Theflowersellingboy

Selasa, 12 April 2011

CERMIN dan MUKA

Setiap pagi semasa bersihkan gigi dan mulut, tidak pernah gagal berdiri dihadapan cermin
Sambil berkumur-kumur mata melihat wajah yang dapat diraba tapi tidak tahu bagaimana
kalau bukan cermin yang menayangkannya

Nampak gigi, bibir, pipi, dagu ,misai dan janggut malah nampak juga lidah jika dijelirkan, anak tekak apabila mulut dibuka luas menganga
Nampak telinga, dahi, kening dan rambut yang masih tumbuh diatasnya yang jelas warnanya
Rambut dikepala  yang masih ada, dan warnanya
mata bertentang mata, bulu mata pun ada
hidung ? Paling ketara
Apa itu semua ?
Ooohh  itulah MUKA

Bermula disini - MUKA
Dibaca, ditafsir diberikan erti bermacam makna
biar saja bersendirian, tambah sahaja di hadapan, di belakang, depan dan belakang dengan kata penuh atau suku kata -semua punya makna
MUKA, peMUKA, perMUKAan dan berMUKA-MUKA

Untuk berkenalan dan mengenal, pandang pertama- tengok muka
suka, benci, marah , sayang, meluat, selamba bersahaja, pura-pura- baca muka
surat pun ada muka, sama juga dengan air
kuih bagaimana? ada seri muka
Bayaran pendahuluan? Wang muka 
Tak nampak muka hidung- lama tak jumpa

Hendak cerita fasal perangai, tabiat dan kelakuan
tidak tahu malu kerana tebalnya, kalau selamba macam ikan sadin
ada yang mengaitkan tembuk, maknanya yang tiada jauh beza
jangan naik mua, mengada-ngada- jangan beri muka

Fasal cantik dan manis
ada seri muka,
Boleh juga merujuk sejenis kueh tradisi

Yang kehadapan mendahului, menonjol sifatnya, dialah-Pemuka
Tidak mendalam cuma melihat diatasnya saja,  tidak menyeluruh-pada Permukaan saja
Yang ini malang sekali, songsang sifatnya walau kelihatan tersusun cantik, beria-ia
 tapi hati tak serupa-bermuka-muka

Itulah dia MUKA
Berdirilah dihadapan CERMIN
Oooh begitu rupanya
tapi jangan jadi MUKA TOYE
sebab tak lama lagi PILIHAN RAYA
ROSAK BINASA-disebabkan MUKA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan