Aku sampai ke pejabat sepuluh minit sebelum jam 2 petang setelah menikmati makan tengah hari dirumah. Mata agak berat . Kalau bukanlah hari bekerja sudah tentu satu dua minit bersandar dikerusi aku akan terlena.Tapi sebentar nanti pada jam duai Aku ada tetamu yang akan datang berbincang.
Aku telah membentuk satu sikap dan pendirian bahawa perjumpaan ini ada lah perjumpaan untuk memberi peluang kepada yang berkenaan untuk berkata atau menyatakan apa saja tanpa apa-apa hujahan atau ulasan dari ku samada menyokong atau membantah atau pun membuat sebarang ketentuan (comittment). Tugas Aku adalah untuk mencatat apa saja yang diperkata atau maklumat yang diberi. Kalau ada pun yang hendak Aku campur tangan hanya semata-mata untuk lebeh faham dan jelas akan perkara yang ditimbulkan untuk mengelak sebarang kekeliruan. Aku juga akan membaca semula apa yang telah ku catat untuk mendapat pengesahan dari yang berkenaan. Jika yang dicatat tidak dipersetujui, boleh dipinda dan diperbetulkan. Jika semua telah dipersetujui ,yang berkenaan diminta untuk menandatangani catatan tanda persetujuan. Aku juga akan menandatangani sama. Siap dengan tarikh dan waktu ditandatangani.
Seperti biasa semua perbincangan akan dibuat dalam bilik perbincangan. Aku masuk dalm bilik perbincangan lima minit sebelum jam 2 petang dengan membawa buku catatan . Sebuah buku untuk mendaftar kehadiran juga ada bersama. Fahmi telah diarah untuk membawa yang berkenaan ke dalam bilik perbincangan apabila sampai nanti.
Sudah lima minit aku menunggu namun Fahmi belum lagi muncul untuk membawa yang berkenaan berjumpa dengan ku.Mengapa agaknya yang berkenaan tidak muncul. Kesesakan lalulintas jarang sekali berlaku.
"Encik Subra beri tahu En. Langgi tidak dapat hadir. Ada kematian", Fahmi beritahu semasa fikiran ku berlegar-legar memikirkan apakah sebab kelewatan yang berkenaan untuk hadir berbincang. Aku amat kecewa dengan berita itu. Tapi ini berita kematian. Aku perlu simpati. Dengan perlahan aku melangkah masuk ke bilikku semula dan meminta Fahmi memanggil Subra berjumpa dengan ku.
Subra mengetuk pintu bilikku dan terus masuk sambil berdiri di hadapan meja ku. Beliau tidak terus duduk. Aku persilakan beliau untuk duduk." Bila En. Langgi talipon", Aku segera bertanya. "Baru sekejap tadi. Katanya ada kematian. Ibu mertuanya", Subra memberitau . Aku merenung muka Subra untuk membaca sesuatu berkaitan hubungan Subra dengan Langgi. Dalam perbincangan pagi tadi Subra nampaknya begitu tidak menyukai En. Langgi yang dikatakan suka buat aduan dan sentiasa tidak berpuas hati dengan keputusan yang di dibuat oleh organisasiku. Tapi ketika ini ada wajah simpati beliau terhadap En Langgi seolah-olah En.Langgi ialah kawan baiknya. Mungkin ini soal kematian.
"Dah lama awak kenal En. Langgi? Aku cuba mendapatkan maklumat hubungan Langgi dan Subra. "Lama juga.. Tapi kenal biasa saja. Dia selalu masuk tender." Subra menjelaskan. Kenyataan terakhir Subra, segera membuat fikiran ku teringat kembali betapa marahnya Subra kepada Langgi. " Apa masalah beliau?" Tanya ku. Subra memandang ku seolah-olah kehairanan dengan soalan ku itu. "Ada kematian .....". "Maksud saya apa masalah beliau dengan kita. Pagi tadi awak kata dia tidak puas hati. Buat aduan", secepat kilat dan sedikit tinggi suara ku memotong kata-kata Subra untuk menjelaskan maksud soalanku tadi. Subra tunduk tidak segera menjawab. Mungkin beliau sedang memikir sesuatu.
"Biasalah Tuan aji, kalau tak dapat tender mesti komplen" Subra memecahkan kesunyian selepas beberapa sangat tunduk dan memikirkan jawapan. Jawapannya itu membuatkan Aku ingin lagi mahu tahu kenapa Langgi saja yang beliau tidak suka sedangkan orang lain juga selalu gagal dalam mendapatkan tender. "Orang lain tak ada komplen ke?' Tanya ku. ""Ada juga. Semua sama......tapi Langgi ni teruk sangat, buat laporan. Bila siasat, tak betul" Jelas Subra. "Apa tindakan kita. Maksud saya adakah kita pernah panggil dia untuk menerangkan kedudukan sebenar" Soalan ku ini memyebabkan mata Subra terbuka luas sedikit "Tuan aji perlu ke kita beri tahu macam mana kita buat keputusan?" Darah ku mula tersirap dengan soalan Subra itu. Tapi Aku perlu bersabar. Aku perlu dapat banyak maklumat lagi. Kalau Aku marah mungkin Subra akan mendiamkan diri.
"Kalau ada komplen kita panggil dan berbincang. Mungkin kita akan dapat pandangan dan maklumat yang penting. Sekurang-kurangnya kita menghargai perkara yang dibangkitkan", nada suaraku dikawal supaya tidak tinggi. Subra sedikit tersenyum dan segera menjawab, "Tuan aji tengok, tuan aji nak jumpa pun dia tak mahu datang...." Subra terhenti dari meneruskan kata-katanya sedangkan mulutnya masih terbuka luas.
"Tadi awak kata mak mertuanya meninggal", Aku mengingatkan Subra akan alasan yang telah disampaikan mengapa Langgi tidak dapat hadir. Pucat muka Subra. "Saya terlupa tuan aji, maaf:", Subra tunduk.
Aku mengesyakki ada yang tidak kena. Maklumat Subra telah mula aku ragui. Aku tidak percaya Subra boleh terlupa dengan berita kematian mak mertua Langgi yang telah disampaikan pada ku. Ini berita kematian. "Nak kena budak ni", bisik hati kecil ku. "Ok. Awak beritahu Langgi ucapan takziah dari saya atas kematian mak mertuanya. Panggil Fahmi" Aku membenarkan Subra kembali ketempatnya dan meminta Fahmi berjumpa dengan ku. Beliau dengan perlahan bangun dan sekali lagi mohon maaf dan keluar dari bilik ku.
Fahmi masuk dan tercegat berdiri dihadapan mejaku, menunggu arahan. "Awak ada terima panggilan dari Langgi?" Tanyaku . "Tak ada tuan aji. Biasanya dia berhubung dengan En Subra. Selalu jumpa En. Subra" Fahmi memberitahu. "Awak kenal ke dia", aku bertanya lagi "Kenal. Dia selalu datang ke pejabat ambil borang tender". Aku diam tidak segera meneruskan pertanyaan. Fahmi masih lagi berdiri begitu setia. Aku pun tidak mempersilakan beliau duduk kerana hanya hendak bertanya beberapa soalan saja. Aku percaya beliau masih kuat untuk berdiri dalam beberapa ketika. "Ada masalah ke tuan aji?" Tanya Fahmi mungkin ingin nak tahu hasil perbincangan ku dengan Subra sebentar tadi.
"Tak ada apa, cuma nak minta awak hantar surat takziah kematian ibu mertuanya. Awak ada alamat? Fahmi semacam kehairanan dengan permintaan ku itu. Agaknya ini satu perkara yang luar biasa. "Alamat rumah tak ada. Alamat syarikat ada. Nanti saya buatkan surat". "Terima kasih", dan aku membenarkan Fahmi keluar untuk membuat surat takziah kepada Langgi. Aku tersenyum puas. Aku akan dapat berita yang sebenar tidak berapa lama lagi. Muka si Subra mungkin akan bertambah pucat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan