"Aduiiiiiii macm mana ni . Apa lagi yang akan naik ".
Itulah keluhan yang tidak asing dikalangan rakyat yang berpendapatan rendah. Ini bukan keluhan kali yang pertama. Telah banyak kali. Tidak dapat dikira. Dalam setiap kenaikan harga Kerajaan mempunyai alasan bagi menyokong tindakan yang dibuat. Misalnya dari segi pengurangan dan pada akhirnya penghapusan subsidi minyak adalah dibuat bagi mengurangkan beban tanggongan kerajaan . Sekira tidak berbuat demikian Kerajaan akan bengkerap. Rakyat yang berpendapatan rendah tidak akan terjejas sangat dengan potongan subsidi.
Sekarang kenaikan tarif letrik. Kerajaan juga mengatakan tidak menjejaskan kehidupan rakyat berpendapatan rendah.
Betul ke begitu. Cuba kita fikir mengikut fikiran orang yang tidak ada ilmu ekonomi atau kewangan atau orang yang tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Paling tinggi setakat gagal SPM. Cuma kita ada banyak kelebihan dari pemimpin kerajaan itu dari segi merasa pahit pedih dalam menghadapi kehidupan harian. Kita telah biasa makan ala kadar, biasa dengan mengangkat barang yang berat-berat diwaktu panas terik, terlalu biasa berjalan kaki untuk ke tempat kerja mencari rezeki . Selain dari itu kita tidak pernah muak untuk sentiasa menyokong mereka untuk duduk diatas memimpin kita yang tidak ada ilmu untuk mengurus negara.
Bila tarif letrik naik , kilang-kilang atau pengeluar produk dan penyedia perkhidmatan tidak terlibat ke? Mereka ini menggunakan arus letrik yang banyak. Kalau begitu mereka akan menanggong kenaikan tarif itu nanti. Mereka tanggong sendiri ke? Sudah tentu mereka turunkan beban mereka kepada pihak lain melalui pengenaan harga barangan yang lebih mahal. Begitu juga pihak yang menyediakan perkhidmatan.
Semua pihak ada kepentingan. Masing-masing akan cuba mengurangkan kesanatau bebanan dari kenaikan harga tarif dengan memindahkan kepada pengguna.
Siapa pengguna? Kita semua termasuk pemimpin-pemimpin kerajaan. Tapi pemimpin kerajaan tidak akan terasa walaupun penggunaan arus letrik terlalu tinggi. Sebab semuanya akan ditanggong oleh rakyat melalui cukai yang kita bayar. Manakan tidak, kereta kita bayar, minyak kita bayar, penyenggaraan kereta kita bayar, bil letrik untuk hawa dingin kita bayar, bil internet dan talipon kita bayar, sewa rumah kita bayar, makan tengah hari kita bayar. Adakan jamuan meraikan tetamu, kita juga bayar. Pendek kata selagi mereka duduk diatas semua kita bayar.
Sebab itu mereka tidak pernah mengatakan ' aduiiii....... macam mana ni.' Semua tanggong beres.
Orang susah macam kita tidak pandai mengatur hujah dan bahasa kerana yang penting bagi kita ialah jangan terlalu dan selalu menyusahkan kita. Kalau kita susah kita akan mengeluh 'aduiiiiiii .....macam mana ni' . Itu saja yang kita mampu buat. Nak ambil tempat mereka kita tidak ada ilmu pentadbiran maklum kita ini SPM pun gagal.
Jangan berterusan menyeksa kita. Tolong. Please! Pandai juga kita cakap orang putih. Sebab itu agaknya yang pemimpin kita faham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan