Theflowersellingboy

Sabtu, 4 Jun 2011

Ragam Siorang Miskin: Komplen, komplen, komplen...

Kita manusia ini ada banyak ragam. Cuma yang terlalu banyak ragam ialah orang miskin. Kadang-kadang ragam mereka ini melampau sangat boleh menyakitkan hati sahaja. Terlampau mengada-ngada, terlalu manja. Itulah, inilah , sanalah , sinilah, situlah mereka suka tuding jari. Semua tak kena. Mereka saja yang betul. Mereka saja yang susah pada hal macam-macam kerajaan telah dan sedang beri bantuan. Masa depan mereka pun kerajaan telah janji dan diberi jaminan dengan berbagai projek dan kemudahan. Hendak air bersih, paip telah disediakan; hendak api dalam kaca ,itu telah lama dibekalkan. Apa lagi yang tidak cukup. Anak sekolah, diberi bantuan pemakanan dan buku teks serta pakaian dan beg sekolah. Kalau sakit, boleh pergi Klinik satu Malaysia, percuma. Nak apa lagi? Manusia jenis tidak pernah bersyukur . Kata terima kasih pun tidak kepada kerajaan. Asyik komplen, komplen. Semua tak cukup, semua salah dan semua tak kena.

Sudahlah suka komplen menentang pulak. Bila kerajaan potong sikit saja subsidi minyak, mula melenting, demo sana demo sini, ikut berarak sama orang-orang jahat. Takkanlah harga minyak naik sikit pun nak komplen. Lagipun pasal apa nak komplen sedangkan mereka bukan ada motorsikal, motorsikal kapcai pun tak ada, apatah lagi nak beli kancil. Kenaikan itu tak ada kena mengena dengan kehidupan mereka. Sepatutnya mereka sokong sebab yang kena ialah orang-orang kaya seperti menteri dan tauke-tauke besar. Orang kaya tidak pun komplen. Menteri yang berkereta besar pun tak komplen pada hal kerja menteri melawat ke sana sini dengan kereta, pun tidak pernah komplen. Sanggup menghabiskan wang untuk orang miskin. Cuba beritahu mana ada pecah tanah untuk projek  menteri? Semua untuk rakyat. Ada projek Rumah Rakyat misalnya Projek Perumahan Rakyat Termiskin. Tengok tu, bukan saja untuk orang miskin tetapi yang termiskin. Apa makna tu? Sudah tentu orang papa kedana pun kerajaan tolong.

Bila harga barang dan tambang bas naik sedikit, bukan main heboh dari solok pergi ke kampong. Dari kampong dihebohkan ke seluruh mukim, pergi ke daerah, satu negeri dan satu negara. Orang miskin marah-marah sangat, konon katanya kerajaan zalim, jahat, menyusahkan . Tapi yang kerajaan bagi tu mereka lupa. Mereka ingat mereka saja yang perlu dilayan oleh kerajaan. Mereka tidak tahu yang banyak bayar cukai pendapatan ialah orang kaya. Penjual goreng pisang dan yang setaraf dengannya tak bayar. Kerajaan tak kena pun cukai pada mereka. Terima kasihlah kepada orang kaya yang bayar cukai pendapatan.Tetapi bila buat demo mereka kata gaji menteri, mereka yang bayar melalui cukai. Bukan ke penipu namanya. Mana orang miskin ada duit. Cakap banyak pulak. Dah miskin tu sedar dirilah. Kalau orang dah tolong, terima saja. Tak kata terima kasih tak apa tapi jangan nak melawan.

Naik tarif letrik yang tidak ada kena mengena dengan mereka pun, mereka nak marah. Apa punya jenis manusia orang miskin ni.

Jangan layan sangat mereka  ni, nanti semua kita tak boleh buat. Nanti projek kerajaan tahun 2012 untuk dapat lebih wang untuk membawa banyak pembangunan melalui cukai barang dan perkhidmatan juga akan mereka tentang. Pedulikan mereka yang tidak pernah puas hati ni. Bukan penting sangat. Lagipun mereka tidak produktif. Otak 'tara boleh pakai, kosong', sebab itu komplen, komplen. Biar mereka mati , bukan ramai pun.

Bye miskin, selamat jalan , boleh blah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan