1. Masyarakat Islam di Malaysia mempunyai banyak sumber kewangan/harta yang diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan/Negeri dan juga sumber kewangan atas inisiatif masyarakat. Sumber kewangan/harta yang diuruskan Kerajaan ialah tabung haji, wang kutipan zakat dan tanah/harta wakaf. Sumber inisiatif masyarakat pula diantaranya ialah wang kutipan derma masjid dan khairat kematian.
2. Tabung Haji telah menunjukkan satu pengurusan harta Islam yang professional dan semakin berkembang walaupun terdapat kes-kes salah urusan kewangan dalam beberapa tahun yang lepas.
3. Sumber-sumber yang lain seperti tanah wakaf masih lagi tidak menunjukkan kemajuan yang membanggakan. Pengurusan wang zakat juga masih lagi kurang berkesan.
4. Pengurusan wang inisiatif masyarakat seperti derma masjid dan wang kumpulan khairat kematian masih lagi dibuat secara lama dan tidak diakaunkan dengan sempurna.
5. Secara amnya wang inisiatif masyarakat ini juga tidak dimanfaatkan sebaiknya. Maksudnya wang itu tidak digembelingkan sebaiknya untuk dikembangkan bagi faedah ummah. Setengah-setengah masjid mempunyai sejumlah wang derma yang banyak melebihi dari keperluan belanja mengurus masjid itu. Baki wang itu hanya tersimpan dalam akaun tanpa dimenfaatkan sebaiknya.
6. Pihak Kerajaan ( bukan parti politik) sewajarnyalah mengambil langkah untuk mengkaji kedudukan pengurusan wang derma masjid ini. Ada baiknya juga dilihat supaya diadakan satu kumpulan wang masjid disatukan bagi setiap negeri iaitu semua wang derma masjid itu disatukan dan penggunaannya sama cara menggunakan wang dari Kumpulan Wang Negeri Disatukan. Mungkin juga ada sedikit ubahsuaian. Maknanya diuruskan secara professional. Bermaksud juga kerajaan mengambilalih secara langsong pengurusan masjid. Kakitangan masjid misalnya Imam dan Bilal dibayar gaji dan bukan elaun yang terlalu kecil. Sebab itulah kadang-kadang Imam tidak hadir berjemaah solat fardhu. Cuma solat Jumaat saja.
7. Cadangan diatas sudah tentu mendapat tentangan dari pihak yang berkepentingan misalnya dari Jawatankuasa Masjid yang telah menguruskan masjid begitu lama, yang telah menguasai kutipan wang derma masjid sekian lama. Tetapi kalau kerajaan ada kesungguhan dan keberaniaan, halangan politik itu perlu dihadapi dengan tegas demi kebaikan ummah.
8. Setakat yang diketahui, belum ada sebuah negeri yang telah berjaya mengurus dan menggembelingkan wang inisiatif masyarakat ini terutama wang derma masjid dengan baik bagi menfaat ummah. Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Shah Alam di kawasan-kawasan yang banyak ummat Islam yang berpendapatan tinggi, wang derma masjid terkumpul begitu banyak sekali. Mengapa tidak masjid seperti itu menunjukkan contoh yang terbaik dalam menggunakan wang derma itu dengan lebih berfaedah lagi supaya dapat dikembangkan bagi kepentingan ummah.
9. Masyarakat Islam Malaysia tidak miskin dari segi sumber wang/harta. Wang /harta itu tidak digembelingkan/dimanfaatkan sebaiknya . Diantara halangan-halangan yang dihadapi ialah kurang ilmu pengurusan wang/harta; ada pihak-pihak yang berkepentingan yang masih mempertahankan pengurusan wang secara lama dan tidak ada keberanian dan kesungguhan pihak berkuasa untuk menghadapi halangan dari orang-orang politik yang berkepentingan.
10. Dengan demikian usahlah kita merasa irihati jika masyarakat bukan Islam boleh berjaya. Berbanding dengan mereka orang Islam mempunyai akses kewangan yang lebih banyak dan mudah. Puncanya kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan