Kali ini kita mesti menang minima 2-0.
Kita, pasukan bolasepak negara, negara kita Malaysia yang kita cinta mesti menang minima 2-0 dalam perlawanan timbalbalik kedua yang bakal diadakan pada Khamis 28 Julai 2011 dengan pasukan negara jiran kita disebelah selatan , Singapura. Lebih selesa kalau kita memperolehi kelebihan 3 gol. Jika kedudukan 2-0 tidak mampu diraih maka katakanlah 'selamat tinggal pertandingan kelayakan awal piala dunia. Menang 1-0 pun kita terpaksa kata 'bye'!
Itulah harapan setiap rakyat Malaysia yang masih mempunyai denyutan jantung, kita perlu menang minima 2-0. Kita tidak mahu denyutan jantung ada diantara kita akan terhenti selepas tamat perlawanan itu nanti kerana kita kalah dan gagal untuk meneruskan ketahap seterusnya.
Tapi saya yakin kita boleh menang minima 2-0 dan akan melangkah ketahap seterusnya. Malah pada perlawanan yang pertama di Singapura 23 Julai 2011 yang lepas , kemenangan sememangnya menyebelahi kita. Pasukan Singapura sebenarnya tidak sehebat mana. Tapi kita kalah akhirnya . Mengapa?
Saya bukan pakar dalam bola sepak. Itu tidak bermakna saya tidak layak memberi pandangan.
Kita kalah kerana kita terlalu yakin sombong . Sikap terlalu yakin atau yakin menang ini tidak mengapa kerana itu adalah sikap yang baik dan positif. Sikap itu boleh meransang semangat dan menjana tenaga untuk bekerja labih kuat , cekal dan berani demi negara untuk menang .
Kita kalah adalah disebabkan keyakinan pasukan kita itu telah dicemari oleh sedikit rasa 'sombong' apabila pada minit-minit awal perlawanan kita telah berjaya membolosi gawang lawan. Bila ada kesombongan kita mula leka, 'complacent' sebab kita anggap lawan kita mudah saja kita tewaskan. Ini menyebabkan ransangan dari sikap yakin tadi telah mengendurkan semangat dan mengurangkan janaan tenaga untuk berhadapan dengan lawan. Kita telah leka dihanyutkan ego yang menyombong itu.
Selepas membolosi gawang lawan, kita hilang fokus, hilang tumpuan. Pasukan kita lebih mengambil pendekatan bertahan daripada menguasai lawan atau menyerang. Sebab itu penguasaan bole kita hanya pada tahap 36% saja. Maknanya kita tidak mempengaruhi permainan itu . Lawan yang menentukan rentak, kita ikut saja menari. Sudah tentu kita akan khayal dalam rentak yang dimainkan lawan sehingga tendangan percuma dari jarak yang agak jauhpun kita tidak mampu untuk menghalang bola memasuki gawang kita.
Yang nyata sangat lemah ialah dibahagian pertahanan. Kita harap pihak yang berkaitan akan dapat menyusun strategi yang terbaik untuk mengatasi bahagian ini.
Terdengar juga komen mengatakan Singapura menang kerana mempunyai pemain-pemain luar, dari negara yang mempunyai tahap permainan bola sepak yang tinggi, yang telah dijadikan warga negara Singapura. Kenyataan itu mungkin ada kebenaran. Namun saya mempunyai pandangan yang berbeza.
Soal pemain yang dibeli untuk menjadi warga Singapura dan mewakili negara itu sebenarnya tidak timbul. Itu bukan urusan kita.
Kenapa perlu dihebuhkan kerana apabila kita bersaing, kita bersaing dengan siapa saja yang mewakili secara sah negara berkenaan, tidak kira dari mana asal mula pemain itu. Adakah untuk menang kita cuma sanggup bertemu dengan lawan yang kita anggap setaraf dengan kemampuan kita? Kalau begitu jangan masuk bertanding. Duduk diam-diam, jimat wang rakyat.
Berbalik kepada pertandingan kedua ini saya yakin kita boleh menang. Hilangkan sikap yakin sombong yang melekakan itu, yang membuatkan kita hilang tumpuan. Ingat selagi wisel terakhir belum berbunyi kita mesti yakin yang kita boleh menang. Syaratnya jangan biarkan gol kita dibolosi. Macam mana caranya? Pemain sendiri perlu tahu; Jurulatih kena pandu; dan Penyokong, semua rakyat Malaysia berikan semangat bersorak kuat yakin menang sama ada di stadium, dirumah dan dimana-mana apabila menuntun perlawanan pada 28 haribulan ini, dua hari lagi.
Malaysia , kali ini akan menang minima 2-0. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan