SJ kepada anda yang budiman. Alhamdulillah berjumpa lagi kita bagi minggu yang kelima.
Jumaat ini SJ akan menyentuh tentang menghisap rokok.
Perbuatan menghisap rokok ini secara amnya tidak digemari sebahagian besar orang malah di setengah- setengah tempat perbuatan ini adalah amat dilarang dan kalau ditangkap oleh pihak berkuasa boleh dikenakan hukuman. Namun kita masih lagi dapat melihat dan terpaksa berkongsi bau dan menghisap asap rokok yang dihembus keluar siperokok itu.. Apa tah lagi dia atau mereka duduk bersebelahan atau berdekatan dengan kita.
Kita yang tidak merokok ini sudah tentu tidak bersetuju dengan perlakuan seperti itu tetapi apakan daya untuk menjaga perasaan mereka , untuk mengelakkan sebarang ketegangan, setengah daripada kita tidak akan berganjak menjauhkan diri dari mereka. Malah ada yang tidak langsong menutup hidung, semata-mata mahu menjaga perasaan si perokok itu. Tapi perasaan dihati, kita sajalah yang tahu. Betapa marahnya dan bencinya kita akan perlakuan sebegini, yang menikmati kepuasan atas kesengsaraan orang lain.
Kalau anda bukan perokok,cuba anda lihat bagaimana si perokok itu menghembuskan asap rokok yang dihisapnya. Wajahnya begitu ceria sekali menandakan satu kepuasan dan kenikmatan terutama selepas habis makan. Anda yang ceria pada mulanya, menarik muka masam sebagai tanda tidak suka. Tapi adakah mereka ambil kesah? Anda seorang yang penyabar, berkorban perasaan demi sebuah perhubungan yang aman tenteram.
Yang merokok ini, terutamanya yang sudah ketagihan, bolih saja menghisap rokok dimana-mana yang mereka suka dan dalam apa saja keadaan atau kedudukan. Maksud kita ialah didalam tandas untuk memanjang dan memudahkan ketermenungannya, dalam surau sebelum atau selepas sembahyang (nasib baik tidak dalam sembahyang), dalam kereta, sambil berdiri menyandarkan badan ditiang-tiang atau kerusi atau bangku sewaktu menunggu bas, semua bolih saja. Tanda amaran dikotak rokok akan bahayanya merokok hanya dianggap sebagai hiasan yang mencantikkan bungkusan. Tanda amaran denda tidak menjadi hal, dipejamkan mata. Tapi apabila kena tangkap, mula buat hal, dan marah-marah mengatakan penguatkuasa itu tidak bertimbang rasa. Ehh tahu pula tentang perasaan?
Kita selalu, maknanya bukan sekali, tidak juga dua kali mahu pun beberapa kali, melihat dengan mata sendiri, bukan dari berita orang, tidak juga fitnah dan tuduhan, siperokok yang menghisap rokok dalam kereta dan diatas motorsikal sama ada sebagai pemandu mahu pun penumpang atau pembuncing. Tidak kesahlah , itu kereta dan motor mereka dan kita pun tidak ada bersama untuk terpaksa berkongsi udara. Tapi tahukah apa yang mereka buat selanjutnya? Mungkin anda sudah tahu. Kita hanya hendak mengesahkan apa yang anda sudah tahu iaitu dengan senang hati puntung rokoknya dijentik keluar , jatuhlah bertebaran diatas jalan kerana katanya ada orang dari majlis atau pihak berkuasa tempatan akan datang memungutnya, sebab katanya lagi, pekerja itu dibayar gaji untuk kerja-kerja seperti ini.
Bagaimana pula dari segi keselamatan bagi penghisap rokok yang menunggang motor tadi. Menimbulkan bahaya? Pada diri sendiri? Pada yang lain? Perlakuan yang tidak cantik malah menjijikkan ini selalunya yang kita dapat lihat ialah semasa kenderaan terpaksa berhenti tatkala lampu isyarat merah.
Rupa-rupanya, penghisap rokok ini tidak ada diskriminasi dari segi umur mahu pun jantina. Yang situa kerepot lelaki atau perempuan termasuk juga yang pondan, yang dewasa menjelang tua, yang muda remaja berbagai penampilan dan rupa, malah kanak-kanak berhingus yang dikatakan macam jagong belum tua, sama-sama berkecimpung dalam dunia yang menghayalkan ini. Anda tidak perlu buat soalan apa sudah jadi sekarang ini? Hanya anda dan kita perlu bertanya setakat mana kesanggupan anda dan kita untuk berkorban perasaan. Kalau kita hendak jaga hati perokok itu , kita tidak usahlah banyak tanya, terimalah saja.
Kebetulan semasa kita di R&R Seremban arah ke selatan baru-baru ini, seorang kawan buat komen: Tengok tu budak perempuan Melayu bukan main tarik lagi (hisap rokok dengan penuk khusyuk lagi menghayalkan). Kita pun melanjutkan komen: Barulah trendy, terkini nampak liberal sikit. Kalau tidak macam orang kampong, konservatif. Kita dan teman itu pun ketawa. Itu saja yang kita buat. Kita dan teman itu tidak pun mendekati anak gadis itu untuk memberi nasihat supaya jangan terus merokok lagi, kurang manis, kan kah awak ini perempuan, orang Melayu pula. Lihat betapa kecilnya hati kita dan teman itu untuk berbuat sesuatu yang baik.
Akhirnya kita hendak memaparkan satu keadaan atau sinario seperti ini: Seorang bapa yang perokok , selepas makan tengah hari, yang ketagihan rokok , telah meminta anaknya yang masih kecil , masih dibangku sekolah rendah, pergi kekedai membeli rokok. Dengan penuh taat anaknya pun terus kekedai dan membeli rokok yang diminta oleh bapanya itu. Anak ini hendak tahu (curious) mengapakah bapanya ketagihan rokok. Adakah rasanya sedap dan enak sekali. Lantas beliau pun membuka bungkusan yang di beli dan mengambil sebatang rokok. Setelah mendapat bantuan dari pekedai , rokok dinyalakan, terus dihisapnya. Apabila balik, beliau telah dimarahi dan dipukul oleh bapanya kerana merokok atas alasan anak kecil tidak bolih merokok dan merokok itu amat bahaya dari segi kesihatan.
SJ cuma nak tanya: Semenjak bila agaknya bapa itu mementingkan kesihatan? Apakah soalan anda pula?
Jumpa lagi minggu depan dalam hal yang lain pula. InshaAllah jika dipanjang umur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan