Anda ada anak yang baru dilahirkan atau menjaga cucu yang baru dilahirkan? Jika jawapannya ya, mari kita kongsi pengalaman.
1. Sebahagian besar anak yang baru dilahirkan akan dikesan menghidapi sakit kuning atau sekarang orang telah terbiasa dengan nama 'jaundice'. Rawatan yang selalu diberikan ialah dengan memberi minum air masak banyak-banyak dan juga susu. Tujuannya supaya anak itu banyak kencing dan dengan ini boleh menurunkan tahap sakit kuning itu.
2. Kalau sakitnya agak serious yang bacaan darahnya melebihi paras 14, biasanya akan dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan cahaya lampu. Biasanya rawatan itu paling berkesan.
3.Pada masa dulu sakit kuning ini tidak dianggap sakit yang serious. Ia sesuatu yang biasa terjadi kepada anak yang baru lahir. Rawatan yang di buat ialah menjemur anak pada sebelah pagi waktu matahari sedang naik lebih kurang pukul lapan dan sembilan. Inilah rawatan yang dilakukan dahulu. Sekarang ada juga tapi, jarang-jarang.
4. Sekarang ini ada orang yang promosi minum susu kambing. Tapi saya lebih yakin susu ibu lebih baik dari susu binatang seperti kambing.
5.Anak kecil itu juga terlalu sensitif kepada dunia barunya termasuk suhu panas dan sejuk. Oleh itu cuba elakkan penggunaan kipas yang melampau kelajuannya dan pakaikan pakaian seperti barut dan baju serta seluar yang panjang serta badannya sentiasa dibalut dengan kain untuk memberi kepanasan kepdanya. Ingat bahawa anak itu belum lagi membina lemak yang banyak, jadi mudah merasa sejuk. Cuba elakkan anak terlalu lama terdedah tanpa pakaian dan dalam hawa yang sejuk.
6. Jika selalu terdedah kemungkinan besar anak itu akan mengalami sakit perut. Sakit perut inilah yang membuatkan anak itu sentiasa menangis menggeliat.Satu lagi kemungkinan sakit perut ialah kesan dari susuan ibu yang dalam badannya banyak angin. Mungkin kepada orang muda perkara angin dalam badan dan masuk kedalam perut anak kecil itu melalui susuan ibu, adalah sesuatu yang dipersoalkan, tetapi pengalaman saya mendapati ianya adalah perkara yang benar. Pengalaman memberi tahu apabila susuan dari ibu seperti ini diberhentikan maka anak itu tidak lagi sakit perut.
7. Selain dari lama terdedah tanpa balutan pakain yang sempurna dan susuan dari ibu yang mempunyai banyak angin dalam badan, angin juga terdapat dalam badan anak itu disebabkan selepas mandi tidak dibuat tuaman. Banyak orang muda tidak tahu apa itu tuam. Tuam ialah cara mengeluarkan angin dari perut anak melalui aplikasi memanaskan perut anak termasuk di bahagian belakang, terutama di bahagian pusat dengan memanas atau melayurkan daun sireh kemudian dilekapkan dibahagian berkenaan dalam beberapa saat dan diulang-ulang beberapa kali sebelum dipakaik barut. Sebaik-baiknya disapu juga minyak angin yang lembut diperut, belakang, betis dan kaki sebelum dipakaikan pakaian yang lengkap.
8.Makanan ibu yang menyusu perlu dijaga, perlu berpantang. Elak memakan sayur atau bahan makanan yang sejuk-sejuk seperti sayur kangkong, bayam atau buah papaya. Orang dulu-dulu , zaman 60an kebawah sebahagian besarnya kuat berpantang. Makan ikan panggang saja. Tidak semua ikan yang dimakan. Ikan kembong memang dielakkan. Saya juga dapati bahawa ibu yang menyusu yang memakan yogurt boleh memberi kesan sakit perut kepada anak susuan. Tetapi saya tidak ada penjelasan yang saintifik, sekadar pemerhatian saja. Itulah yang dikatakan pengalaman.
9.Ibu yang menyusu mestilah mengambil makanan secara teratur dari segi waktunya untuk mengelak ruang perut di dahului oleh angin sebelum makanan.
10.Selain dari minyak untuk disapu diperut untuk merawat sakit perut, anda juga boleh memanaskan perut anak anda dengan cara menitikkan sedikit minyak angin itu ditapak tangan dan menggeselkan kedua tapak tangan sehingga panas dan lekapkan tapak tangan itu keperut anak terutama di bahagian pusat. Perkara ini telah di beritahu oleh kedai sengseh. Anda juga boleh dapatkan ubat sakit perut di kedai sengseh selain di farmasi.
11.Kunjungan dari saudara mara sahabat handai kawan taulan, jauh dan dekat untuk mengucap tahniah kehadiran orang baru dan tahniah kepada ibu dan bapa terutama ibu yang telah berjaya dan selamat melahirkan anak adalah satu tradisi yang mulia dan perlu diteruskan. Namun adalah diharapkan kunjungan tidak dibuat waktu senja atau maghrib atau disebelah malam. Selain mengganggu ibu yang bersalin untuk berihat, ada juga mempercayai hantu syaitan berkeliaran diwaktu itu dan mengikuti sama para pengunjung itu. Lalu mengambil peluang mengganggu anak yang baru lahir itu dengan wajah yang menakutkan.Ini menyebabkan anak itu menangis, dan kadang-kadang sepanjang malam. Kerana ada yang berpendapat, anak itu boleh melihat hantu syaitan walaupun anak itu tidak boleh melihat kita. Saya percaya? Jawabnya percaya tetapi susah untuk dibukti atau diterangkan. Hanya pengalaman meyakinkan saya. Sebab itu saya sentiasa membaca ayat Kursi sebagai satu cara untuk meredakan tangisan anak. Kadang-kadang ank itu reda tangisannya. Kadang-kadang terus menangis juga. Tapi saya tetap percaya dengan bacaan itu.
Untuk tujuan kunjungan ini adalah lebeh sesuai kunjungan itu di pendekkan masa bualannya dan tidak dibuat menjelang senja.
Sama ada semuanya benar, separuh benar atau semua tidak benar bukan itu mesej saya.
Mesej saya ialah apabila anak kecil itu menangis, itu adalah suara hatinya memberitahu sesuatu. Kalau berpanjangan, ada yang tidak kena: mungkin lapar hendakkan susu; minta dibersihkan kerana kencing atau berak; perut tidak sedap atau sakit; diganggu hantu syaitan. Dan bukan anak itu menangis kerana ianya perkara biasa kepada mereka. Sebenarnya mereka memberitahu kita, belai dan rawatlah mereka segera dengan penuh sabar dan kasih sayang.
Mesej kedua saya ialah jangan memandang sepi cara yang telah dilakukan oleh orang dulu-dulu walaupun mereka tidak ada atau kurang dengan ilmu dan pengetahuan modern. Mereka memerhati dan mereka sentiasa berusaha mencari jalan dan kaedah untuk merawat anak mereka. Kadang-kadang melalui 'trial and error' mereka terjumpa dengan kaedah yang sesuai lagi yang mujarrab.
Itulah saja yang dapat saya kongsikan. Anda fikir dan timbang dulu sebelum mencubanya. Yang mustahak dua mesej yang hendak saya sampaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan