Theflowersellingboy

Khamis, 7 April 2011

Professor X vs Professor Y .........2

Professor yang terkenal itu yang dipanggil Professor X  telah membuat kajian akan kaedah itu selama hampir sepuluh tahun. Bermula pada tahun 1980, dengan berbagai ujikaji dibuat dikalangan masyarakat, dan setelah mendapat berbagai maklumbalas sama ada yang menyetujui atau sebaliknya, beliau telah nekad untuk mempraktikkan kaedahnya ini pada tahun1990.

Beliau amat mementingkan gaya dan penampilan terutama penampilan pertama, 'first impression', mesti pandangan pertama orang keatas diri kita. Ianya bolih memikat hati sanubari dan jiwa raga yang melihatnya. Macam kata orang cinta pandang pertama terus terpikat walau itu kali pertama berjumpa. Tidak kisahlah hal-hal yang lain yang berkaitan budi bahasa, keturunan atau bangsa, miskin atau kaya. Kalau kali pertama mata bertentangan, hati mula terpikat dek melihat penampilan yang bergaya.

Falsafah cinta pandang pertama ini telah dijadikan asas dalam kaedah yang beliau cuba masyhurkan terutama dikalangan pensyarah-pensyarah yang menunjukkan sifat-sifat suka meneroka, yang menampakkan ciri-ciri daya imijinasi yang tinggi. Menerobos ke alam fantasi. Maka dikalangan pensyarah-pensyarah muda itu, ada seorang yang amat  menyerlah menurut sudut pandangan Prof. X. Beliau ialah  pensyarah kanan yang baru dinaikkan pangkat sebagai Associate Professor.

Sebelum menyertai Prof. X, Associate Professor ini yang selalu dirujuk sebagai Prof. Y, adalah seorang pensyarah yang berkelana yang selalu mendapat jemputan dari berbagai universiti luar  sama ada negara yang berjiran atau yang berjauhan. Beliau amat terkenal akan kepetahan berhujah sehingga yang mendengarnya menjadi terpesona sambil memberi tepukan gemuruh sekali , dari mula bicara sehingga tamat cerita. Kualiti inilah yang menjadi daya penarik Prof. X menjemput Prof. Y untuk menyertainya.

Kaedah pemasaran Prof. X ini ada juga samanya dengan kaedah pemasaran konvensional iaitu sesuatu produk itu mesti dimasyhurkan sifat baik dan terpujinya. Pemasyhurannya mestilah dengan cara yang menarik menggunakan berbagai gaya dan teknik supaya yang diwarwarkan tidak dianggap sebagai masuk bakul angkat sendiri. Kalau telah ada anggapan begitu, perasaan benci akan menguasai para pelanggan lalu mereka angkat kaki berjalan pergi. Hanya Prof. Y saja yang dapat melakukannya, membuat pendengar terpukau, terus mengangguk-anggukkan kepala sebagai isyarat bersetuju apa yang diperkata. Prof. X terlau yakin tentang itu.

Tetapi, sebagai pengasas kaedah, beliau mestilah tidak bolih dilebihi atau didahului walaupun Prof. Y yang dianggap bijak bistari. Oleh itu sebagai orang yang berilmu tinggi, sebagai tanda menguasai bidangnya itu, beliau telah mengumpulkan semua pensyarah-pensyarah termasuk Prof. Y untuk mendengar satu kuliah yang akan disampaikannya sendiri.  

"Saudara-saudara sekalian", Prof. X memulakan syarahannya. Walaupun terdapat pensyarah wanita, Prof. X menganggap mereka itu sama saja dengan pensyarah lelaki dari segi peranan dan tugas yang hendak dilaksanakan. Tiada beza, asalkan ada ciri-ciri imiginasi yang tinggi, di luar dari yang biasa. Setelah panjang lebar memberikan syarahannya, Prof. X membuat kesimpulan. "Saudara-saudara sekalian, jangan lupa AIDA. Jika AIDA sentiasa ada pada setiap masa dan ketika , saudara tidak akan gagal. Tidak sama sekali. Terima kasih".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan