Bunyi enjin motorsikal honda cup 70 c.c menggerakkan isteriku untuk bangun dari kerusi diruang makan ketika kami sedang menikmati sarapan pagi. Isteriku menuju kepintu pagar sebaik saja melihat Rimba yang masih diatas motornya menunggu untuk masuk. Pintu pagar dibuka. Rimba terus memandu motornya kesatu ruang kecil untuk meletakkan motornya disana. Jam ditangan ku menunjukkan tepat 7.00 pagi.
Rimba telah mengeluarkan kereta dari garaj. Beliau mencuci dan membersih kereta luar dalam. Itu rutin bagi Rimba setiap pagi hari kerja . Kereta mesti dicuci. Air freshner mesti diganti kalau aromanya telah tidak mewangi. Kertas tisu mesti sentiasa ada. Kerja-kerja itu mengambil masa tidak lebih 30 minit.
Dari rumah ke pejabat ianya memakan masa tidak sampai 10 minit melainkan berlaku kesesakan disebabkan kemalangan atau halangan-halangan lain yang bolih menyekat kelancaran aliran lalulintas.Tepat jam 7.40 pagi aku telah bersedia untuk ke pejabat.
Hari Isnin pertama bagi setiap bulan adalah Hari Perjumpaan dengan warga kerja. Perjumpaan tidak bolih melbihi 30 minit. Ini adalah peraturan baru yang telah diperkenalkan. Ada pelbagai komen dan reaksi yang diberitau oleh Rimba. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang kata membuang masa.
"Tuan aji minta maaf boleh saya tanya?' Suatu hari Rimba memulakan perbualan semasa membawa aku ke satu daerah yang dingin bagi menghadiri satu persidangan. Aku tidak menjawab tetapi wajahku biasa saja. Ini membuatkan Rimba merasa yakin bahawa ianya satu petanda soalan boleh diteruskan. "Dulu kami tak pernah ada perjumpaan pagi Hari Isnin". "Pasal apa Rimba, ada masalah ke?" Aku segera bertanya sebab nada suaranya ada semacam mesej untuk menyatakan rasa kurang setuju dengan peraturan baru itu apabila membandingkan dengan yang dulu. "Masalah tak ada. Tapi ada staf yang tinggal jauh. Lambat sampai pejabat". Aku diam saja mendengar jawapan Rimba itu.
Ingatanku mula mengimbau semasa bekerja di KL dulu. Jam 6.30 pagi mesti bergerak dari rumah yang terletak disatu seksyen disebuah bandar berjiran menuju ke pejabat yang membelah pusat bandar, jika mahu kehadiran pejabat direkod 8.00 pagi atau paling cepat 7.58 pagi. Lima minit lambat, jumpa boslah jawabnya untuk memberi sebab kenapa kehadiran melebihi lapan pagi. Itu adalah peraturan. Tapi tidak pernah aku dipanggil bos atau berjumpa bos kerana bos pun sama saja malah lebih teruk lagi.
"Tuan aji sudah sampai", Rimba mengganggu imbauanku. Jam ditangan menunjukkan kurang dua minit 7.50 pagi.
Didalam bilik, aku meneliti program kerja seminggu yang telah disediakan oleh Fahmi Pembantu Khas . "Tuan aji saya on line dengan En.Dosmy. Dia nak cakap". Beritau Fahmi yang mengganggu fokusku kepada program kerja yang sedang diteliti. "Dia tanya tuan aji ada atau tidak. Saya kata kena check dulu". Kenapa pula Fahmi mesti buat begitu sebab dia baru saja sebentar keluar dari bilikku. Aku ada dalam bilik. Kalau keluar bilik pun mesti melalui ruang kerjanya. "Macam mana tuan aji. Boleh saya put it through?" Tanya Fahmi setelah melihat mimik kehairanan diwajahku. "Ok", jawabku pendek.
Dosmy memberi salam dan aku membalasnya. Beliau bercadang untuk berjumpa denganku pada jam 8.30 pagi bersama dengan seorang kawan. Orang penting katanya. Aku bersetuju tapi pada jam 8.35 pagi untuk memberi nafas baru setelah berjumpa dengan warga kerja. Beliau bersetuju.
Seperti biasa perjumpaan pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negara Ku diikuti dengan lagu Organisasi iaitu Disinilah Khidmat Bakti Ku. Kemudian bacaan doa diikuti ucapan ringkas dari ku untuk meransang warga kerja memberi khidmat bakti dan memaklumkan perkara -perkara baru yang perlu mereka ambil tahu.Semua warga kerja nampaknya memberi kerjasama yang baik. Semua hadir. Aku puas. Ini satu perkembangan yang positif. Ini satu kemajuan. Kemesraan makin bercambah diantara warga kerja termasuk dengan aku.
Mungkinkah ini disebabkan kata-kata yang terdapat dalam lirik lagu Disinilah Khidmat Bakti Ku. Lirik yang telah ku cipta dan melodinya sumbangan Fahmi berentak march.
'Disinilah aku
Mencurahkan khidmat bakti ku
Tidak kenal ertinya jemu
Aku mesti terus maju
Disinilah aku
Jiwa dan raga ku
Hanya untuk Yang Satu
Aku tersenyum puas menghabiskan lirik lagu itu. Ya inilah agaknya yang menyebabka aku mendapat kerjasama yang baik dari semua warga kerja. Tidak ada yang datang melewati jam 8 pagi . Malah ada sebahagiannya pulang melampaui masa kerja yang telah ditetapkan . Aku bangga.
Bunyi ketukan dipintu memberhentikan penilaianku terhadap kemajuan yang dicapai setakat ini dari segi hubungan antara warga kerja dengan ku. "Masuk". Kelihatan Dosmy tercegat apabila daun pintu terbuka luas. Aku lantas bangun dan menuju kearahnya menghulurkan tangan untuk salam selamat datang sambil mengunjukkan kearah ruang kecil yang tersedia dengan satu sofa panjang dan dua sofa, satu dikiri dan satu dikanan dan sebuah meja kecil ditengah. " Maaflah lambat sedikit ", bualan mula Dosmy sebaik saja duduk sambil matanya merenung jam yang ada ditangannya. Aku juga melihat jam didinding bilikku yang menunjukkan 8.40 pagi.. "Tak apa, ada masa lagi. Mesyuarat aku 9 pagi, ada 15 minit lagi", kata-kataku yang sengaja memperuntukkan masa lima minit sebagai persediaan sebelum memulakan satu urusan yang baru.
"Kata nak datang dua orang?' Tanyaku mengingatkan Dosmy akan janjinya. "Allah lupa pula aku. Dia tak dapat datanglah. Last minute ada hal".Dosmy mohon maaf.
Dosmy menghulurkan kepadaku borang permohonan untuk menjadi ahli kelab golf yang tidak jauh dari kediamanku. Kelab yang dia juga sebagai ahlinya. "Sebenarnya kawan tadi tu ialah captain kelab. Aku nak kenalkan. Nanti dia boleh uruskan handicap kau dan latihan di driving range". Beritahu Dosmy kawan yang tidak dapat bersama itu. Aku sudah faham handicap tapi kenapa pula mesti berlatih di driving range. Kenapa tidak terus saja main di padang. Apa susah sangat nak pukul bola golf tu. Hayun tangan keatas dan kebawah pergilah bola itu.Takkan itu pun aku tak boleh buat.
"Driving range ni mustahak. Kalau tidak hura hara nanti. Ingat bola ke depan tapi tengok bawah masih tak berganjak." Dosmy mula ketawa sebaik saja habis berkata-kata. Aku pun tumpang sama tapi masih kurang percaya. "Satu lagi, jangan beli golf set yang baru. Pakai yang lama. Takut-takut kau tak melekat. Aku ada bawa 6 batang untuk kau". Nasihat Dosmy. Agaknya dia khuatir kesah bermain badminton berulang lagi.
"Mas, aku nak beritaulah. Tadi aku dapat talipon dari KL, nama aku naiklah. Kena balik KL", Dosmy ubah tajuk cerita. Aku tidak mahu percaya cerita Dosmy ini. Aku baru bersama dengannya memasuki bulan ketiga setelah lama berpisah. Sekarang baru hendak mula bersama bermain golf. Dia kata nak kena balik KL pula. Ahh macam mana ni. Itu baru talipon belum ada hitam putih.
"Sebab tu aku lambat tadi", Dosmy menyambung cerita, "Itu baru talipon Mi. Belum ada hitam putih", sepantas kilat menyambar aku mematikan cerita Dosmy itu dengan harapan tidak ada arahan pertukaran dibuat. Dosmy diam tidak berkata apa-apa. Suasana sunyi beberapa ketika. Aku dengan harapanku agar Dosmy akan terus berada disini.
"Tapi kau jangan susah. Aku dah beri number talipon kau pada captain. Dia akan uruskan", sambung Dosmy memecah kesunyian. Aku tidak berminat dengan cerita ini. Aku nak tahu akan kedudukan kawan ku Dosmy. Bertukar atau kekal disini. "Nah ambil kad ni. Kad kawan ku. Banker. Ada number talipon. Kau jumpalah dia. Boleh runding personal loan", Dosmy menghulurkan sekeping business kad dan terus bangun minta izin untuk berpisah. Aku pun bangun, kad yang dihlur terus diterima. Dosmy melangkah keluar selepas mengucapkan salam. Aku ke kerusiku, duduk sambil merenung kad yang masih ada ditangan.
Mesyuarat jam sembilan telah tamat. Beberapa keputusan telah dibuat. Satu dari keputusan yang penting ialah keadilan kepada semua pihak untuk diberi peluang turut bersama dalam persaingan bagi mendapatkan sesuatu projek , kerja atau perkhidmatan. Tidak wajar dimonopoli oleh satu dua yang telah ternama. Aku nyatakan persetujuan untuk berbuat demikian dengan syarat diberi kesempatan mengkaji fakta dan maklumat yang ada untuk berlaku adil kepada semua pihak.
Dalam kereta semasa dalam perjalanan balik kerumah, Rimba memberitau satu maklumat yang aku sudah tahu, "En. Dosmy kena tukar KL bulan depan . Tuan aji tau?" Cerita dan tanya Rimba . Sambungnya lagi, "Dah dapat surat". Aku menolih kekanan " Siapa beri tau?" Jelas dan tinggi sedikit suara ku sebab Dosmy hanya beritau dapat berita melalui talipon. Tidak ada hitam putih. Ini macam cerita lisan, ada tambahan . Rimba begitu yakin memberi jawapan, "Pemandu En. Dosmy masa kami minum pagi tadi". "Ohhh begitu", balasku mengesahkan pendirian ku bahawa setengah maklumat perlu disemak dulu.
Sampai dirumah jam 5.30 petang. Rimba terus meletakkan kereta dalam garaj setelah menurunkan aku berhampiran pintu masuk rumah. Aku terus membuka pintu dan selepas menanggal kasut terus ke ruang rihat yang juga ruang tamu untuk berihat sebentar. Tiba-tiba kedengaran Rimba memberi salam dan aku menjawab salamnya. "Ya Rimba sila masuk", Aku mempersilakan. Rimba tercegat dipintu masuk rumah yang masih terbuka. "Saya lupa nak beri tau. En. Dosmy ada beri enam batang kayu golf. Ada dalam boot kereta". Rimba minta izin untuk pulang.
Dosmy akan pergi dan enam batang kayu golf tidak menarik lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan