Theflowersellingboy

Sabtu, 11 Mei 2013

Merapu Selepas Pilihanraya






Saya dah penat, letih  asyik-asyik cerita pasal PRU 13. BN menang pulak tu. 
 
Tak dapatlah nak tukar kereta baru. Pakailah kereta tua yang dah boleh masuk mengundi. Kalau BN dapat kereta saya ni sudah tentu boleh tambah undi BN. Sebab BN tak kisah, apa dan siapa saja yang mahu sokong dan undi BN, BN sangat-sangat mengalu-alukan. Kemboja ke, Indon ke, Bangla ke, Filipina ke waemah binatang-binatang liar dan jinak jika sudi undi BN , BN amat berbesar hati. Yang penting menang. 
 
Harga kereta tak turun macam mana nak tukar kereta baru. Pakailah kereta tua  yang kuat makan minyak tu. Harga minyak pulak tak turun. Parah. 
 
Tapi tak apa. Kereta tua tak boleh lari laju. Dapat juga saya mengelak dari kena saman AES. Satu saman AES, tiga ratus. Kalau pakai kereta baru tak kan nak lari 110 km/sj, rugilah beli kereta baru. Mesti lari laju.
 
Itulah hikmahnya BN menang. Saya tak risau tentang AES.
 
Tapi tol masih lagi kena bayar. Pergi KL nak jumpa anak dan cucu pergi balik mesti ada kurang lebih lima puluh ringgit. Tuang minyak sampai penuh tangki kereta, seratus sepuluh ringgit. Itu untuk perjalanan pergi balik dari rumah ke rumah anak. Tak boleh menyimpang pergi shopping ke Sogo atau nak bersiar-siar lawat bandaraya KL. Kalau jem, matilah saya. Kena isi minyak lagi. Aduh, sakitnya hati minyak tak turun. Tu lah pasal apa tak undi PR. Tak bijak sungguh rakyat Malaysia ni.
 
Salah tu. Bukan rakyat Malaysia tak bijak. Mereka bijak dan bistari. Mereka ada maruah diri. Tak mahu yang percuma. Malulah dapat percuma. Mereka kata 'jangan tanya apa sumbangan kerajaan kepada rakyat, tapi tanya dulu apa sumbangan kita kepada kerajaan'. 
 
Betul juga kata-kata itu. Rakyat mesti memberi sumbangan kepada negara. Misalnya apa salah bayar harga barang yang lebih. Harga barang naik tu perkara biasa. Harga barang di Singapura lagi tinggi. Harga minyakjauh lebih tinggi dari Malaysia. Apa pasal nak marah BNnaikkan harga.
  
Cukai mesti bayar kalau tidak macam mana negara boleh dibangunkan. Kalau ada cukai baru misalnya GST yang BN janji nak kenakan selepas pilihanraya, rakyat wajar bayar. Sebab kita pakai barang dan guna perkhidmatan, kenalah bayar. Takkan nak percuma.
 
Betul juga kata BN tu. Takkan nak percuma. Tol percuma dan nak belajar dapat ilmu pun nak percuma. Jadi mana ada kesungguhan untuk buat kerja lebih kuat. Semua percuma, otak subsidi betul orang PR  ni. Ikutlah contoh orang BN, berkorban apa saja untuk bangsa, agama dan negara dari dulu, kini dan selama-lamanya.
 
Kalau kena saman AES, bayar saja jangan banyak komplen. AES tu untuk mencegah kemalangan.   
 
Lagipun BN dah banyak tolong rakyat. Berapa kali dah BN beri BR1M. Bilion duit dah diberi kepada rakyat. Cuba lihat rakyat berbaris panjang untuk nak dapat BR1M lima ratus ringgit. Itu tandanya BN sayangkan rakyat. Rakyat kenalah sayang BN. Orang berbudi kita berbahasa, BN memberi rakyat merasa.
 
PR saja yang tak nampak perkara ini. Asyik-asyik nak hapus tol, nak turun harga minyak, nak beri pelajaran percuma, nak turun harga kereta, nak hapus hutang PTPTN. Rosak dan bengkerap negara. 
 
Tengok BN, dengan berbagai transformasi. Semuanya nak menolong rakyat. BN sanggup berhutang walaupun hutang itu sudah sampai had bumbung yang dibenarkan, semata-mata demi rakyat. Kalau ada beberapa orang dapat projek dan konsessi kerajaan BN, rakyat jangan buat bising. Orang-orang tu ada keupayaan dan kepakaran. Tak kan nak beri pada orang kampong. Orang kampong dapat BR1M, cukuplah. Bersyukurlah. Redhalah apa yang kita dapat.
 
Waduhhhh rupanya saya telah diasuk oleh PR sehingga tidak menerima kemenangan BN dalam PRU 13 ni. Mengapalah saya tidak ada sifat redha akan ketentuan Allah. Sekarang saya mesti redha apa yang telah ditentukan. Kena bayar tol saya mesti redha. Harga kereta mahal, kena redha. Minyak mahal, redha juga. Anak yang kena bayar hutang PTPTN, kena bayar, mesti redha. 
 
Apa lagi?
 
PRU yang menipu?  
Kerajaan yang rasuah?
Kerajaan yang tidak amanah?
Kerajaan yang merompak khazanah negara?
Kerajaan yang menipu rakyat?
Dan kerajaan yang punya macam-macam perangai tak senonoh?
 
Kerajaan jenama apa yang buat macam tu ya?
 
Entahlah. Tanya PR, dia ada jawapan. Saya sebenarnya dah letih dan penat. Asyik-asyik cerita pasal PRU yang dibuat secara menipu. Kereta tua saya pun nak dijadikan pengundi. Kalau harga minyak turun okey juga. Ambillah kereta tua tu sebab saya boleh belik kereta baru. PR janji nak turun harga. 
 
Siapa menang ni. BN ke PR?   
 
 
  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan