Theflowersellingboy

Isnin, 20 Mei 2013

TIADA AIR MATA MENGIRINGI MU (buat Adam Adli)







SYABAS ANAKKU
DOA AYAH MU INI 
DOA IBU MU  INI
SENTIASA MENGIRINGI MU
SEBAGAI PENDINDING 
MENGENTALKAN SEMANGAT PERJUANGAN  MU
 
SESUNGGUHNYA AYAH 
DAN IBU MU
TIDAK MENGIRIM AIR MATA UNTUK MU
  
DULU, CERITA DULU
AYAH DAN IBU MU
JUGA BEGITU
DIKEJAR DIHAMBAT
ORANG YANG BERWAJAH SAMA
MAKA BERTEMPIARAN KAMI 
TAPAK KAKI TIDAK MENJEJAK BUMI
LARI...........
 
AYAH JATUH
IBU MU PUN JATUH
KAMI CEDERA LUKA
PARUTNYA MASIH ADA
 
KAU MENYAMBUNG CERITA KAMI
LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI
 
TAPI BEZANYA
KAU ANAKKU
TIDAK UNDUR BARANG SELANGKAH
KAU MAJU DAN BERTAHAN 
 
TERUSKANLAH ANAKKU
PERJUANGANMU YANG MULIA ITU       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan