Theflowersellingboy

Rabu, 8 Mei 2013

Mari Kita Orang Melayu Buat Jahat Sebab Orang Tidak Akan Nampak Atau Sengaja Tidak Mahu Nampak Kerana Kita Boleh Menyorok DiBelakang Melayu dan Islam



Benarkah dalam hati kecil orang Melayu yang beragama Islam, bersetuju dan percaya bahawa melakukan yang mungkar, yang jahat dan keji, yang dilarang dan dikutuk oleh Islam dan yang tidak diajar dalam akhlak dan moral budaya Melayu adalah tidak salah?

Soalan ini bagi menjawab tajuk yang dipaparkan diatas yang menyeru supaya  orang Melayu beragama Islam melakukan kejahatan kerana percaya orang tidak akan nampak atau buat-buat tidak nampak kerana kedurjanaan itu dilakukan oleh  orang Melayu dan beragama Islam.

Secara mudahnya: Jika yang melakukan kedurjanaan itu adalah orang Melayu keatas orang Melayu lain, apatah lagi keatas orang bukan Melayu, demi dianya (orang Melayu yang jahat itu) orang Melayu beragama Islam maka kita boleh terima dan mengatakan tidak mengapa.

Contoh: 

Jika seorang Melayu beragama Islam menceroboh rumah orang Melayu lain dan merompak malah membunuh anak orang Melayu lain itu, dan perbuatan orang Melayu yang jahat itu telah disaksikan oleh orang Cina lalu menangkap orang Melayu yang melakukan pembunuhan itu, orang Melayu yang harta dirompak dan anaknya kena bunuh itu, dengan rela melepaskan orang Melayu yang jahat itu semata-mata kerana orang itu berbangsa Melayu beragama Islam. Tambah-tambah lagi yang menyaksi perbuatan itu dan menangkap orang Melayu yang jahat itu adalah orang Cina kafir dari parti DAP.

Soalan ini adalah soalan PRU 13. Jawapannya sudah pun diberi. BN menang kerana orang Melayu percaya dan terpedaya dengan ajakan seperti tajuk diatas.

"MARI KITA ORANG MELAYU BUAT JAHAT SEBAB ORANG TIDAK AKAN NAMPAK atau SENGAJA TIDAK MAHU NAMPAK  KERANA KITA BOLEH MENYOROK DIBELAKANG MELAYU dan ISLAM: 

Apa sebenarnya yang berlaku dan diketahui oleh rakyat Malaysia termasuk orang Melayu sepanjang UMNO/BN menguasai kerajaan.

Bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu tahu kerajaan pimpinan UMNO/BN telah berlaku/melakukan:

 i) Zalim terhadap orang yang tidak bersetuju dengan pemerintah.

ii) Perlakuan berbagai salah laku dan pecah amanah oleh pemimpin termasuk bekas pemimpin dan mereka yang diberi kuasa serta yang berdekatan dengan pemimpin. Antaranya  melakukan:

a) jenayah rasuah, jenayah kemanusiaan yang melibatkan nyawa,  

b) salah guna kuasa dengan mencampuri serta mempengaruhi bidangkuasa institusi/agensi yang diluar dari kuasa yang diamanahkan bertujuan untuk kepentingan diri/parti.

c) pembaziran dan pemborosan khazanah negara untuk kepentingan diri, keluarga dan yang bersekongkol, 

d) penipuan dan pembohongan, 

e) menyubur dan menggalakkan budaya fitnah, 

f) menggunakan cara kotor dan terkutuk untuk mengaibkan keperibadian seseorang melalui pembikinan, penyiaran, penyebaran dan penayangan filem/video lucah yang mengaitkan seseorang yang hendak diaibkan, 

g) membenar dan membiarkan aktiviti pengaliran keluar wang haram.      

Perbuatan itu adalah perbuatan yang terkutuk dan dikutuk oleh mana-mana peradaban manusia, mana-mana ajaran agama dan mana-mana tradisi dan budaya bangsa.

Tapi masih lagi ramai orang Melayu yang boleh diperdayakan dan terus percaya dengan hanya menyorok di belakang jenama Melayu dan Islam. Maka yang jelas nampak dik mata dan yang terkesan dihati bahawa perbuatan itu adalah salah dari segi ukuran nilai budaya Melayu  dan nilai serta hukum agama Islam.

"Bahawa kita lakukan demi bangsa Melayu yang berpekerti santun dan lembut ini, dan demi agama Islam yang suci". 

Itulah sumpah dan ikrar pemimpin yang sentiasa dilaung-laungkan untuk makanan halwa telinga orang Melayu dan Islam. Sedangkan orang Melayu itu tahu apa yang berlaku dan dilakukan oleh pemimpin yang telah diberi kuasa itu seperti yang dinyatakan diatas, perbuatan keji.

Maka orang Melayu itu mudah saja yakin dan percaya akan sumpah ikrar yang telah ditanam dan disuburkan begitu lama sehingga mereka merelakan diri dan bangsa terkorban semata-mata terlalu taksub dengan sumpah ikrar yang mereka dakwa sebagai sumpah ikrar yang keramat.

Maka keputusan PRU ini juga digunakan diperingkat paling optima bagi mempengaruhi minda dan fikiran orang Melayu bahawa telah berlaku 'tsunami Cina. 

Atau dalam bahasa yang mudah, DAP yang didakwanya parti perkauman Cina telah mendapat kemenangan yang mengatasi calun PAS dan calun Melayu PKR dalam gabungan PR.

Mesej yang hendak disampaikan kepada orang Melayu adalah paling jelas sekali bahawa PR dikuasai oleh DAP. Orang Cina menguasai orang Melayu dalam PR. Maka kedudukan orang Melayu akan tergugat sekiranya PR yang dipilih sebagai pemerintah.

"Maka dengan itu kerjasama antara PAS dan orang Melayu dalam PKR dengan DAP adalah salah dan mengkhianati kedudukan dan kepentingan orang Melayu". Begitulah jarum yang penuh beracun disuntik kedalam minda dan fikiran orang Melayu.

Suntikan itu tidak baik kepada orang Melayu dan tidak baik juga kepada orang bukan Melayu rakyat Malaysia. 

Tapi orang Melayu itu masih yakin dengan sumpah dan ikrar keramat pemimpin yang sentiasa menipu sehingga orang Melayu jadi keliru kerana pemimpin mereka bukan saja sentiasa menyorok diri sendiri bahkan mengajak sama orang Melayu untuk menyorok di belakang jenama Melayu dan Islam.

Jika benar-benar orang Melayu khususnya orang Melayu UMNO termasuk pemimpin-pemimpinnya sayang kepada orang Melayu mengapa mereka tidak saja mengundi memberi kemenangan kepada calun PAS dan calun Melayu PKR yang berlawan dengan calun bukan Melayu dari MCA, GERAKAN dan MIC pada PRU ini? 

Adakah kerana calun itu calun PAS dan PKR?   

Jika itulah alasannya maka mana Melayunya orang yang mengundi calun bukan Melayu? 

Adakah mereka lebih percaya kepada calun bukan Melayu dari MCA, MIC dan Gerakan dari calun PAS dan calun Melayu PKR?

Adakah juga mereka lebih percaya calun MCA, MIC dan Gerakan lebih Melayu dan Islamnya berbanding dengan calun PAS dan calun Melayu PKR?

Kalau mereka percaya begitu, mengapa pula mereka sentiasa mempersoalkan kerjasama diantara PAS dan PKR dengan DAP sehingga menuduh ianya boleh membahayakan kedudukan Melayu dan Islam?

Dan mengapa pula mereka tidak mempersoalkan kesatuan dalam satu barisan yang sama diantara UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan berbagai parti di Sabah dan Sarawak yang tidak semuanya Melayu dan Islam?

PRU ini juga membuktikan bahawa ikrar dan sumpah mereka itu demi Melayu dan Islam sebenarnya satu pembohongan yang amat dahsyat sekali.

Lihat dengan mata hati akan fakta dibawah ini:

Simpang Renggam
Melayu 56% Cina 33%
PAS vs Gerakan
Menang: Gerakan.

Kahang
Melayu 74% Cina 21%
PKR (calun Melayu) vs MIC
Menang: MIC

Permas
Melayu 56% Cina 39%
PAS vs Gerakan
Menang: Gerakan
      
Jika sayang Melayu, jika sayang Islam, jika mahukan perpaduan Melayu, dan jika mahu memperkuatkan Islam kenapa orang Melayu yang majoriti dikawasan-kawasan yang dinyatakan diatas tidak memberi kemenangan kepada calun Melayu? 

Adakah orang Melayu lebih percaya bahawa calun Gerakan dan MIC itu adalah lebih baik Islamnya dan kuat jiwa Melayunya berbanding dengan orang Melayu PAS dan PKR?

Kalaulah begitu kepercayaan orang Melayu maka kenapa pula mereka mempersoalkan kerjasama diantara PAS, PKR dan DAP atas alasan boleh mengancam kedudukan Melayu?

Sebenarnya orang Melayu seperti itu tidak mempunyai sumber maklumat dari berbagai pihak. Mereka sentiasa disuapkan dengan maklumat yang salah  dari media kepunyaan UMNO/BN yang bermaharajalela.

Namun mereka yang ada maklumat tentang salah laku pimpinan UMNO/BN masih lagi merelakan diri untuk percaya dan melakukan bersama pembohongan dan penipuan semata-mata mereka yakin bahawa mereka tidak akan nampak untuk dilihat atau ada pihak yang buat-buat tidak nampak kerana mereka ini boleh menyorok dibelakang jenama Melayu dan Islam.

Sesungguhnya perbuatan  sebahagian golongan Melayu yang beragama Islam ini  telah secara terang mencemarkan bangsa Melayu itu sendiri dan agama Islam yang maha suci.

"Rompak dan bunuhlah anak saya kerana saya rela melepaskan kamu kerana yang menyaksi dan menangkap perompak itu adalah orang Melayu bukan UMNO yang bekerjasama dengan orang Cina DAP yang kafir dan bukan dengan orang MCA atau MIC dan geng-geng yang lain dalam satu BARISAN NASIONAL".

Itulah kepercayaan orang Melayu terutamanya ahli UMNO yang menterjemahkan kepercayaan mereka dalam bentuk undi mereka dalam PRU ke 13 ini. Lalu orang jenis inilah yang diberi amanah untuk menerajui Malaysia.      
  
   
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan