Theflowersellingboy

Ahad, 10 April 2011

Begitulah Aku........Martabatku 5

Sudah agak lama juga Aku menyepi diri. Bukan kerana merajuk tetapi tuan ku terlalu asyik menonton video yang di hadiahkan oleh kawan lamanya, kawan serumah semasa bujang dahulu. Kawannya  itu sekarang ini menjadi pengarah sebuah syarikat membuat filem. Baru saja balik dari luar negara setelah membuat penggambaran terakhir di sebuah tempat bernama Pha holy o thin.  Berulang kali video hitam putih yang tidak terkini dari segi teknologi itu diulang tayang sehingga Aku merasa bosan melihat minat baru tuanku itu. Apa yang menarik tentang video tanpa dailog  tu Aku pun tak tahu.  Itu yang membosankan.

Entah macam mana tuan ku berubah selera. Pagi-pagi lagi  telah bersiap dengan pakaian seperti orang hendak pergi tempat yang istimewa , tempat yang  ada peraturan berpakaian. Seluar panjang hitam, baju lengan panjang berwarna putih berkut pula, dan bertali leher. Hebat dan segak juga tuan ku ini.

Dipendekkan cerita, rupa-rupanya Aku berada di Parlimen. Wah disini Aku paling gemnbira dan ceria sekali. Tidak seperti semasa Aku dipasar malam dulu, bunyi hingar bingar dari suara penjual dan pembeli yang tawar menawar dan bau yang hanyir melekat dihidung. Tidak juga seperti dipasar raya dimana Aku tidak dipedulikan, sentiasa duduk dibelakang atau dibawah. Jauh berbeza dibandingkan semasa di hospital swasta dan dibank dimana Aku tidak langsung dihargai.

Di Parlimen, wah layanannya terlalu istimewa. Aku lihat Yang Di Pertua bukan main tegas sekali menjaga kedudukan ku. Tidak ada siapa yang berani mengecilkan kedudukan ku. Kalau nak  beri jalan kepada  yang lain untuk mendahului Aku, kena tanya Aku dulu. Ohhh seronoknya, Aku senyum bangga terasa diri hebat. Rupanya Aku ni ada harga, ada kedudukan dan ada martabat. Aku puji tuan ku yang membawa Aku kesini. Rasa-rasnya biarlah Aku duduk disini selama-lamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan