Theflowersellingboy

Rabu, 8 Mei 2013

KECEWA DAN SEDIH KESAN DARI KEPUTUSAN PILIHANRAYA.






1. BN secara rasminya telah diistiharkan menang oleh SPR iaitu pihak berkuasa yang diberikan AMANAH untuk menguruskan pilihanraya di Malaysia. BN menang 133 kawasan Parlimen berbanding 89 kawasan Parlimen yang dimenangi oleh PR.

Maknanya BN layak menghantar wakilnya ke Parlimen seramai 133 orang dan PR hanya 89 orang

Maknanya juga BN menang majoriti dari segi kawasan pilihanraya parlimen dan dengan itu layak menubuhkan kerajaan.

2. Bilangan pengundi yang mengundi PR melebihi dari yang diperolehi oleh BN

Maknanya PR mendapat suara majoriti.

Tetapi ianya tidak bermakna PR boleh membentuk kerajaan.

3. Di Malaysia faktor kritikal yang menjadi penentuan bagi mana-mana parti yang bertanding layak dan berhak membentuk kerajaan ialah dengan memenangi kerusi dan bukan mendapat undi majoriti rakyat.

Amalan ini telah digunapakai semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan.

4. Nampak, terdapat percanggahan dalam amalan demokrasi. Maka tidak menghairankan kalau banyak hal dan perkara yang dilakukan oleh pihak yang diberi amanah untuk menguruskan pilihanraya tidak memenuhi kehendak, prinsip dan matlamat demokrasi itu sendiri. 

5. Ini adalah demokrasi 'acuan Malaysia', kata setengah pihak dalam mempertahankan cara gaya demokrasi itu dilaksanakan. Cuma pihak itu tidak pernah meminta izin dari rakyat Malaysia tentang penggunaan 'acuan Malaysia' itu. Ertinya amalan demokrasi itu adalah 'acuan pihak itu sendiri', bukan acuan Malaysia.

Apa yang dinyatakan dari 1 hingga 5 itu membuatkan saya rasa kecewa tapi bukan sedih.

Saya sedih adalah disebabkan lambaian selamat tinggal dari anak, menantu dan cucu meninggalkan saya dan isteri untuk kembali ke rumah masing-masing di Ampang dan Putra Jaya.

Sebelum berlangsungnya pilihanraya dan sebelum keputusanpilihanraya diumumkan, kami suami isteri telah merancang untuk kerap berkunjung dan tidur di rumah mereka secara bergilir-gilir sekurang-kurangnya 2 kali sebulan selama 4 hari bagi setiap kunjungan.

Perancangan yang kami buat itu adalah dengan mengandaikan bahawa PR akan menang kerana kami akan dapat:

i) membeli harga minyak yang murah

ii) tidak membayar tol

iii) tidak terperangkap saman AES sebanyak RM300.00 satu saman

iv) menukar kereta baru bagi menggantikan kereta tua kami yang sudah berusia lebih 22 tahun kerana harga kereta akan diturunkan.

v) adik beradik kami yang berhutang dengan PTPTN tidak akan datang berjumpa kami untuk memohon bantuan kewangan bagi membantu mereka membayar hutang itu

Sebab itulah kami terlalu teruja untuk memberi kemenangan kepada PR yang menjanjikan perkara-perkara yang menjadi harapan kami. Dukacita sekali PR telah kecundang. Kecundang bukan kerana tidak mendapat sokongan majoriti tetapi atas sebab pengurusan pilihanraya yang tidak teratur dan berat sebelah.

PR kalah kami kecewa kerana kami tidaklah dapat meneruskan apa yang telah kami rancangkan iaitu antara yang penting ialah mengunjungi rumah anak-anak dan cucu-cucu kami yang dikasihi. Maka ianya sedikit sebanyak merenggang dan mengurangkan kemesraan diantara kami.

Sebab itulah lambaian selamat tinggal mereka sungguh menyedihkan, dan hiba sekali hanay kerana BN telah diistiharkan sebagai parti yang memenangi PRU 13 yang tidak menjanjikan perkara-perkara diatas.

BN pula antara lain menjanjikan GST- cukai barangan dan perkhidmatan. Semua kena cukai. PARAH lagi hidup ini. Terseksa jadinya. Nak ke Ampang dan nak ke Putra Jaya tengok cucu, kena fikir banyak kali.    

 
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan