Tuan Pengerusi Yang Setia
Tuan-tuan Para Hadirin Sekalian
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana perjumpaan yang amat bersejarah lagi penting ini, iaitu perjumpaan yang tuan-tuan adakan bagi mengenang jasa dan budi diatas sumbangan kami dari sebuah kampong kecil bernama Phaholyothin yang tidak sepertinya yang telah sempat kumpulan kami taburkan sepanjang kami berada disini. Saya juga ingin menyampaikan salam dan pohon maaf serta ucapan terima kasih Ketua Kumpulan kami yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan yang telah ditentukan lebih awal.
Saya tidak bercadang untuk berucap panjang. Cuma satu perkara yang perlu saya perjelaskan ialah tentang sebutan nama kampong saya kerana telah banyak kali saya dengar disebut secara tidak betul terutama orang luar. Malah orang tempatan pun membuat sebutan yang salah. Saya akan mengeja nama kampong saya itu untuk memudahkan tuan-tuan menyebutnya dengan betul. Cuba dengar betul-betul: Pha....holy.......o.... thin. Hendaklah disebut dengan empat sukukata seperti yang saya ejakan tadi. 'Pha' maknanya dalam Bahasa Melayu ialah 'Tempat' ; holy maknanya 'Suci', sama dalam Bahasa Inggeris, mungkin orang kampong saya telah dipengaruhi oleh penjajah Inggeris; 'o' sama dengan perkataan 'yang' dalam Bahasa Melayu dan 'thin' pula jangan tuan-tuan kata nipis tapi 'kecil'. Sekarang saya sebut dan tuan-tuan dengar, Pha holy o thin.
Lagi sekali saya sebut, Pha holy o thin ertinya Tempat Suci Yang Kecil.
Sebagai tanda menghargai perjumpaan yang tuan-tuan adakan ini, kumpulan kami berkesempatan menyediakan video yang mengkesahkan cara hidup di kampong kami. Kami percaya ia akan memberi inspirasi kepada tuan-tuan semua untuk maju ke depan. InsyaAllah.
Akhir sekali sambutlah salam dari kami, Salam Pha holy o thin.
Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan