Kita memang biasa dengar ungkapan 'check and balance' apabila merujuk kepada perseimbangan diantara berbagai pihak dalam mengambil dan melaksanakan sesuatu tanggongjawab. Tiap-tiap satu diantara pihak-pihak yang berkaitan tidak akan boleh melampaui dari peranan, tugas dan kuasa yang dipertanggongjawabkan. Misalnya di Malaysia melalui konsep pengasingan kuasa diantara Eksekutif (kerajaan), Parlimen (Penggubal Undang-undang) dan Kehakiman (Judiciary). Dengan adanya konsep ini maka masing-masing pihak mempunyai peranan dan tugas masing-masing. Satu pihak itu tidak bolih mencampuri hal atau bidang kuasa pihak yang lain.
Sama juga seorang yang membuat siasatan tidak boleh diberi tugas untuk membuat dakwaan dan seterusnya ada pihak lain yang membuat penghakiman.
Itu adalah dari segi tiori dan konsepnya saja. Tetapi hakikatnya ia sesuatu yang jarang sepenuhnya berlaku. Dalam sesebuah negara dimana rakyatnya yang telah matang, berpengetahuan dan sedar akan hak dan tangongjawab, yang mempunyai sistem maklumatnya yang sempurna dan terbuka tanpa sekatan yang melampau, kosep pengasingan kuasa yang memudahkan pelaksanaan "check and balance" disemua peringkat, terutama diperingkat yang tertinggi sekali, adalah sesuatu yang menjadi amalan. Di negara yang tidak mengamalkan demokrasi atau sebuah negara yang diperintah oleh diktator walaupun melaksanakan sistem pilihanraya, konsep pengasingan kuasa ini tidak akan wujud seperti negara Mesir dibawah pemerintahan Hosni Mubarak dulu.
Apakah dinegara kita Malaysia konsep ini dilaksana atau diamalkan? Jawapannya bolih saja diantara ya dan tidak bergantung kepada tahap mana harapan kita mengenai pelaksanaan atau amalan konsep itu. Ertinya kita masih lagi bolih mempertingkatkan amalan atau pelaksanaannya selaras dengan wawasan kita untuk menjadi sebuah negara yang maju pada tahun 2020. Jika ianya tidak diamalkan dengan sebaiknya maka akan memberi kesan yang kurang baik atau negatif bukan saja kepada perkembangan dan kemajuan ekonomi negara bahkan kesejahteraan kehidupan warga kerana kegagalan pelaksanaan itu akan mencambahkan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan amalan yang tidak bertanggungjawab lagi tidak bermoral.
Sekiranya kita menaruh harapan yang tinggi dan benar-benar mahu menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju seperti yang kita cita-citakan, marilah bersama-sama berganding bahu menolak amalan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan segala perbuatan yang amat menjijikkan. Bagaimana caranya? Kita percaya anda yang bijaksana tahu caranya.
Cuma kita hendak tanya satu soalan, begini:
Ditakdirkan anda menjadi Perdana Menteri iaitu Ketua Eksekutif Negara yang secara otomatiknya menguasai Portfolio Projek Negara, apakah portfolio lain seperti yang disenaraikan di bawah ini yang anda perlu kuasai. Anda bolih memilih untuk tidak menambah portfolio atau pilih satu saja,
Portfolio Kewangan Negara
Portfolio Keselamatan Negara
Portfolio Pertahanan Negara
Portfolio Kebajikan dan Perpaduan Negara
Portfoli Ekonomi Negara.
Anda bolihlah buat pilihan atas pertimbangan tertentu. Kita pula ingin memberi pandangan iaitu kalau tidak mahu menambah portfolio, kuasa anda sama saja dengan menteri-menteri yang lain. Tidak ada makna jadi Perdana menteri. Susah nanti. Kalau memilih Portfolio Kewangan , anda mesti behati-hati kerana anda ada projek dan anda ada wang. Anda mesti ada integriti, kalau tidak susah kita semua nanti.
Kata Si Nabil pelawak kita tu "Lu pikirlah sendiri". Tapi dalam soal negara kena fikir betul-betul. Ingat 'check and balance'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan