Theflowersellingboy

Khamis, 9 Mei 2013

SOALAN UNTUK PELAJAR UPSR, PMR, SPM/SPVM, MATRIKULASI, STP, DIPLOMA (Kumpulan A); IJAZAH PERTAMA. SARJANA dan DOKTOR FALSAFAH (KumpulanB)

ARAHAN: Baca kenyataan yang dibawah ini dengan teliti. Hanya ada satu soalan saja. Tempoh menjawab soalan adalah selama 5 tahun dari tarikh 05052013  atau pada tarikh pilihanraya akan datang yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri yang mana lebih awal. Oleh itu anda hendaklah sentiasa bertenang dan jangan gopoh. Jangan ikut emosi dan nafsu imarah.


Kenyataan:

Pada 05052013 Malaysia telah mengadakan Pilihanraya Umum yang ke 13 bagi memilih parti yang berhak untuk menubuhkan kerajaan berdasarkan kemenangan majoriti. SPR iaitu pihak yang menguruskan PRU itu yang telah bekerja bertungkus lumus bagi menguruskan pilihanraya itu akhirnya telah mengistiharkan parti BN memenangi sebanyak 133 kerusi parlimen mengatasi PR yang memperolehi sebanyak 89 kerusi parlimen. Bagaimanapun PR mendapat majoriti pengundi yang lebih dari BN. 

Mengikut amalan demokrasi, parti yang menang majoriti itu adalah layak untuk membentuk kerajaan dan seorang dari mereka yang menang itu akan dilantik mengetuai kerajaan itu misalnya sebagai Perdana Menteri. 

Sehingga ke pilihanraya 12 parti BN telah berjaya memenangi pilihanraya. Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN secara otomatik telah mencadangkan namanya untuk diperkenankan oleh Yang DiPertuanAgong menjadi  Perdana Menteri.

Adalah juga diperingatkan bahawa menurut Perkara 40 2(a) Perlembagaan Persekutuan Yang DiPertuan Agung mempunyai kuasa untuk melantik dari kalangan ahli dewan rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.

Soalan:

Berdasarkan prinsip majoriti dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Parti mana yang layak membentuk kerajaan dan ahli nya dilantik menjadi Perdana Menteri.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Pelajar Kumpulan A: BN ke PR
Pelajar Kumpulan B: Najib ke Anwar

Penyelia Peperiksaan: Jangan bising. 5 tahun lagi.       
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan