Kisah Raja dan Rakyat Dalam Pertandingan Tendang Penalti
Dalam sebuah negara bernama diMana Saja, seorang Raja yang bertahta yang kurang berminat akan permainan bola yang popular dikalangan rakyat itu, telah menitahkan kepada rakyat semua, supaya lupakan saja permainan yang dipanggil gila itu. Mendengarkan titah di Raja itu, maka bersugullah sekalain rakyat jelata.
Maka Mamak Bendahara sebagai penghubung lidah diantara rakyat dan Raja, datanglah mengadap ke Bawah Duli Paduka Mulia, merapak sembah mohon rayuan apalah kira dipertimbang semula akan titah Baginda itu. Sebagai Raja yang adil lagi bijaksana, maka Baginda pun bersetuju untuk menimbangkan semula dengan bersyarat, tanda Raja bertahta yang punya kuasa.
Maka dimasyhurkan keputusan Raja itu bahawa permainan bola itu bolih diteruskan semula jika rakyat berjaya mengalahkan Raja dalam satu pertandingan tendangan penalti. Maka rakyat pun terlalulah amat suka dan berpakatlah sesama mereka akan siapakah gerangan untuk mewakili mereka. Maka bersetujulah akan rakyat semua, memilih Mamak Bendahara mewakili mereka.
Dipendekkan cerita, dihari pertandingan berkumpullah rakyat di sekeliling padang untuk menyaksikan pertandingan tendangan penalti yang amat dinanti. Dimulakan dengan tendangan diRaja, dikiri kanan pengapit diRaja, Datuk Bentara dan Temenggong Setia ,Mamak Bendahara jadi 'goalkeeper'. Tendangan diRaja deras tiada, Mamak Bendahara menutup mata, bola pun masuk bergolek manja. Rakyat semua sembah gembira termasuk juga Mamak Bendahara. Tiba pula giliran Mamak Bendahara, menendang bola bergerak tiada, setia diRaja mengatasi segala. Merapak sembah akan semua, menjunjung tahniah kepada Baginda.
Maka semenjak dari hari itu maka dibuatlah orang satu perumpamaan yang membawa erti bahawa tidak ada gunanya membuat sebarang rayuan kerana keputusannya tetap sama seperti Raja menendang bola, Mamak Bendahara sebagai g'oalkeeper'nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan