Theflowersellingboy

Ahad, 3 April 2011

Professor X vs Professor Y .........1

Kita Yang Pasarkan Mengapa Pula Kita Marah Orang Membelinya? Pelik sungguh. Orang yang tidak belajar ilmu pemasaran pun rasa pelik. Macam mana jadi begini? Agaknya ini kaedah pemasaran yang baru.

Sebenarnya kaedah pemasaran ini bukanlah baru diperkenalkan. Ia dikatakan baru sebab bertentangan dengan kaedah yang biasa yang telah diterima dan diamalkan, iaitu bila kita pasarkan barang atau perkhidmatan tujuannya untuk melariskan jualan benda yang kita pasarkan itu. Tapi kaedah ini sebaliknya, malah kita marah orang membelinya. Pelik , tapi benar.

Kaedah ini telah diperkenalkan oleh seorang professor  bidang pemasaran setelah belajar dan membuat kajian beberapa tahun. Sehingga kini ramai juga pengikut-pengikutnya tetapi sama ada bilangannya yang majoriti atau sebaliknya tidak dapat dipasti. Namun kaedah yang diperkenalkan ini walaupun ada yang mengatakan kaedah yang songsang, ianya tetap menjadi pilihan jika dapat memuaskan hati sendiri.

Professor dari negara mana? Sejak bila agaknya professor itu buat kajian? Bila tarikh mulanya? Sudah mendapat pengiktirafan dari badan yang dipertanggongjawabkan untuk berbuat demikian? Bagaimana sambutan yang diperolehi sejak mula di perkenal sehingga yang terkini? Apa harapan pada masa depan untuk diperkembangkan? Maksudnya apakah  sejarah perkembangan dari mula dulu sehingga kini dan harapan masa depan akan kaedah pemasaran ini. Dengan cara  ini akan boleh memberi peluang untuk kaedah ini ditambah baik, dipertingkatkan kecanggihannya untuk kekal selama-lamanya.

Dengar khabar professor ini telah mati.  Itu khabar saja tanpa  bukti. Sebab tiada siapa pun yang dapat tunjukkan batu nesannya. Kata orang kalau  api, mana asapnya? Ada khabar mengatakan professor ini sedang berkelana, ikut sesuka hatinya. 

Panjangnya mukaddimah : Kita Yang Pasarkan Mengapa Pula Kita Marah Orang Membelinnya.

Baiklah kita mulakan cerita. Isinya, kandungannya atau sekarang mungkin kita telah dibiasakan dengan perkataan 'content'nya akan kita sorotkan mengikuti jalur-jalur pertanyaan yang kita bangkitkan diatas supaya tidak tergelincir atau terbabas ke kisah yang lain. Tapi pohon maaf dulu, kita tidak boleh janji tergelincir atau tidak kerana kadang-kadang kisah-kisah selingan ini perlu diselitkan dicelah-celah untuk mengelakkan rasa bosan dan jemu. Lagi pun cerita ini bersiri, kena ikuti sehingga penghujungnya.

Baiklah sekarang kita tidak mahu berlengah, kita mahu mulakan
.
Pertama : Adapun produk yang dipasarkan itu terdiri dari berbagai-bagai bentuk dan rupa. Tempat dipasarkan (market place) boleh didapati dimana-mana termasuklah dialam siber.

Kedua: Untuk tidak merasa jemu membaca kita akan memaparkan beberapa produk saja yang pada pendapat kita boleh mewakili produk-produk yang lain. Sebab yang kita nak tahu ialah tentang kaedah pemasaran yang songsang ini saja, bukan produknya.

Ketiga: Ini hanya sebuah cerita saja. Untuk  dibaca sebelum tidur, itu pun jika ianya boleh menghibur. Jika membosankan, tutupkan saja mata, tapi jangan mengumpat, jangan buat dosa. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana negara atau professor atau pun sesiapa. Yang hidup dan yang mati bagaimana? Tidak juga. Nahi. Nop. Nay. Lak.

Ada pun akan professor itu berwarganegara Tanusa sebuah negara yang tidak kecil dan tidak juga terlalu besar. Tetapi mempunyai cita-cita yang besar. Negara yang ada wawasan dan misi. Mahu melakar sejarah mengikut kemahuan sendiri, tidak mahu tiru orang lain. Mesti yang asli. Sendiri punya. Mesti jadi yang pertama. Tidak ada sesuatu yang tidak boleh dilakukan atau direkacipta. Semua bolih. Mesti lakukan yang terbaik sekali.

Dengan asas pemikiran yang sedemikian, professor itu berpendapat bahawa sesuatu rekaan atau ciptaan atau yang hendak dilakukan itu hanya akan mempunyai erti dan makna jika ianya bersifat lain dari yang biasa, ditinjau dari mana-mana perspektif pun. Banyak yang telah dilakukan yang telah mendapat perhatian dunia sebab cara dan kaedahnya luar dari cara biasa yang telah diterima. Kita hanya ambil satu saja dari beberapa karyanya itu iaitu kaedah pemasaran yang songsang yang boleh menimbulkan pertanyaan berikut: Kita Yang Pasarkan Mengapa Pula Kita Marah Orang Membelinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan