Kepulangan tiga peserta lawatan sambil belajar ke Pha holy o thin pada pukul10 pagi telah disambut oleh orang kampong dengan meriahnya seolah-olah meraikan kejayaan sebuah pasukan bola dalam pertandingan piala dunia. Maka diantara yang datang menyambut kepulangan mereka adalah isteri setiausaha yang bijak bistari.
Di Dewan sambutan, majlis bermula dengan bacaan doa kesyukuran diatas selamat kembalinya tiga sekawan itu, pengerusi, setiausaha dan bendahri. Pengerusi berbicara panjang menceritakan betapa hebatnya kemajuan disana, sambil menyampaikan salam dari ketua dan warga Pha holy o thin. Setiausaha dan bendahari tersenyum sambil bertempuk tangan tanda menyokong akan benarnya apa yang diperkatakan oleh pengerusi. Semua yang mendengar gembira suka hati terutama ahli JKMK yang tidak dapat pergi termasuk ahli wanitanya sekali apabila diberitakan program sedang diatur untuk kesana lagi
Isteri setiausaha lain pula reaksinya walaupun senyum wajah tetap tidak ceria malah seperti orang marah penuh kebencian, meluat.pun ada.
Selesai majlis sambutan setiausaha pun cepat segera mendapatkan isterinya yang buat muka selamba. Sewaktu mata bertentang sama, bersuaralah si setiausaha menanyakan khabar sepanjang peninggalannya. Isterinya membisu berjalan sama menuju kerumah
yang jaraknya sepelaung cuma. Fikirannya berputar kepada jerat yang sedang dipasang diruang tengah rumahnya.'Nantilah, balik rumah nanti ada suara ke tidak' , bisik siisteri sendiri.
Setiausaha menanyakan dua orang anaknya yang tiada datang menyambut kepulangannya. Lantas dimaklumkan keduanya pergi kerumah kawan bermalam disana sudah dua hari lamanya. Yang sunti berhajat untuk mencari kerja di kilang manakala anak lelaki bermotosikal merempit agaknya. Bukan main marah setiausaha bila mendapat berita sedemikian itu.
Selepas makan tengah hari setiausaha dan isterinya berihat diruang tengah rumah tempat mereka sekeluarga menuntun tv. Asap rokok berkepul-kepul dihembuskan mengisi ruang mencemari udara tempat mereka berihat. Rasa puas nampaknya setiausaha semasa menghembuskannya, begitu nikmat sekali agaknya. Siisteri tidak berhenti-henti menepis asap yang berlegar-legar mencari hidungnya. 'Busuk', itulah perkataan yang dapat dikeluarkan oleh siisteri. Nak marah jauh sekali kerana ini hak suami.
"Budak-budak sekarang langsung tidak menghormati mak bapa. Bebas suka hati mana nak pergi", setiausaha mula menyatakan perasaannya atas sikap anaknya yang tiada dirumah. Beliau tidak bersetuju anak dara suntinya mencari kerja kerana berapa senlah yang akan diperolihinya kalau bekerja operator pengeluaran dikilang. Dia masih mampu menanggung makan minum serta keperluan anaknya yang lain. Beliau semakin bertambah berang tentang penglibatan anak lelakinya dalam rempit merempit. "Suruh belajar, malas. Periksa tak pas. Sekarang buat kerja tak senonoh. Apa nak jadi, aku pun tak tahu. Masa aku dulu tak macam ni". Siisteri masih lagi sabar mendengar dan bersikap membisu. Sebatang rokok lagi dipasang, nafas ditarik kedalam, menyedut , dan menghembuskan asap, puas. Kesabaran isteri mula tercabar diatas kenikmatan suaminya itu yang merokok bersambung ganti. 'Sebagai isteri mesti bersabar', sambil memgurut dadanya yang tidak sakit.
"Kau tengok apa telah jadi sekarang ni. Gejala sosial, hisap dadah, merempit, hei macam-macam yang dulu kita tak pernah dengar, tak pernah jumpa. Yang perempuan buang anak, dalam jamban, tong sampah. Tak ke zalim kerja macam tu. Kau mau anak kita jadi macam tu. Mula-mula pergi rumah kawan tidur sehari dua. Lama-lama perut buncit. Malu, buang anak. Kau tak takut?" Bebelan si setiausaha ini menegakkan bulu telinga si isteri, tekaknya rasa loya nak muntah. 'Baik sungguh suami aku ni', suara hati bunyi memerli.
"Zaman dah berubah bang. Sekarang macam-macam ada, tv ada, video ada dan macam-macam hiburan lagi. Kita yang tua pun suka tengok rancangan hiburan. Rancangan agama kita tukar saluran lain", siisteri mula bersuara nada semacam memerli suami. "Abis kau sukalah anak kita buat yang tak senonoh?" Tanya setiausaha. "Taklah macam tu. Tapi dia orang tu belajar dari mana. Dari kita juga". Kata-kata isterinya yang terakhir ini membuatkan setiausaha menaikkan suara, " Hei jangan kata kita tak ajar dia orang. Mengaji quran, siapa yang hantar. Sekolah. Dia orang saja tak mahu belajar. Jangan kata aku tunjuk contoh tak baik. Kalau engkau tak tahulah". Ayat yang akhir ini sungguh bisa menusuk perasaan siisteri. Tapi mesti sabar. Sikap suami seperti ini mesti dibantah dengan cara yang lain. Biarkan dia sendiri membisu tidak terkata-kata.
"Alah bang kita cerita pasal lain. Abang baru balik, kita nak bergaduh" Kata siisteri yang mahu menjerat sambil menuju ke alat perakam video yang telah tersedia. "Baik kita tengok cerita ni. Kata si Rahi anak dara kita tu, sedap ceritanya", sambil meminta suaminya memetik alat perakam itu.
"Apa ni?" Setiausaha terperanjat, pucat dan itu saja kata-kata yang sempat keluar. Beliau rebah pengsan. Siisteri selamba tiada simpati, membiarkan suaminya yang pengsan terbongkang. "Padan muka. Baik konon", kata-kata yang puas seperti sepuas rasa suaminya semasa menghembuskan asap rokoknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan