Theflowersellingboy

Khamis, 13 Oktober 2011

Makanan Yang Pejal Tidak Sesuai Kepada Anak Kecil

Ibubapa perlu berhati-hati apabila mula hendak memberi makanan kepada anak yang baru berusia 6 bulan sebagai tambahan kepada susu ibu/susu tepong. Bahan makanan tambahan itu hendaklah dilembekkan/dilecekkan/dikisar terlebih dahulu.Tidak boleh yang pejal yang agak keras (solid) kerana ianya boleh menghalang aliran pernafasan yang baik. Boleh menyebabkan pneumonia. Boleh menyebabkan kematian.


Di London seorang ibu telah didapati bersalah oleh sebuah mahkamah disana kerana mula memberi makanan yang pejal kepada anaknya yang memasuki usia 6 bulan sehingga menyebabkan pneumonia. Anaknya itu meninggal pada usia 10 bulan.

Mahkamah mendapati ibu itu bersalah walaupun beliau menyatakan itulah makanan yang disuapkan oleh ibunya kepada adik beradiknya  termasuk dia sendiri semasa berusia dalam lingkungan umur itu (6 bulan). Dia dan adik beradiknya masih hidup. Maksudnya perbuatan memberi makanan pejal itu bukan penyebab kepada kematian anaknya.

Mahkmah belum lagi menjatuhkan bentuk hukuman.


Di Malaysia rasanya kes seperti ini tidak mungkin akan dibawa kemahkamah. Saya tidak pasti undang-undang yang berkaitan dengan kes seperti ini telah ada di negara kita.


Namun yang penting bukanlah dakwaan ke mahkamah. Yang penting ialah kesihatan dan nyawa anak kecil itu. Jika sebenarnya makanan yang pejal itu boleh memberi risiko kematian maka kita perlu elakkan. Jangan pula cuba mencari alasan dengan mengatakan dulu semasa kecil ibu kita menyuap makanan yang pejal semasa kita sebulan dua dilahirkan termasuk memberi minuman susu pekat ( misalnya susu cap junjung) tapi kita hidup juga sampai ketika ini.


Memang betul kita masih hidup.  Tapi kalau kita telah diberitahu bahawa makanan seperti itu mempunyai risiko mengapa perlu kita teruskan? Lagipun keputusan mahkamah itu berdasarkan penemuan pakar professional.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan