Paparan saya pada 27 September 2011 dengan tajuk Hudud: Ramai Yang Gerun ada menyebut Kaki Laga. Kaki Laga sama juga tarafnya dengan Batu Api. Orang seperti ini sentiasa bersedia mengambil peluang yang ada atau terlalu kreatif dalam mencipta peluang untuk menzahirkan sesuatu hal atau isu yang secara sedar mengetahui ada pihak-pihak yang terlibat dalam hal/isu itu akan memberi reaksi masing-masing yang saling bertentangan. Matlamat Kaki Laga ini ialah meraih faedah untuk pihaknya.
Saya juga mengatakan bahawa dalam hal hukum hudud yang cuba digunakan kaki laga ini untuk menimbulkan percakaran, tiada pihak yang boleh tersenyum suka termasuk juga kaki laga . Maka tiada pihak boleh mengistihar diri sudah berjaya mencederakan lawan masing-masing.
Perkembangan selanjutnya telah memberi gambaran yang lebih jelas mengenai sikap masing-masing terhadap hukum Hudud ini.
Parti DAP secara jelas dan konsisten tidak bersetuju dengan pelaksanaan Hukum Hudud di Malaysia yang dianggap mereka sebagai sebuah negara sekular. Tetapi DAP menerima hakikat bahawa Kerajaan Kelantan dan Terengganu telah meluluskan Hukum Hudud itu dalam Enakmen Negeri masing-masing sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan.
Parti-parti dalam Pakatan Rakyat juga bersetuju bahawa Hukum Hudud hanya dilaksanakan jika terdapat konsensus diantara mereka. Ini memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan kerana perkara jenayah adalah dalam bidang kuasa Persekutuan.
Manakala UMNO dan Parti-parti dalam BN sebenarnya tidak bersetuju dengan Hukum Hudud ini melalui pernyataan yang jelas dari Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.
Maka apakah maksud sebenar cabaran Tun Mahathir kepada Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan untuk melaksanakan Hudud?
Semua orang tahu bahawa Tun Mahathirlah penghalang sebenar pelaksanaan hudud bukannya Karpal Singh atu DAP. Memang DAP menentang hudud tetapi Dr. Mahathirlah yang mengeluarkan surat Rasmi kepada Kerajaan Kelantan semasa menjadi Perdana MEnteri dulu menghalang pelaksaan hudud ini.
Dari dulu niat beliau adalah jelas. Tidak mahukan hudud. Sehingga sekarang pun beliau mengatakan hudud jika dilaksanakan tidak akan memberi keadilan kepada orang Islam jika perlakuan kesalahan itu dilakukan oleh orang Islam dan bukan Islam. Katanya orang Islam akan dipotong tangan manakala orang bukan Islam akan menerima hukuman yang tidak sama (mungkin lebih rengan) diatas kesalahan yang sama. Ini tidak adil katanya.
Soal hukum yang dikenakan sama ada adil atau tidak, tidak wajar dibangkitkan. Ini hukum yang telah ditetapkan Allah melainkan kita tidak percaya dengan hukum Allah itu.
Tentang orang yang bukan Islam itu , mereka tidak tertakluk dibawah hukum Islam. Ini bukan isu yang perlu dibangkitkan kecuali kita mahu cari alasan untuk menggagalkan pelaksanaan hudud dengan berselindung disebalik 'keadilan' yang tidak sama bagi kesalahan yang sama diantara orang Islam dan yang bukan Islam.
Maknanya orang Islam saja boleh dihukum dibawah undang-undang Islam. Jangan suka berselindung sedangkan sebenarnya tidak ada niat dihati untuk melaksanakan hudud.
Kalau kita memang pejuang keadilan dan terlalu pentingkan keadilan bacalah seterus paparan ini.
Kadang-kadang kita terlupa atau buat-buat lupa bahawa selain dari hukum banyak benda dan perkara yang tidak adil yang kita telah lakukan atau membenarkan ketidakadilan itu berlaku atas kuasa yang ada pada kita. Tetapi oleh kerana ianya untuk kepentingan kita atau kumpulan kita maka soal adil atau tidak adil itu tidak pula menjadi satu persoalan yang penting yang perlu diberi perhatian. Nampaknya kita mempunyai standard yang berbeza tentang nilai 'keadilan' ini.
Maka kita seterusnya menggunakan alasan bahawa apa yang tidak adil yang telah kita lakukan itu tiada kaitan dengan hukum Islam, secara khususnya hukum hudud.
Apakah hukum hudud saja perlu adil? Dan perlakuan serta tindakan kita misalnya melakukan rasuah atau mempertahan atau melindungi perasuah, penipuan , salah guna kuasa dan putar belit boleh saja dilakukan kerana ianya tidak merobek nilai keadilan? Atau kita tidak suka hudud kerana ianya hukum Islam yang telah ditentukan Allah?
Jadi adakah sebenarnya kita terlalu sangat mementingkan KEADILAN apabila kita menentang hudud?
Dengan demikian penentangan hukum hudud oleh orang Islam sendiri adalah sesuatu yang amat mendukacitakan. Alasan belum tiba masanya, tidak sesuai dalam masyarakat berbilang agama dan tidak berlaku adil diantara Islam dan bukan Islam adalah semata-mata untuk menggagalkan pelaksanaan hukum itu. Ianya amat malang sekali.
Sekarang semua pihak telah jelas bahawa parti yang mendakwa berjuang 'Demi Bangsa, Agama dan Negara' adalah parti yang secara konsisten menentang Hukum Hudud. Parti itu ialah UMNO. Sungguh malang sekali kerana saya percaya sebahagian dari ahli-ahli UMNO yang Melayu Islam memang teringin sangat untuk melaksanakan hukum Allah itu.
Jadi siapa kah sebenarnya yang cedera luka sekarang? Yang saya pasti ialah parti UMNO itu sendiri. Kalau kurang yakin tunggulah keputusan pilihanraya yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan