Dosmy bersama anak-anak sepupu Aku di Jalan Ab. Rahman Muar Johor
Pagi-pagi lagi iaitu pada pukul enam setengah Dosmy dan Aku telah keluar dari rumah bapa saudaranya di Kubu berjalan kaki dengan menggalas beg yang sama berjalan menuju ke Bandar Hilir Melaka. Kami hanya minum air kopi tidak sampai secawan dan menjamah sedikit nasi lemak yang disediakan makcik si Dosmy walaupun berulangkali si makcik meminta kami makan banyak sedikit. "Nanti lapar", kata makcik Dosmy. Dosmy memberi alasan jika makan terlalu awal ianya akan memberi masalah kepada perut, terutama untuk mendapatkan tandas dalam perjalanan nanti.
Walaupun Dosmy orang Melaka tetapi dia jarang sekali ke bandar Melaka kerana kampongnya , Cincin , lebih dekat dengan Tangkak, di Johor yang dijadikan bandar baginya membeli belah pakaian dan lain-lain keperluan. Sebab itulah salah satu destinasi pengembaraan kami ialah ke bandar Melaka, bukanlah sangat untuk balik kekampong.
Perjalanan kami memakan masa hampir setengah jam untuk sampai di bangunan Stadthuys, bangunan merah peninggalan penjajah Belanda. Kami mengambil gambar di jam besar dan luar bangunan muzium yang berdekatan sebelum menuju ke kota A Famosa, sisa-sisa bangunan peninggalan penjajah Portugis. Setelah bergambar, kami mendaki Bukit St. Paul dimana terdapat gereja St. Paul dan kubur pembesar Portugis. Dari atas bukit itu kami memandang kearah selat Melaka yang airnya membiru, sungguh cantik dan indah. pemandangannya. Kemudian kami menuruni bukit menuju kebangunan Memorial Kemerdekaan dimana disinilah Perdana Menteri Malaysia yang pertama membuat pemsyhuran atau proklamasi kemerdekaan.
Kami berada dikawasan bersejarah di Banda Hilir itu selama hampir dua jam sebelum meneruskan perjalanan berjalan kaki , destinasi kami ke Muar. Sesampai saja di Ujung Pasir lebih kurang jam sepuluh pagi, kami singgah disebuah gerai untuk membasah tekak. Kami duduk disebuah meja yang telah sedia ada seorang yang separuh umur sedang menikmati makanan. Aku memesan teh dengan sekeping roti canai kosong dan Dosmy memesan kopi dan makanan yang sama.
Setelah menghirup kopinya, pakcik yang semeja dengan kami itu memandang kami sambil senyum bertanya, "Dari mana?". Dosmy dan Aku tidak segera menjawab masing-masing saling pandang memandang, macam serba salah. Namun Dosmy bersuara juga, "Kami mai dari utara, Aloq Staq , Kedah", jawab Dosmy , masih lagi berlakun menggunakan loghat utaranya. Aku tersenyum dan hampir hendak ketawa dengan lakunan Dosmy itu. Tapi segera memalingkan muka ke belakang agar tidak menimbulkan pertanyaan dari pakcik yang bertanya itu. Pakcik itu menganggok kepala.
Pesanan kami telah sampai. Sebelum sempat Aku menghirup tehku , Dosmy bertanya, " Apa nama tempat ni?', Masih lagi berloghat utara. "Ujung Pasir", jawab pakcik segera. "Oooo Ujung Pasiaq", Dosmy mengulangi nama yang disebut oleh pakcik itu. Nasib baik teh dalam cawan yang ku pegang tidak tumpah kerana mulanya Aku nak tertawa dengan lagak Dosmy tu tapi sepantas kilat Aku buat-buat batuk. "Pasai apa hang batuk?' Pertanyaan Dosmy ini membuatkan aku toleh kebelakang dan tersembur keluarlah air teh yang diminum, sambil memanjangkan batuk ku lagi "Aku tak taulah, pasai apa batuk", Aku pula berlakun. Pakcik itu menunjukkan rasa simpati. "Ada bawa obat batuk ke?" Kali ini Dosmy menganggok saja. Aku faham tindakan Dosmy itu.
Pakcik itu bangun dan terus pergi membayar. Beliau mengucapkan selmat jalan kepada kami berdua. Selepas beberapa minit kami pun bangkit untuk membuat bayarn. Alangkah seronoknya apabila tuan gerai menyatakan pesanan kami itu telah dibayar oleh pakcik yang duduk semeja tadi. Kami lantas melangkah keluar dan tidak berapa jauh dari gerai itu maka ketawa besarlah kami berdua. "Kau tengok, rezeki orang utara. Kalau kau cakap kau ornag Melaka, abok pun tak dapat", komen Dosmy memanjangkan ketawa kami berdua.
Lebih kurang jarak seratus ela dari gerai kami berhenti berjalan menunggu mana-mana kenderaan yang sangguh menumpangkan kami. Lama juga kami menunggu. Sebuah kereta volkswagen berhenti dan pemandunya seorang India muda juga usianya bertanya jalan ke Muar. Apa lagi, dengan segera kami beritahu yang kami juga berhajat kesana. Nasib baik pakcik tadi tidak mendengar perbualan kami yang menggunakan bahasa orang Melaka.
Maka kami pun menuju ke Muar. Sampai di Muar pada jam 130 tengah hari dan kami pun diturunkan ditengah bandar Muar sementara pemandu India tadi meneruskan perjalanan kesatu tempat yang kami tidak tahu. Aku mengajak Dosmy untuk pergi ke rumah sepupuku di Jalan Ab Rahman. Sesampai disana kami berihat sebentar sebelum meneruskan perjalanan menuju Batu Pahat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan