum Aku membawa anda mengembara ke dua tempat yang berbeza, Aku hendak beri tahu anda antara Aku dan proksi adalah sama saja.
Pertama kita pergi ke sebuah hospital yang kenakan bayaran untuk mencari keuntungan. Hospital swastalah yang Aku maksudkan. Tuan Ku kurang sihat. Dia nampaknya sanggup bayar lebeh untuk mendapatkan perkhidmatan yang dikatakan lebeh baik berbanding hospital yang percuma.
Sampai saja di hospital, Tuanku mencari sesuatu. Matanya liar pandang ke sana , pandang ke sini. Atas dan bawah depan dan belakang matanya cuba mencari. Apa agaknya yang hendak dicari itu. Yang dia nampak ada sedikit berbeza dengan yang dipasaraya. Di pasaraya dia boleh nampak Aku atau proksi walaupun duduk dibelakang atau dibawah. Tetapi di hospital ini proksi Ku langsong tidak kelihatan. Mana pergi agaknya. Mungkin dah kena buang kerja. Mungkin juga pihak hospital berpendapat tanpa proksi Ku itu semuanya boleh berjalan malah lebeh lancar lagi. Aku kata mungkin saja. Aku tidak tahu sebab yang sebenarnya. Yang Aku pasti bahawa ada yang lain telah mengambil peranan untuk membimbing dan menunjuk cara bagaimana tuan Ku perlu mengurus diri, di sini.
Aku nampak air muka tuan Ku tidak sejernih ketika beliau ke hospital percuma dulu. Anda jangan kata bahawa bayaran yang dikenakan membuatkan wajahnya jadi begitu. Bukan. Ini pilihan yang telah di buat oleh tuan Ku. Dan Dia tahu tentang bayaran itu.
Setelah membuat bayaran tuan Ku bingkas meninggalkan hospital itu dan menuju kesebuah bank yang berdekatan untuk mengeluarkan sedikit wang. Tuan Ku terus ke mesin mengeluarkan wang. Beliau kelihatan senyum sedikit apabila mula menekan butang yang memberi arahan tertentu. Rupanya proksi Ku ada juga disitu bersama dengan yang lain seperti yang kedapatan di hospital dan di pasaraya. Alhamdulillah tuan Ku mengucapkan kesyukuran.
Oleh kerana hati sudah mula terpujuk kerana berjumpa dengan proksi Ku, tuan Ku berlegar-legar dalam bangunan bank itu dengan harapan dapat berjumpa proksi disitu. Mula-mula beliau tersenyum ceria kerana berjumpa dengan proksi tetapi setelah kawasan legarannya bertambah luas wajah tuan Ku itu mula berkerut. Rupanya proksi Ku terlalu kecil bilangannya selain tidak menonjol berbanding dengan yang lain. Kedudukannya pun menyempil dicelah-celah yang lain macam orang menumpang. Kesian.
Begitulah Aku , di pasar malam Aku telah berbau hanyir, di pasaraya Aku duduk di bawah dan di belakang sehingga kelu untuk berkata, di hospital swasta Aku langsong tidak berharga dan di bank lebeh kurang sama juga. Ah Begitulah Aku, Martabatku.
Jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan