Gambar Hiasan Majlis Pertunangan: Pihak Perempuan Menunggu Rombongan Lelaki
SJ untuk anda yang budiman dan dikasihi. Selamat Berjumpa lagi.
Kali ini SJ hendak bercerita mengenai proses kearah mendirikan rumah tangga dikalangan masyarakat Melayu Islam khususnya di Malaysia dan wang menguruskan majlis.
Kita sudah biasa dengar proses merisik, lepastu bertunang dan majlis pernikahan. Kalau kita ambil proses memuktamadkan urusan urusniaga yang selalu di buat ketika ini , peringkat merisik ialah pencarian rakan perniagaan . Apabila sudah dapat yang sesuai maka diteruskan majlis menandatangani MOU atau Memorandum of Understanding yang disaksikan oleh orang-orang terpenting di kedua belah pihak misalnya para menteri. Sama juga dengan majlis pertunangan yang disaksikan sanak saudara di kedua belah pihak. Jika telah yakin dan tetap fikiran bahawa urusniaga itu menguntungkan kedua pihak maka dimatrikan perjanjian sebagai peringkat terakhir. Samalah dengan majlis pernikahan yang ditunggu-tunggu, memuktamadkan apa yang telah dipersetujui dahulu. Dengan akad nikah maka sahlah pasangan itu sebagai suami isteri melayari bahtera kehidupan yang bermacam warna.
Semua proses yang dilalui sama ada dalam mendapat rakan urusniaga mahu pun mendirikan rumah tangga, yang selalu memeningkan kepala terutama yang kurang berada atau sederhana berada ialah WANG, DUIT. Mereka yang mempunyai wang seperti anak-anak Raja, anak menteri, anak-anak wakil rakyat, anak-anak kontraktor, usahawan dan yang kaya berharta seperti artis ternama mungkin soal wang tak jadi hal. Boleh buat majlis besar-besaran tambahan pula ada pihak-pihak yang berebut 'sponsor'. Tapi tidak semua orang berkedudukan begitu, malah majoritinya tidak mampu bermewah-mewah.
Jadi takkanlah kita tidak meneruskan untuk mendirikan masjid ini disebabkan wang. Kita mesti berikhtiar supaya perkara yang baik ini dapat diteruskan juga, setakat yang kita mampu. Jangan tiru mereka yang kaya dan bergaya. Buat cara kita. Buat sederhana saja. Kalau boleh, SJ cadangkan saja, kita tinggalkan proses risik merisik. Terus bertunang dan menikah hari yang sama. Dengan cara ini, adat kita sanjung, syaraq kita patuh. Yang penting boleh kurang belanja, jimat. Jangan kisah cerita orang, sebab yang tanggong kita sendiri.
Seperkara lagi, iringan hantaran janganlah banyak sangat sampai dua puluh satu jenis barang. Lepastu yang menerima pula akan membuat iringan balas dengan tambahan dua lagi iringan iaitu 23. Cukuplah satu dua iringan atau selebih-lebihnya lima. Bukan penting sangat. SJ nampak iringan itu menyedapkan mata memandang saja.
Wang hantaran janganlah terlalu tinggi sampai beratus ribu, itu orang kayalah. Taraf macam kita yang sederhana ini setakat tidak melebihi RM10,000.00 dan kebawah adalah sesuai dalam keadaan ekonomi ketika ini. Para tetamu yang hadir diharap bermurah hati untuk membantu tuan rumah dengan sedikit sumbangan wang. SJ berpendapat lebih baik berikan wang dari memberi hadiah yang lain. Sebab kadang-kadang hadiah yang diterima adalah benda yang sama misalnya periuk letrik. Kalau lima orang beri hadiah yang sama, ianya tidaklah sebenarnya merengankan beban tuan rumah mahu pun pasangan yang baru hendak memulakan alam rumah tangga. Kalau diberikan wang, mereka ada pilihan untuk menggunakannya mengikut keutamaan berdasarkan keperluan mereka.
Ada satu lagi yang SJ ingat yang telah diamalkan dikalangan sebahagian orang Melaka pada masa dulu dalam membantu mengadakan majlis perkahwinan ialah konsep menanam. Menanam ini samalah dengan konsep pelaburan dalam amalan ekonomi moden. Caranya ialah mereka yang mempunyai anak, perempuan atau lelaki, akan memberikan wang atau barang-barang seperti beras, gula atau telur kepada jiran atau yang sekampong, atau yang dikenali, semasa orang yang berkenaan itu mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Pemberian itu dibuat dengan bertanya terlebih dahulu apa yang diperlukan oleh orang itu. Tujuannya supaya tidak berlaku pertindihan pemberian. Setiap kali ada majlis perkahwinan, diadakan tanaman sehinggalah tiba masanya apabila anaknya berkahwin , dia akan menerima balasan pula. Macam mana, boleh dilaksanakan dalam masyarakat kita yang moden dan terlalu individualistik ini? Mengapa tidak! Kita cuba kerana ianya satu cara yang baik dan ada alasan yang kuat untuk dihidupkan semula.
Akhirnya SJ mengharapkan wang tidak akan jadi penghalang untuk mendirikan sebuah rumah tangga. InshaAllah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan