Gambar Hiasan: Sumber dari Cozay Group
Kita Belum Lagi Seperti Ini
1.1 Cara hidup bergaya sebelumnya seperti mempunyai sebuah motorsikal berkuasa kuda 150 c.c tidak boleh diteruskan lagi kerana harga minyak telah naik dan dijangka akan naik lagi. Lupakan hasrat hendak beli sebuah kancil atau yang setaraf dengannya kerana anda tidak akan mampu membeli minyak yang sentiasa meningkat, membuat penyelenggaraan atau membayar tol yang begitu banyak menyekat perjalanan anda. Naik pengangkutan awam kalau anda berhasrat untuk balik ke kampong menjengok ibubapa walaupun pengangkutan itu harganya pun meningkat sama tidak setanding dengan khidmat yang ditawarkan.
1.2 Lupakan hasrat anda untuk bercuti membawa anak-anak melawat zoo atau balik ke kampong menjengok ibubapa dan saudara mara.
1.3 Tidak perlu selalu pergi ke warung untuk makan tengah hari pada waktu rihat. Bawa bekalan sekadar mengalas perut untuk kurangkan belanja.
1.4 Ikut nasihat Kerajaan supaya kurangkan pengambilan gula kerana gula itu racun penyebab kencing manis.
1.5 Kurangkan makanan berlemak dan berminyak seperti nasi lemak dan roti canai dan yang lain-lainya untuk mengelakkan bertambahnya kolestoral yang boleh menyempitkan saluran darah sehingga membuatkan jantung terpaksa bekerja kuat mengepam darah akibatnya anda akan kena sakit jantung atau darah tinggi.
1.6 Yang lebih baik jangan gunakan minyak semasa menggoring atau menumis . Masak secara merebus saja. Bagaimanapun jangan guna air yang banyak kerana penggunaan air yang banyak akan meningkatkan bil air anda.
1.7 Peti ais , tv, kipas, mesin basuh, seterika letrik dan apa saja yang memerlukan arus letrik bagi alat-alat tersebut berfungsi hendaklah digunakan berdikit-dikit. Ertinya swis peti ais hendaklah ditutup apabila didapati sudah sejuk dan dibuka semula apabila sejuknya telah tiada. Begitu juga yang lain-lain seperti menonton tv hendaklah dikurangkan atau lupakan saja kerana ianya tidak memberi banyak faedah malah boleh menambah dosa kering. Walaupun cuaca negara panas dan anda perlu berihat selepas letih bekerja, gunakan kertas surat khabar untuk mengipas mendinginkan badan. Tiba masanya anda meletakkan baju atau pakaian yang lain di bawah bantal untuk dihimpit semasa tidur sebagai ganti seterika letrik. Basuhlah pakaian seperti pernah anda buat semasa dulu, jangan guna mesin basuh. Jangan juga pasang alat penghawa dingin walaupun anda boleh berangan-angan kerana angan-angan tidak menambahkan penggunaan arus letrik. Kalau anda berjaya berbuat demikian seperti yang dinyatakan anda berkemungkinan tidak termasuk dalam golongan yang akan dikenakan kenaikan 7 setengah peratus seperti yang diumumkan. Berhenti dari melanggan astro kalau anda sedang berbuat demikian.
1.8 Lupakan hasrat anda untuk mendapatkan talian internet jika belum berbuat demikian. Kalau sudah ada anda jangan buat bayaran bulanan kerana mereka akan buat potongan. Tidak perlu ada handphone kerana dulu pun anda tidak mempunyai handphone, hidup juga.
1.9 Anda tanam sayur-sayuran seperti yang dinasihat oleh pimpinan. Kalau anda tiada kawasan untuk bercucuk tanam gunakan botol air mineral (boleh dikutip ditong sampah atau dimana-mana kerana ramai orang suka buang ikut nafsu masing-masing) , dipotong setengah dan masukkan tanah (korek dimana-mana, jangan beli) dan semailah biji cili gerenti tumbuh.
1.10 Biasakan anak anda pergi sekolah berjalan kaki kerana anda dulu pun macam itu. Anggota badan bertambah sihat tidak perlu makan supplement atau pergi ke gym. Bekalkan makanan seperti lempeng kering yang tidak berminyak dan air masak untuk mengalas perut anak anda sebagai ganti wang untuk membeli makanan..
1.11 Beli baju dan seluar anak yang besar sedikit dari saiznya untuk dapat dipakai lebih lama lagi. Mulakan tabiat menampal baju atau pakaian yang telah koyak dan jangan rasa malu. Cuba anda lihat pakaian compang camping , koyak rabak , terbuka sana dan sini sudah diterima masyarakat. Anda tidak demikian, cuma tampal saja.
1.13 Amalkan berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis tetapi waktu berbuka dan bersahur makan seadanya saja sesuai seperti yang dituntut oleh agama. Pahala dapat , kurang belanja.
2. Mereka yang bekerja sendiri misalnya peniaga warung makanan, pengusaha kantin sekolah dan yang setaraf dengannya yang pendapatan hampir bersamaan dengan pekerja rendah bergaji tetap juga mesti bersedia untuk menyesuaikan perbelanjaan kerana pendapatan anda akan berkurangan kerana pelanggan anda akan berkurangan kerana mereka juga terpaksa menyesuaikan perbelanjaan. Mereka hanya akan berbelanja sekadar cukup mengalas perut saja. Anda juga perlu mengamalkan RUH seperti diatas.
3. Mereka yang berpendapatan sederhana dan sederhana tinggi dan tidak banyak mempunyai berbagai kemudahan yang disediakan oleh majikan atau tidak mempunyai peluang yang luas terbuka untuk mendapat sumber pendapatan tambahan juga wajar mengamalkan satu dua RUH diatas supaya anda tidak akan jatuh ke taraf pekerja bergaji rendah atau pengusaha warung makanan.
4. Mereka yang kaya berpendapatan tinggi yang mempunyai berbagai kemudahan dan keistimewaan yang disediakan majikan termasuk yang dibenarkan oleh Peraturan Pentadbiran dan undang-undang dibawah berbagai Akta dan Enakmen/Ordinan diminta amalkan juga RUH sedemikian supaya dapat juga merasakan suasana kehidupan mereka misalnya tidak pergi bercuti membawa anak melawat zoo. Mungkin anda akan merasa kegelisahan kerana tidak berpeluang melihat monyet di zoo kerana anda mengamalkan salah satu rukun hidup diatas. Jika demikian bermurah hatilah kepada mereka, hulurlah sedikit kekayaan anda kepada mereka bukan dari wang anda tetapi dari keupayaan anda yang telah diamanhkan kuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan