Penduduk kampong yang kesemuanya lelaki tidak jemu-jemu menonton video hitam putih yang dihadiahkan oleh kumpulan dari Pha holy o thin dulu. Walau pun video itu tanpa dailog tetapi penuh dengan aksi yang 'thrilling' itu telah memukau setiap mata yang menontonnya. Sehabis menonton setiap orang merasa puas dan setengahnya buat komen yang memuji "Wah hebat sungguh orang disana. Ini satu teladan yang baik untuk kita dan untuk genarasi kita yang akan datang. Kita mesti tiru mereka. Perhubungan sesama mereka begitu rapat sekali". Setengahnya pula berkata, "Kita buat cadangan dalam mesyuarat JKMK supaya kita gunapakai kaedah mereka. JKMK kena bawa ke peringkat yang lebih tinggi supaya lawatan sambil belajar disegerakan dan peruntukan baginya diluluskan.
Dalam mesyuarat JKMK, keputusan segera di buat supaya lawatan sambil belajar ke Pha holy o thin diperakukan untuk pertimbangan peringkat yang lebih tinggi. Hanya kaum lelaki saja yang perlu dihantar kerana keadaan di sana terlalu mencabar yang mungkin tidak dapat dilalui oleh kaum wanita. Keputusan seperti ini membuat ahli JKMK wanita merasa marah dan kecil hati seolah-olah merendah-rendahkan kemampuan mereka. Bagaimana pun untuk menyejukkan hati dan sebagai menghormati keputusan mesyuarat yang majoritinya lelaki akhirnya kaum perempuan bersetuju dengan syarat mereka mahu menonton video yang telah ditonton kaum lelaki itu dulu.
Pengerusi mesyuarat terdiam sejenak, otaknya berputar-putar untuk mencari satu jawapan yang sesuai. Setiausaha dapat membaca apa yang ada dalam otak pengerusi lantas menyatakan video berkenaan yang disimpannya dulu telah hilang. Mungkin ada orang yang mencurinya.
Lega pengerusi apabila mendengar jawapan setiausaha itu. Lalu beliau menyatakan rasa dukacita dan sedikit marah diatas kelalaian si setiausaha yang setia itu kerana katanya video itu sungguh berharga sekali. Namun beliau berjanji untuk mendapatkan salinan semasa berada di sana dalam program melawat sambil belajar nanti. Ahli mesyuarat wanita terpaksa terima tanpa rela hati.
'Tempat suci yang kecil' itu mesti dilihat sendiri akan kemajuannya, kata orang putih 'seeing is believing'. Mereka mahu belajar bagaimana caranya untuk menjadi seperti Pha holy o thin.yang di katakan maju itu. Lagi pun kesan video hitam putih yang tidak berdailog itu tidak sama berbanding dengan melihat dengan mata sendiri, walaupun mereka puas hati menontonnya. Mereka mesti pergi ke gelanggang, turun padang, barulah dapat menghayati sepenuhnya akan kemajuan yang berlaku di tempat suci itu.
Itulah justifikasi yang akan diangkat keperingkat tertinggi.
Cadangan telah dibawa keperingkat yang lebih atas untuk dapat wang perbelanjaan lawatan sambil belajar itu. Pada peringkat awal cadangan itu diterima pada dasarnya. Ia dikatakan satu cadangan yang baik. Cuma timbul satu persoalan iaitu kenapa tidak ada ahli wanita yang turut serta dalam rombongan itu sedangkan peranan mereka adalah juga penting. Dengan rasa berat hati , ahli-ahli JKMK terpaksa bersetuju untuk memasukkan dua wanita untuk turut serta , kalau tudak duit yang diminta tidak akan tiba.
Setelah persetujuan peringkat atasan itu diperolehi maka JKMK pun memaklumkan kepada ahli wanitanya. Maka bersorak sukalah ahli-ahli itu. Tetapi hanya sekejap saja kerana hanya dua saja yang dapat turut serta. Namun mereka tidak bolih buat apa-apa setelah dimaklumkan bahawa ini keputusan pihak yang lebih tinggi.
Tetapi, pengerusi masih rasa gelisah akan penyertaan dua ahli wanita itu. Beliau menyampaikan rasa gundah gulananya itu kepada setia usaha yang pantas berfikir itu. Setelah mendengar luahan hati pengerusi, setiauasaha seperti kilat otaknya berfikir mengeluarkan cadangan supaya bilangan peserta dikurangkan kepada 3 orang sahaja untuk jimat belanja. Anggapkan lawatan sambil belajar kali ni sebagai 'fact finding' dulu saja. Lawatan tinjauan, dan selepas itu barulah diatur satu lawatan sambil belajar yang lebih tersusun. Pergi berbincang dulu akan program-program yang perlu diadakan, rumah tempat tinggal dan sebagainya.
Cerahnya muka si pengerusi mendengar buah fikiran setiausaha yang bijak bistari itu. Cuma bagaimana pula dengan peringkat terrtinggi? Ada kah mereka bersetuju?
'Kita pergi dulu. Mereka mesti bersetuju. Ini menjimatkan belanja', setiausaha meyakinkan pengerusi yang lurus bendul yang tak keruan itu. Sambil tersenyum ria, kemudian dahi berkerut semula, pengerusi mahu tahu berapa orang agaknya yang dikatakan jimat belanja. Sekali lagi setiausaha memberi idea yang bernas dengan mencadangkan 3 orang saja buat kali pertama iaitu pengerusi , bendahari dan 'saya'. Bendahari kena turut serta sebab dia yang mengeluarkan belanja.
Maka ketiga-tiga orang itupun dipersetujui juga oleh ahli-ahli yang lain. Berangkatlah menuju ke Tempat Suci Yang Kecil atau Pha holy o thin.
Sementara itu isteri setiausaha waktu mengemas tempat tidurnya terjumpalah video yang dikatakan hilang itu dibawah tilam katil tidurnya. Lalu beliau pun mengambilnya dan bertanya kepada anak dara suntinya akan benda yang dijumpanya itu. Setelah diberitahu maka timbul keinginan mereka untuk melihat video itu. Tetapi kedua-duanya kurang mahir untuk menggunakan alat tayangan, lalu memanggil anak lelaki yang remaja untuk membantu mereka.
"H'a'a'a'h', serentak keluar suara mereka. Tangan menutup mata. Anak remaja lelaki segera menutup arus letrik terus berjalan tangan menutup mata. Tak terkata-kata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan