Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Hantu (SKBH) dimana al-Ai belajar ialah sebuah bangunan kayu bekas bangunan yang digunakan oleh pasukan kawalan keselamatan kampong yang dikenal sebagai homeguard. Bangunan yang bertiang batu , bertangga simin , sekerat berdinding, berukuran 80x100 kaki itu menempatkan seramai tidak lebih dari 150 murid. Hanya ada satu kelas bagi setiap darjah atau tahun pengajian iaitu dari darjah atau tahun satu hingga tahun enam. Orang kampong memanggil sekolah itu sebagai sekolah Abu Nawas, entah kenapa tiada siapa yang tahu.
Terdapat dua buah rumah guru, satu dikhaskan untuk kediaman guru besar dan sebuah lagi untuk guru biasa. Sekolah ini tidak ada guru penolong kanan. Terdapat sebuah padang bola. Satu kawasan untuk kerja amali menanam sayuran-sayuran sebagai sebahagian dari mata pelajaran yang diajar, juga disediakan.
SKBH adalah dibawah kepimpinan guru besar yang bernama Cikgu Bahari yang telah memimpin sekolah itu hampir 10 tahun. Beliau akan bersara dalam beberapa purnama lagi. Guru darjah enam dimana al-Ai seorng dari 30 orang murid, 25 lelaki dan 5 perempuan, dipimpin oleh Cikgu Yaakob. Beliau mengajar semua mata pelajaran kecuali Bahasa Inggeris.
Pagi-pagi lagi pada pukul 6, al-Ai dan adiknya al-Aman telah bersiap sedia untuk kesekolah yang jarak dari rumahnya sejauh 3 batu atau lebih kurang 5 kilometer. Pagi itu dapat juga al-Sakirah, emak mereka, isteri Arrijal menyediakan dua keping lempeng yang digoring kurang minyak. Sekeping untuk dikongsi bertiga, diantara al-Hasan, al-Ai dan al-Aman dan sekeping lagi untuk dikongsi diantara Arrijal, dan anak-anaknya al-Jahan dan al-Iyah. al-Sakirah hanya sekadar secubit saja. Itu pun katanya alhamdulillah, dapat juga tekak merasa.
"Mak, cikgu minta bayar duit periksa", al-Ai menyampaikan berita yang tidak menarik untuk halua telinga al-Sakirah. Bukan beliau tidak menyokong, malah berangan-angan akan kejayaan anaknya ini untuk memasuki sekolah menengah, jika lulus periksa. Dulu al-Hasan telah gagal. Dia tidak mahu al-Ai menjejak kaki yang sama dan berakhir sebagai kulikang di ladang getah tauke cermin. Tapi apakan daya, beliau hanyalah seorang suri rumah yang tidak menjana apa-apa pendapatan. al-Ai masih lagi menunggu dengan sabar akan jawapan dari emaknya. Beliau perasan emaknya memandang kearah kandang lembu yang tertambat tiga ekor lembu yang sudah dewasa.
"Berapa ringgit?" Tanya al-Sakirah semacam yakin beliau boleh mengeluarkan jumlah yang diminta. Entah kenapa kata-kata sedemikian bolih keluar dari mulutnya. "Tak banyak, tiga ringgit saja. Cikgu bagi tempoh hingga hujung bulan ni", gembira sungguh al-Ai dengan pertanyaan emaknya itu. Sambil tangan kirinya memegang tangan adiknya al-Aman , al-Ai melangkah dengan wajah gembira penuh impian. "Dapatlah aku naik sekolah menengah. Sekolah orang putih ..........entahlah", kegembiraan sebentar tadi mula menipis, tangan kanannya menggaru kepala yang tidak gatal, langkah kakinya sedikit perlahan.
al-Sakirah duduk termenung keseorangan di muka tangga yang berdepan dengan balai rihat . Anak-anaknya al-Jahan dan al-Iyah masih tidur. al-Hasan sedang sarapan di dapur sebelum ke ladang getah tauke cermin.
Matanya sekali lagi memandang kandang lembu. 'Tak bolih. Mesti tak setuju', bisiknya sendirian yang mematikan jalan yang hendak dicadangkan kepada Arrijal yang dijangka balik pada pukul 12 belas tengah hari nanti, Dulu pun pernah dicadangkan bagi membaikki rumah yang hampir menyembah bumi tetapi telah mendapat herdikan dari suaminya Arrijal. 'Jadi bagaimana caranya untuk mendapat wang tiga ringgit itu, bagaimana? Tanya al-Sakirah sendirian sambil bangun menuju kedapur. Bagaimana al-Hasan?
Termengah-mengah juga al-Sakirah membawa badanya yang berisi menunjul kedepan itu, melangkah menuju kedapur. al-Hasan telah bersedia untuk menuruni tangga sisi didapur untuk turun ke tanah mengambil sebatang cangkul yang disimpan dibawah rumah. "San, tunggu kejap", minta al-Sakirah membuatkan langkah al-Hasan terhenti di anak tangga pertama. "Ya mak, ada apa. Orang nak cepat ni. Dah pukul enam setengah. Nanti toke marah", al-Hasan menoleh kepada emaknya yang nampak termengah-mengah sedang menguruskan punggungnya untuk duduk dan bersandar di tiang.
al-Sakirah berasa serba salah dan bersalah untuk menyuarakan hajatnya untuk meminjam wang bagi membayar duit peperiksaan al-Ai. 'Berapa sen sangat duit al-Hasan . Lagipun ini bukan tanggunggung jawab al-Hasan. Ini tanggungjawab Arrijal, suaminya. Zalim sungguh kalau aku minta duit al-Hasan', bisikan hati al-Sakirah yang menutup hajatnya untuk meminjam wang al-Hasan. "Ada apa mak. Orang nak cepat ni", ulang lagi al-Hasan apabila maknya masih lagi tidak bersuara. "Kau balik pukul berapa?" Tanya al-Sakirah yang sememang telah tahu jawapannya. "Macam biasalah. Pukul dua", jawab al-Hasan sambil memuruni anak tangga sehingga hilang dari pandangan mata al-Sakirah.
al-Sakirah membetulkan sandarannya. Mata dipejamkan. Fikirannya cuba mencari jalan bagaimana caranya untuk menyampaikan berita ini kepada Arrijal suaminya. Wang yang diperlukan hanya 3 ringgit saja tidak sebesar belanja memperbaikki rumah seperti yang diharapkan dulu. Tidak mungkin Arrijal akan mengherdiknya lagi kalau dicadang menjual seekor lembu. ' Tapi, takkan sehingga menjual seekor lembu?' Kali ini mungkin Arrijal bertambah berang.
al-Sakirah dengan perlahan membuka matanya sambil kepalanya tunduk membawa bola mata keperutnya yang menunjul kedepan. "Yang ini lagi.......aduuuuuhh", keluh al-Sakirah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan