Assalamualaikum wbth dan Salam Jumaat kepada anda semua semoga sihat-sihat dan tidak rasa keperitan tentang kesulitan ekonomi yang mungkin dirasai oleh sebahagian dari tuan/puan atau keluarga tuan/puan.
Kali ini SJ hendak buat sedikit cerita yang SJ panggil Main-main Cerita Saja. Terpulang kepada anda untuk mengambil pendirian dan sikap, serious atau main-main saja.
"Kalau kita pergi membeli barang atau mendapatkan sesuatu perkhidmatan perkara yang kita fikirkan ketika ini adakah harga barang atau perkhidmatan yang kita hendak perolehi itu naik atau tidak. Biasanya ketika ini kita telah ada suatu kepercayaan bahawa harga tentu naik. Walaupun kita secara mental telah bersedia dengan berita kenaikan itu namun berita kenaikan harga itu sudah tentu tidak menggembirakan kita.
Itulah perkara yang kita sentiasa fikirkan setiap kali kita mahu berbelanja. Apabila kita tanya penjual maka jawabnya mudah dan selamba saja iaitu semua barang naik harga. Lama kelamaan kenaikan harga ini akan menjadi sesuatu yang biasa dan perlu diterima walaupun terpaksa dan menyeksa.
Kesan kenaikan harga ini walaupun kepada setengah pihak sangat perit dan amat menyeksa namun ada juga sebahagian kecil masih lagi boleh tersenyum dan terus berbelanja ikut suka hati dan selera. Majlis-majlis perkahwinan mewah yang diadakan disana sini seperti biasa saja. Perbelanjaan yang terlibat sudah biasa melebihi puluhan ribu . Dan tidak juga menjadi keluarbiasaan jika mencecah ratusan ribu.
Maknanya kenaikan harga barang dan perkhidmatan di Malaysia masih lagi boleh diterima oleh beberapa pihak, tidak memeritkan. Ia masih tidak menjadikan seseorang itu mati kelaparan. Masih ada lagi orang yang sanggup mengeluarkan wang menderma kepada peminta derma. Atau bersedekah kepada peminta sedekah.
Dengan demikian 'tidaklah wajar kita terlalu runsing sangat dengan kenaikan harga minyak, tarif letrik , harga ikan dan makanan yang lain', nasihat setengah pihak untuk memujuk pihak yang dikatakan merasa perit. Pihak yang merasa perit ini pandai juga berhujah katanya 'barang naik tapi gaji tak naik , nak makan apa'.
Tetapi orang yang merasa perit agaknya terlupa bahawa mereka masih lagi boleh hidup, cuma perit sedikit saja, buat sementara. Apabila negara menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi, keperitan kenaikan harga itu tidak akan terasa lagi. Sabarlah tuan".
Macam mana anda semua. Ok ke sekarang ini. SJ tidak dapat meneka. Cuma yang merasa keperitan itu akan tarik muka berwajah cuka sambil berkata "Dia tak apa lah semua percuma". SJ tidak pasti kepada siapa yang dituju. Tapi kena ambil berat juga kata-kata yang merasa perit itu kerana mereka nanti boleh menyusahkan pihak yang dikatakan 'semua percuma'. Mungkin juga kita yang tak ada kena mengena. Diserangnya kita, bila mereka lapar nanti.
Sekian catatan gurauan saja. Jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan