Theflowersellingboy

Sabtu, 11 Jun 2011

Lirik Dodoian Anak Untuk Tidur

Anak-anak kecil terutama yang baru lahir menangis atas tiga sebab iaitu merasa lapar, tidak selesa kerana sakit perut, kencing atau berak, dan hendak tidur. Kalau lapar diberikan susu. Kalau tidak selesa seperti sakit perut sapukan minyak angin atau dituam perutnya; bersih dan cuci punggung dan kawasan yang kotor apabila kencing dan berak dan ditukar pakaian. Kalau hendak tidur maka dodoikan dengan nyanyian yang boleh melenakannya.

Cuba llirik-lirik ini untuk tidurkan anak atau  cucu. InshaAllah seminit dua akan lena tidur. Kita pun boleh buat kerja lain atau tidur sama.

Katakan nama anak kita itu Yousef atau Naqib maka nyanyikan begini,

Yousef budak baik
Rajin sembahyang
Yousef budak cantik
Mama papa sayang

dan

Naqib budak baik
Suka makan betik
Jalan ulang alik
Pakai baju batik

Anda semua rekalah melody sendiri. . Hari ini cuba mulakan . OK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan