Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mengikut laporan akhbar menyatakan jika kerajaan melaksanakan negara kebajikan sepenuhnya maka negara akan menjadi bengkrap. Benar ke begitu?
Kenyataan beliau ini sebagai reaksi kepada komitmen yang telah dinyatakan oleh PAS dalam Muktamar parti tersebut baru-baru ini, jika mereka diberi peluang untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan bersama dengan rakan kongsi PKR dan DAP. Komitmen PAS itu nampaknya mendapat sokongan dari PKR dan DAP. Nampaknya mereka sejalan.
Tetapi benar kah negara akan jadi bengkrap seperti yang dikhuatiri oleh bekas Perdana Menteri itu?
Selain dari itu ada juga kenyataan yang telah dikeluarkan oleh menteri-menteri tentang isu bengkrap ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala juga pernah menyatakan seperti yang dilaporkan oleh akhbar bahawa jika kerajaan meneruskan dasar subsidi maka negara akan juga jadi bengkrap.
Begitu juga kenyataan dari menteri-menteri bahawa jika cadangan dalam Buku Jingga yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat PR) dilaksanakan maka negara akan menjadi bengkrap juga.
Jelas kecenderungan pihak kerajaan menggunakan perkataan bengkrap dalam hujahan kerajaan memperkecilkan apa yang hendak dibawa atau diperkenalkan oleh parti lawan. Dalam lain perkataan apa yang hendak dilaksanakan oleh parti lawan adalah sesuatu yang memberi kesan buruk dan tidak baik kepada negara dan rakyat. Benar ke begitu?
Saya bukan pakar ekonomi atau mengerti sangat hal-hal pengurusan kewangan terutama yang berkaitan dengan negara. Cuma saya ingin menyatakan sekirannya negara bengkerap disebabkan untuk membantu rakyat yang susah saya sedikitpun tidak menyesal memilih kerajaan yang berbuat begitu. Saya akan menyalahkan diri saya memilih kerajaan yang menjadi bengkrap kerana salah urus dan salah tadbir khazanah negara yang diamanahkan.
Dengan demikian saya akan berkata begini: Kalau
i) harga barang dan perkhidmatan banyak yang naik saya kata tidak pandai urus.
ii) subsidi minyak di potong dan di hapuskan sehingga menyeksa rakyat yang susah, saya kata tak pandai urus juga.
iii) berlaku rasuah yang tidak diambil tindakan , dan kalau adapun tindakan diambil hanya secara pilih-pilih maka saya kata salah urus.
iv) harga projek berlipat ganda naik dari harga asal, salah urus jua.
v) membantu mereka yang senang-senang misalnya syarikat IPP adalah tindakan yang tidak betul.
vi) harga sesuatu aset (tanah dan sebagainya) ditafsir dibawah nilai harga pasaran, dalam sesuatu transaksi, juga tidak betul.
vii) mencampur aduk urusan rasmi dan peribadi pun tidak wajar.
viii) dan banyak-banyak-banyak lagi yang sejenis dengannya saya kata tidak patut.
Jadi kenapa tidak bekas perdana menteri dan menteri-menteri yang berkuasa itu melihat beberapa sinario 'kalau' yang dinyatakan diatas, dan menyuarakan penentangan dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai. Bukankah itu lebih baik berbanding dengan penentangan terhadap negara kebajikan?
Walaupun sinario diatas dikatakan 'kalau' tetapi maklumat-maklumat yang tersebar mengatakan ianya satu hakikat. Bermakna negara akan boleh jadi bengkrap. Bukanlah disebabkan negara kebajikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan