Theflowersellingboy

Selasa, 7 Jun 2011

SEMUA PIHAK TERLALU SAYANG DAN MINAT DENGAN ISLAM! SATU PETANDA BAIK?

Sekarang, semakin hampir, sekurang-kurangnya apa yang diramalkan, pilihanraya umum hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam semakin mendepani tajuk-tajuk berita, dan menjadi minat banyak pihak khususnya dalam bentuk organisasi, kepartian dan bukan kepartian untuk memperkata dan menunjukkan sikap sebagai pembela dan peneraju utama, malah mengakui bahawa sebenarnya merekalah yang memperjuangkannya. Mana-mana pihak yang dikatakan cuba 'mencemarkan' kesucian agama akan ditentang sehingga ketitisan darah yang terakhir. Tidak kiralah mereka itu sebenarnya meragui atau sekurang-kurangnya tidak yakin dengan pelaksanaan peraturan dan hukum agama itu dalam membimbing kehidupan harian.

Kata mereka agama mesti diasingkan dari aspek-aspek lain dalam kehidupan. Faham mereka , agama itu adalah hanya yang berkaitan dengan amal ibadat khususnya sembahyang fardhu saja. Bukan semua mereka itu tidak berilmu tinggi dalam hal ehwal agama, malah lebih mengetahui dari setengah dari kita, tetapi entah bagaimana jadi begitu. Sekarang semua menunjukkan minat atau mahu menjadi wira atau hero mempertahankan 'kesucian' agama. Pelik bukan! Sebenarnya tidak pelik kalau kita betul-betul mengikuti tindakan dan pemikiran mereka dari dulu, kini dan mungkin bacaan kita yang akan datang.

Kita hanya mahu menyebut tentang pemilihan ahli pengurusan jawatankuasa masjid. Ada pihak tidak bersetuju pemilihan itu dibuat oleh anak kariah kerana boleh dicemari kepentingan poltik. Kalau anak karia atau mereka yang menjadi jemaah tetap masjid, tidak boleh memilih atau mengangkat dikalangan mereka untuk mengurus dan seterusnya mentadbir masjid karia merka sendiri, pihak mana agaknya yang sepatutnya lebih sesuai untuk berbuat demikian. Ada kah pihak parti yang memerintah sesebuah negeri? Kalau cara ini diikuti , bukankah ini merupakan campur tangan politik dalam pengurusan masjid? Bukankah ini juga yang digunakan sebagai asas menentang pemilihan oleh anak karia.?

Dalam sebuah negeri, Pengerusi JKKK atau timbalan adalah secara otomatik menjadi pengerusi masjid.? Bukankah ini juga campur tangan politik? Pengerusi ini dan sebahagian ahli-ahli jawatankuasa masjid terdiri dari orang dalam sebuah parti politik. Mereka tidak dipilih oleh anak karia. Itu pun tidak mengapa asalkan mereka dapat menunjukkan kesungguhan dalam mengurus dan mengimarah masjid. Tetapi percayalah , hanya apabila ada kehadiran pemimpin-pemimpin utama atau yang berhormat maka pengerusi dan yang setaraf dengannya akan jelas kelihatan muka mereka. Kalau tidak, percayalah lagi sekali, memang kita tidak akan bertemu. Jadi orang semacam inikah yang kita mahu untuk mengurus masjid sesuatu karia.

Tidak menjadi masalah kalau orang itu pengerusi JKKK atau apa-apa jawatan dari mana-mana parti politik asalkan dianya anak karia dan menunjukkan sikap peribadi yang memang sesuai untuk bersama-sama mengurus masjid demi kesucian agama Islam. Beliau akan sentiasa mengimarahkan masjid tidak kira sama ada pada sesuatu acara rasmi yang diadakan dimasjid yang dihadiri oleh orang-orang besar atau pada hari-hari biasa. Setiap hari dia lah yang mendahului untuk berada dimasjid untuk mengimarahkan masjid. Kenapa orang seperti ini tidak menjadi pilihan untuk diangkat bagi menguruskan masjid.

Oleh itu pemilihan jawatankusa masjid hendaklah dibuat oleh anak karia itu sendiri yang terdiri dari berbagai latarbelakang fahaman politik dan bukan ndtunjukkan oleh mana-mana parti politik yang menguasai kerajaan sesebuah negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan