Theflowersellingboy

Selasa, 14 Mei 2013

Surat Berantai: Apakah Hukumnya Jika Kita Percaya Dengan Kesan Mengedar atau Tidak Mengedarkannya?

Saya berdiri diatas tangga dipintu masuk sebuah pasar basah. Tiba-tiba seorang lelaki dalam jangkaan umur 40an memberikan kepada saya sekeping kertas bersaiz A4. Ia meminta supaya membaca apa yang tertulis diatas kertas itu. Kemudian dia terus mengedar surat/kertas itu kepada sesiapa yang ditemui didalam pasar itu.
 
Saya membaca isi kandungan surat itu. Setelah membaca dalam beberapa baris maka saya faham akan isi kandungan dan maksud surat itu. Surat seperti ini bukan kali pertama saya terima dan baca. Saya percaya orang lain pun telah biasa dengan surat seperti ini.
 
Pada tahun-yahun 60an semasa bersekolah dulu surat seperti ini juga telah pernah saya terima dan baca. Ada kawan-kawan yang mengambil berat tentang apa yang dikisahkan dalam surat itu dan melakuakn apa yang diminta. Saya hanya membaca saja dan tidak memberi perhatian yang berat serta tidak melakukan apa yang diminta.
 
Seperti surat yang pernah saya baca pada tahun-tahun 60an dulu, cerita nya sama saja iaitu seseorang yang bermimpi bertemu dengan Rasullullah. Lantas diseru melakukan perintah Allah  seperti solat , puasa, zakat , menuani haji dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Akhir zaman sudah dekat.
 
Apa yang dinyatakan dalam surat itu adalah sesuatu yang memang diajar oleh Islam. Dan sepatutnya kita melakukan sama ada kita dapat surat seperti ini atau sebaliknya. Jadi saya menganggapkan isi kandungannya sebagai mengingatkan kita, dan kita wajar melakukan dan kita ingatkan sesama kita.
 
Cuma saya dapati sesuatu yang tidak kena apabila surat itu menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengedarkan kepada orang lain apa yang ternyata dalam surat itu dalam 20 salinan orang itu akan ditimpa kemalangan dengan memberi beberapa contoh. Dan jika melakukan apa yang diminta oleh surat itu orang itu dapat pahala dan dikurniakan kebahagian/kesenangan .
 
Benarkah begitu? Apa hukumnya jika kita percaya dakwaan seperti itu?
     
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan