BN dan PR adalah 'mutually exclusive'. Memilih salah satunya bermaksud menyingkirkan yang satu lagi.
Jika kita hendak melabur dalam projek yang bersifat 'mutually exclusive' , kaedahnya sama juga, kita hanya boleh menerima yang satu dan menyingkirkan yang lain.
Asas penerimaan dan penyingkiran juga adalah sama. Kita hanya sanggup menanam modal dalam projek yang boleh memberi pulangan yang lebih berbanding projek yang disingkirkan. Pulangan dalam bentuk aliran tunai bersih yang masuk.
Dalam memilih parti politik juga , asasnya sama iaitu kita memilih parti yang boleh membawa faedah dan kebaikan kepada kita semua, peningkatan taraf dan kesejahteraan hidup.
Cuma pelaburan dalam projek, pendedahan risiko hanya kepada yang melabur saja. Tidak dalam pemilihan parti untuk mengurus dan mentadbir khazanah negara, pendedahan risikonya terlalu besar, kepada rakyat.
Dengan demikian walaupun secara asas nampaknya sama antara melabur dalam projek dengan memilih parti untuk membentuk kerajaan tetapi pendedahan dan liputan risikonya jauh berbeza. Namun kedua-duanya perlukan 'kepakaran' dan maklumat yang sesuai agar keputusan yang dibuat akan menghasilkan faedah yang diharapkan.
Memilih parti politik, BN atau PR untuk diserahkan amanah bagi mentadbir urus khazanah negara akan meletakkan kita semua rakyat kepada pendedahan risiko yang terlalu amat besar. Namun sebagai negara yang mengamalkan pemilihan kerajaan secara demokrasi kita tidak ada pilihan selain dari memilih salah satu dari mereka. Mereka BN dan PR adalah mutually exclusive. Maka pandai-pandai dan bijak-bijaklah kita melakukan pemilihan kerana kita semua yang berparti atau tidak berparti termasuk mereka yang bersaing untuk mendapat mandat , rakyat semua akan menerima kesan dari pilihan yang dibuat. Dalam demokrasi, majoriti yang akan memimpin.
Dengan itu majoriti mestilah dapat melakukan sebaiknya memilih salah satu parti-parti ini, BN atau PR untuk menerima amanah mengurustadbir khazanah negara demi kebajikan rakyat semua.
Jadi bagaimana caranya supaya majoriti rakyat akan dapat membuat pilihan terbaik, BN atau PR.
Ini satu persoalan yang mudah ditanya dan rumit juga untuk menjawab kerana dari segi asasnya kedua-dua pihak menyatakan akan membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat.
BN sebagai yang memerintah mempunyai banyak pengalaman berbanding PR. Mempunyai rekod kerja. Membawa banyak pembangunan. Membalas budi diatas apa yang telah dibawa dan dinikmati. Mengekalkan keselamatan, keamanan dan kestabilan demi perpaduan. Mengapa perlu berubah kepada yang lain yang kita belum tahu rekod kerjanya, yang kurang berpengalaman, yang belum menabur budi dan jasa.
Diatas adalah diantara hujah-hujah mereka yang mahukan status quo, pilih BN.
Kita wajar berubah membina negara Malaysia yang baru yang memberi keadilan kepada semua rakyat; keterbukaan dan kebebasan bersuara dengan menghapuskan undang-undang yang menghalang atau menyekat hak tersebut; kerajaan yang berwibawa yang tidak tercemar dengan perlakuan rasuah, nepotisma dan kronisma dan membantu mereka yang benar-benar perlu dibantu tanpa merujuk kepada kaum dan agama; tidak menyalahgunakan kuasa dengan mencampuri cabang-cabang urusan yang lain.
Diatas adalah sebahagian dari hujah mereka yang mahukan pertukaran kerajaan dari BN ke PKR.
Sebagai rakyat apa yang perlu kita buat. Sudah tentu kita yang layak mengundi , pergilah mengundi apabila tiba masa nanti. Siapa yang kita wajar undi? Itu tanya diri sendiri.
Hanya anda beri jawapan kepada soalan-soalan seperti dibawah ini:
i) Setujukah anda subsidi minyak dihapuskan.
ii) Adakah anda rasa beban perbelanjaan apabila harga minyak dinaikkan.
iii) Adakah hanya harga minyak dan tarif letrik saja yang naik. Bagaimana dengan harga barangan yang lain seperti ikan dan perkhidmatan.
iv) Ada cadangan untuk mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang membuatkan semua pihak termasuk anda akan dikenakan cukai walaupun anda tidak termasuk orang yang boleh dikenakan cukai pendapatan. Setuju kah anda?
v) Pendapatan anda terlalu kecil jika dibandingkan dengan pendapatan Pengeluar Letrik Bebas. Mereka mendapat insentif anda pula dipotong subsidi. Setuju ke?
vi) Anda sudah tentu benci rasuah. Bagaimana sikap kerajaan terhadap perasuah.
vii) Apa yang anda dapat belajar dari kes Khir Toyo yang sedang dibicarakan.
viii) Apa yang anda dapat belajar dari kes sodomi 2 Anwar Ibrahim. Anda bersimpati pada siapa?
ix) Setujukah anda bersubahat dalam menyebarkan fitnah, berulang kali pula.
x)Kalau setuju dengan ix) bagaimana reaksi anda jika anda atau keluarga anda yang menjadi pihak yang difitnah
xii) Anda ingin membentuk kehidupan keluarga yang bermoral?
xiii) Kalau jawapan xii) itu ya apakah pendirian anda terhadap mereka yang menyebar dan menayang video lucah.
xiv) Jika pendirian xiii) anda terlalu jijik dan benci dengan perlakuan itu apakah yang anda perlu buat semasa pilihanraya nanti
xv) Apakah yang anda faham amal makruf nahi mungkar.
xvi) Lihat diri anda sendiri, ok ke?
Kalau jawapan xvi) ok maka anda undilah BN. BN saja sebab BN dan PR adalah mutually exclusive. Kalau jawapan tidak ok, anda tengok balik jawapan soalan-soalan terdahulu. Saya rasa anda tidak ok akhirnya. Maka undilah PR. PR saja sebab PR dan BN adalah mutually exclusive.
Seperti yang saya katakan diatas tadi kita mesti ada kepakaran dan maklumat dari berbagai saluran. Kalau semua sudah ada, mudah bagi kita untuk memilih menyerahkan amanah kita semua kepada BN atau PR untuk mentadbir urus khazanah negara demi kesejahteraan semua rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan